Story Mory Cik Lala

Wednesday, May 20, 2015

Danial injured di kepala


Kejadian berlaku pada hari ahad lepas ketika di rumah opah. Danial yang bangun untuk berdiri tiba tiba terhantuk dengan pagar rumah opah. Bawak pegi klinik biasa doktor nak jahit tapi tanpa bius. Saya minta refer ke hospital. Kat hospital doktor hanya cantumkan kulit tu dengan gam. Alhamdulillah kulit kepala tu bercantum balik dan tak perlu di jahit.

Danial sikit pun tak nangis masa kena tu. Dia tau kepalanya tu berdarah. Tapi darah pun sikit saje. Kat klinik masa doktor check pun dia tak nangis. Kat hospital pun macam tu. Dia tahu je kepala dia nak kena jahit. Tapi dia ni jenis redho. Memang brave boy betul anak sorang ni. Dalam apa jua keadaan steady and cool.

Saturday, May 9, 2015

Happy birthday Nabila



2 Mei 2015 Nabila genap 11 tahun. Happy birthday kakak. Ibu doakan semoga kakak panjang umo, murah rezeki, sihat tubuh badan, berjaya dunia dan akhirat serta menjadi anak yang solehah.

Tudung oh tudung


Hari Jumaat rehat kan panjang. Apa lagi. Jauh saya angkat kaki. Hajat hati dah lama nak pegi shopping tudung ni. Tapi ada je hal. Jumaat ni alhamdulillah plan menjadi. Sensorang pun jadik.

Pukul 12.15 saya dah keluar opis. Nak shopping punya pasal. Semangat ni. Sampai kat Jalan Tar tu aktiviti shopping pun bermula. Pening tengok tudung tudung kat situ. Cantik bangat. Rasa cam nak borong semua. Pegi sorang sorang lagi senang. Kalau pegi hari sabtu ahad kena bawak anak anak. Nak tinggal tak sampai hati pulak.

Apa yang saya shopping?? 

Tudung syria 10 helai sebab tudung syria ni susah nak jumpa. Selalu cari takde. Bila dah jumpa saya borong sakan. Lagi pun kalau beli 1 RM18. Kalau beli 10 dapat RM7 sehelai.

6 helai instant shawl. Gambar yang kat atas tu adalah instant shawl yang saya beli. 3 helai material chiffon. 3 helai lagi material yang tak tau nama tapi sumpah selesa bila di pakai. Saya tak suka instant shawl yang kain cotton tu sebab pendek dibahagian belakang. Lagipun kain cotton tu cam berat sikit. Hah lega. Happy sangat dapat apa yang di idamkan.

Rasanya cukup la koleksi shawl setakat ni. Takde la nak beli sampai penuh almari. Nanti jemu pulak sebab balik balik fesyen yang sama. Cukup la tu. Janji ada kan.