Story Mory Cik Lala

Thursday, March 26, 2015

Redho je dia


Si kecik ni kalau kena ambik darah ke apa ke redho je dia. Kat hospital misi misi pun kagum dengan dia ni. Rilek dan cool saje. Ni ambik darah sebab hari selasa dia bleeding from nose. Hari rabu pulak bleeding from mouth. So doktor advise supaya cek darah. Mummy kena la half day hari ni bawak si
Kecik ni ke hospital.

Alhamdulillah lepas dapat result blood test doktor kata nothing yang serius. Just a mild infection and to continue antibiotics. Fuh lega dengar.

Lepas balik dari hospital singgah dental clinic pulak sebab tak puas hati dia bleeding from mouth tu. Rupanya ada gigi geraham baru nak tumbuh yang baru nak keluar dari gusi. Dah nampak samar samar. Sebab tu la jugak dia komplen gusi atas dia sakit teruk katanya. Fuh lagi sekali lega.

Wednesday, March 25, 2015

Bila si 'dia' merajuk


Kete saya tu dah merajuk. Baru je tukar kipas ekon bulan january yang lepas. Kosnya RM850. Hari ahad baru ni pulak tukar kipas yang sebelah lagi sebab kete tu tak rasa sejuk pun. Asyik rasa bahang panas je. Anak anak pun dah bising. Kos yang ni pulak RM320. Lepas tukar dua dua kipas tu masih jugak tak rasa sejuk. Saya pegi balik kedai tu. Uncle tu kasi tambah gas. Gas kurang katanya. Melayang lagi RM50. 

Hai la WVK. Ada ada je la awak ni. Lepas ni jangan buat hal lagi tau. Saya tak jadi nak tukar kete baru pun. Pakai la awak tu sampai habis bayor. Lepas ni dah ada gst lagi la harga kete melambung naik. Takde maknanya nak tuko kete.

Sebenarnya memang saya ada plan pun nak tuko kete. Silap cakap depan depan WVK. Kan dah merajuk. Saya plan nak ambik kete yang 8 seaters. Maklum la. Anak anak kan sume dah beso. Bila naik WVK tu dah tak muat. Tapi bila pikir balik cam rugi pulak beli kete besar besar ni. Lagipun ni second car je. Kalau kete kecik senang nak parking. Nak nak pulak yang bawak kete tu kecik kemetot je. Kalau kete beso terasa cam bawak bas pulak.

Monday, March 23, 2015

Anak dara jatuh basikal



Peristiwa ni dah lama berlaku. Dalam bulan februari 2015 ni la jugak. Anak dara dalam perjalanan nak ke sekolah agama. Sampai kat satu selekoh katanya basikal dia tu tiba tiba je stop. Dia tercampak ke depan. Nasib baik la tak de kete time tu. Ambik masa seminggu la jugak nak baik luka luka tu. Nasib la tak de yang kena berjahit. Kalau tidak susutnilai harga nanti. Kuang kuang kuang

Suami yang suwit



Untung la sape yang dapat suami macam ni. 

Friday, March 20, 2015

Cerita perangai anak no 2




Anak no 2 ni memang suka mengamuk ke. Suka buat perangai. Suka bagi parents marah. Alkisahnya anak saya yang no 2 ni nak beli fingerboard. Harganya mencecah rm200 even kecik besar jari je. Saya suruh dia kumpul duit sendiri. Makanya dia pun kumpul duit. Sekarang duit tu dah cukup. Maka hari hari la dok cakap dengan saya nak beli fingerboard tu isnin sampai ahad. Pagi sampai malam. Dia suruh saya beli online tapi saya tak reti.

Selagi tak beli benda tu dok usung la duit tu ke sana ke sini. Semalam saya sorok duit tu. Dia tak tahu yang saya sorok. Dia geledah dalam kete tapi tak jumpa (sebab semalam dia tinggalkan duit tu dalam kete masa pegi rumah MIL). Dia punya mengamuk tak ingat. Dia jumpa duit tu dalam beg saya. Tapi buat buat nak cari dalam kete. Saje je la tew nak cari penyebab kena marah kan. Sume orang dah naik atas nak tido dia dok mengamuk nak cari duit dalam kete jugak.

Anak no 2 memang perangai camtu ke. Bila dia mengamuk kita selalu hilang sabar dengan perangai diakan. Ada tak cara nak atasi perangai macam ni. 

Thursday, March 19, 2015

Alhamdulillah


Ni la berita yang ditunggu tunggu bila masuk tahun baru. Alhamdulillah merasa jugak akhirnya. Walaupun dapat tak sebanyak company lain tapi bersyukur lah dengan apa yang ada. Jangan biasakan diri dengan perasaan dengki dan tamak ye kawan kawan (pesanan untuk diri sendiri sebenarnya).

Pagi ni lambat masuk keje sebab Danial demam. Dah lama dia tak demam. Semalam cek suhu dia tuu dia 39.2. Terus masuk ubat montot. Tu pun ubat since december 2013. Malam tadi jugak pi klinik mintak ubat montot yang baru dan syrup pcm baru. Nasib la kat rumah sentiasa spare ubat demam. Setiap 3 bulan wajib ambik ubat demam yang baru manakala ubat yang lama dibuang. Itu pun kalau ubat tu dah dibuka. Tapi kalau ubat tu belum dibuka ianya masih boleh digunakan sehingga 6 bulan.

Psst :
 
Duit bonus tu dah selamat ai transfer ke tabung haji. Tak payah gelap gelap mata nampak banyak rm dalam akaun tu. Dah la menyimpan pun setahun sekali je. Kalau tak de bonus tak de la menyimpan. Expenses negatif lagi ada la. Zaman sekarang kan. Duit macam air.

Monday, March 16, 2015

Yeayyy cuti


Kan best kalau opis pun cuti time cuti sekolah ni.

Selamat bercuti kepada cikgu dan cikgi. Selamat berehat dan berkursus.

Wednesday, March 11, 2015

Jom merempit

Beli sebelum kena gst. Nanti kalau dah kena gst sume barang naik harga kan.

Sebelum kawin pandai je bawak motor ke sana ke sini. Sejak kawin tak pernah dah bawak motor. Jangan kata motor. Kete pun tak pandai bawak. Harap renew roadtax je tiap tiap tahun. Tapi sejak anak dah sekolah nak tak nak kena la praktis bawa kete. Senang nk uruskan anak walaupun saya ni bekerja. Senang nak pegi pasar. Senang nak bawak anak anak jalan jalan. Kalau tunggu encik suami, sabtu ahad pun belum tentu ada kat rumah. Pegi pagi. Balik malam.

Tetiba hati ni teringin sangat nak beli skuter ni. Nanti kalau dah kena gst barang kan sume mahal. Lagipun senang nak eskot anak anak time dorang ronda ronda naik basikal. Maklumlah. Duduk kawasan perumahan. Kete lalu lalang sana sini. Kena eskot time anak anak main kat luar supaya keselamatan dorang terjamin.

Mula muka bawak motor ni melelong sana sini. Nak tergelak pun ada. Tapi kalau dah selalu praktis dah tak melelong la. Dah stabil. Rasa seronok pulak. Senang kalau nak pi mana mana dalam jarak yang dekat.


Ni skuter anak dara. Skuter ni pakai charge. Tak perlu pakai minyak. Skuter ni pun ok jugak. Dok berebut dengan anak dara tu yang maknya beli skuter baru. Yang skuter ni nak kayuh cam basikal boleh nak bawak cam motor pun boleh. 2 in 1. Kalau bateri full skuter ni boleh pegi sejauh 50 km.

Tuesday, March 10, 2015

Suami sebelah rumah


Sape tengok citer ni. Memang saya akan mengadap la citer ni hari hari tak kira la kat tv atau pun kat tonton. Kat tv tu tak selalu sempat sebab citer tu start pukul 630 petang kan. 630 tu dok ada dalam keta lagi tengah drive nak balik rumah. Tidak pun dalam komuter lagi. Nasib baik ada dalam tonton.

Saya suka tengok citer ni. Suka tengok aksi Ammar yang gedik dan Eryn yang jual mahal tu. Kiut. Tapi kesian jugak si Ammar tu. Ntah bila la si Eryn tu nak suka kat dia. Dah la baik. Keje doktor pulak tu. Bertuah la si Eryn tu dapat kawin dengan Ammar yang betul betul suka kat dia. 

Si Eryn tu comel je tengok bila bertudung. Memang sesuai sangat. Kalau lepas ni dia kekal bertudung lagi cantik. Kan kan kan.

Hari hari tak sabar nak tengok episod seterusnya. Citer ni memang suwit lah.

Monday, March 9, 2015

Mandi pool kat rumah



Ni la aktiviti budak budak ni hujung minggu. Mandi pool kat rumah. Dulu dulu rajin jugak bawak dorang ni mandi kat club. Tapi sejak ada kejadian yang meragut nyawa kat situ, saya dah tak berani nak bawa dorang ke situ. Mandi je la dalam pool kat rumah. Pool ni pun ok what. Besar dan selesa. Tapi jenuh la nak mengisi air. Satu ke 2 jam la jugak nak tunggu air penuh.

Bila ada pool kat rumah dua ke tiga kali anak anak boleh berendam. Tak payah buang air tu selagi tak puas berendam. Kalau tidak membazir je nak isi semula. Bukannya sikit nak isi air tu. Semalam pagi pagi dalam pukul 7.30 Danial dah berendam. Sorang sorang pun jadi la asalkan dapat main air. Budak budak dan air memang tak dapat dipisahkan.

Tuesday, March 3, 2015

Expired date


Frust sebab expired tak lama dah iaitu Jun 2015. Selalu guna pun hampir setahun baru habis. Tu pun kena simpan dalam peti ais. Kali ni harapnya cepat la habis sebab satu hari hanya boleh consume 1 scoop aje. Kadang kadang tu terlupa nak bancuh kat Danial.