Story Mory Cik Lala

Monday, February 23, 2015

Penawar kanser



Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Sesak



Dah berapa tahun tak balik kampung time CNY ni. Tahun ni pun balik sebab Danial ajak balik kampung. Punca tak nak balik kampung sebab jem. Harus lah jem sana sini kan. Kat kampung pun tak pegi mana. Lepak kat rumah saja.  Tapi anak anak puas la bermain sebab kat kampung tu kawasannya luas. Tak macam kat KL ni. Keluar rumah je jalan raya. Budak budak nak main pun tak de tempat.

Balik dari kampung hari sabtu lepas. Bertolak dari sana pukul 4.30 petang. Jam 10.30 malam baru sampai rumah. Sepatutnya 3 ke 4 jam dah boleh sampai rumah. Slow moving. Kereta memang banyak atas highway tu. Nak singgah hentian rnr pun sampai tak boleh masuk. Nasib la anak anak tak banyak ragam. Boleh drive selaju 20 ke 40 km sejam je. Tu cerita hari sabtu. Hari ahad tak tau la macam mana pulak. 

Friday, February 20, 2015

Cuti untuk tido jek



Balik kampung pun tak tau nak pi mana. Habis habis tido tido dan tido. Tak berkembang pale otak ni. Nak pi window shopping pun tak tau dah nak pi mana sebab balik balik tempat yang sama je. Makanya terperok la kat rumah buat taik mata ja. Esok dah nak balik KL. Kejap ja cuti dah nak habis kan. Huwaaa 😭😭😭😭

Thursday, February 19, 2015

Happy CNY



Hari selasa lagi kami dah gerak balik kampung. Takut tersangkut dalam jem kalau gerak hari Rabu. Makanya saya terpaksa ambik annual leave in advance 2 hari. Anak anak dah komplen dah lama tak balik kampung. Nak balik cuti sekolah hujung tahun lepas saya dah tak de cuti. Makanya terpaksa tunda ke tahun ni.

Balik hari selasa alhamdulillah perjalanan lancar sangat. Kami kat kampung sehingga hari sabtu sahaja. Terpaksa jugak gerak balik KL awal awal sebab tak nak adap jem. Tak sanggup wo nak dok lama lama dalam kete kalau jem. Kalau perjalanan biasa dari kampung ke KL ambik masa hanya 3 ke 4 jam. Kalau jem ampun. Stress wo

Note : 
Hajat hati nak pi Thailand tapi lupa pulak nak bawa balik passport. Maklum la. Fes time ada passport. 

Monday, February 16, 2015

Projek biskut samprit



Sik kecik tu request nak makan biskut samprit. Maka si ibu pun gigih la buat biskut samprit malam malam buta. Start dari pukul 8.30 malam selesainya pukul 11.30 malam. Kematu bontot mak ni ha. Nasib bila bakar sumenya masak cantik belaka. Tak de yang hangus rentung.

Tuesday, February 10, 2015

Bandung 2015

Pisang bolen







Rasa cam nak pegi lagi. Sebab tu la letak tajuk Bandung 2015. Anak anak saya eksaited nak naik kapal terbang. Cam la best sangat naik kapal terbang tu. Perjalanan dari Malaysia ke Bandung ambik masa 2 jam. Bosan gila kat dalam flight tu. Anak anak kejap kejap pi toilet. Bosan agaknya. Boleh pulak jalan jalan kat dalam kapal terbang tu.

Memang best sangat pegi bandung. 4 hari 3 malam tak cukup. Kena pegi seminggu baru okey kut. Jalan kat bandung sama je macam kat malaysia ni. Jem sana sini. Perjalanan yang singkat jadi lambat gara gara jem.

Masa kat sana sempat melawat Tengkuban Perahu je. Dah la fees nak masuk mahal. Kalau tak silap IDR300 rupiah. Bukan ada apa sangat pun kat sana. Cuma banyak orang jual jual je. Boleh la beli oleh oleh. 

Yang femes kat bandung ni ialah pisang goreng cis Kartikasari,  pisang bolen Kartikasari dan brownies kukus Amanda. Tu memang wajib beli untuk jiran tetangga kan. Balik sini ada je souvenir yang rasa tak cukup nak bagi untuk sanak saudara. Gambar souvenir pun x snap. Entah kenapa tiba tiba rasa malas nak ambik gambar. Lagi pun snap dengan henpon je.

Kalau ada rezeki tahun depan nk pegi lagi. Hujung tahun ni ke tempat lain dulu. Yang pastinya masa pegi bandung hari tu ada 3 beg je. Bila balik dekat 10 beg jugak. Yang paling banyak sekali shopping ialah baju anak anak. Masa pegi sana tak bawak banyak baju. Makanya terpaksa beli baju baru sebab dorang tak de baju nak pakai balik.

Antara tempat yang saya pegi ialah :

1) Pasar Baru. Kat sini shopping telekung. Blaus. Keychain. Fridge magnet. Beg telekung dll.

2) Cibaduyut. Kat sini tak shopping apa apa sebab kat sini tak best.

3) Factory Outlet Passion. Anak anak je yang shopping kat sini. Kat Bandung ada banyak sangat factory outlet.

4)  Toko Tiga. Tempat jual jeans murah murah.

5) Butik Anak Kecil. Shopping baju anak anak.

6) Tengkuban Perahu.

7) Chihampelas. Banyak kedai jeans dan kasut kat sini. Kedai batik pun ada.

8) Kedai Tas. Anak dara saya siap shopping henbeg LV lagi.

Dan ada beberapa tempat lagi yang saya tak ingat.

Note :

Masa saya tukar duit rupiah. IDR 1 juta = RM290 je. Murah ke mahal.


Danial adalah orang yang paling eksaited nak pegi Bandung. Malam sebelum pegi tu dia kata tak cabarnya nak pegi Bandung. Tapi bila dah sampai sana dia jadi bosan sebab Bandung tidak seperti yang diimpikan. Kat Bandung tak de jual banyak mainan. Yang ada cuma pakaian. Kesian dia.

Pengalaman masuk wad



Eii serik sangat. Dah la ngeri tengok jarum bagai. Kena masuk drip. Pastu kena usung ke hulu ke hilir mesin drip tu. Nak pi toilet pun susah. Menyiksakan betul.

Selasa 27 Januari 2015 lepas first time saya masuk wad. Pagi tu okey. Kat opis tiba tiba je rasa pening. Tengah hari sempat pi klinik kat depan opis ni. Tapi bila dah sampai sana saya dah tak larat sangat. Pening sesangat. Doktor dah bagi ubat tapi saya still tak recover. Makanya saya direfer ke hospital.  

Sampai kat hospital saya terus dimasukkan ke wad. Tak boleh nak buka mata langsung. Malam tu baru la saya beransur ok. Esoknya hari Rabu tu doktor nak buat cek up detail. Tapi saya request nak balik sbb hari Jumaat tu saya nak fly. Barang barang belum packing.

Masa discaj badan masih lemah. Tapi gagah jugak sebab nak balik punya pasal. Lemah mungkin kesan dari ubat yang doktor inject semalam. Tapi lama kelamaan beransur okey.

Memang serik masuk hospital woo. Biarlah itu kali pertama dan terakhir.