Saya sedang mencari keje baru. Kalau ada keje kosong kat mana mana nanti beritahu saya ye. Nak mintak keje clerk je boleh tak instead of exec above. Penat dah wei. Sekarang ni saya buat bidang Company Secretary. Tapi rasa cam nak beralih ke bidang lain pulak contohnya HR ke.
Monday, January 26, 2015
Tuesday, January 13, 2015
Mkan ni je la
Makan ni je kat opis. Boleh tak. Sebab tak tau nak makan apa dah. Jemu asik makanan yang sama je.
Semalan saya cuti. Hari ni saya masuk keje separuh hari. Hantar dan ambik danial pegi dan balik sekolah. Sayang pulak nak cuti banyak hari. Saya ni dah la miskin cuti. Nanti apa apa hal nak cuti lagi. Tapi bila masuk keje petang, nak masuk keje tu punya la malas. Cam syok je dok umah. Cam syok je golek golek depan tv.
Senang hantar si kecik tu pi sekolah. Dia memang suka pi sekolah. Sampai kat sekolah susun kasut kat rak pastu menonong je masuk kelas. Dia kata best sangat sekolah. Tapi satu je yang merisaukan hati mak dia ni. Danial tak reti baca lagi. Tahun depan dah nak masuk darjah satu. Kalau suruh dia belajar membaca kat rumah memang la liat.
Thursday, January 8, 2015
My Workstation
Jangan tengok kalau sakit mata ye. Tempat saya ni memang la semak. Manjang banyak barang. Tupperware la. File la. Majalah la dan lain lain lagi. Kalau nak resign kena angkut dengan lori. Ha ha ha.
Katanya company nak runtuhkan dinding partition tu. Katanya lepas ni dah tak de partition. Makanya jadi macam open gitu. Okey la jugak tu. Tak la bosan sangat kan. Boleh gak tengok muka kengkawan kalau dah boring buat keje. Dan katanya company kan bagi meja yang kecik sikit dari yang ada ni. Ni sume gara gara nak tambah staff baru. Mana nak letak lagi pun tak tau la. Opis yang ada ni pun dah cukup sesak.
Sebelum kena tukar partition harus lah berkemas kan. Kotak kotak yang kat bawah meja tu adalah untuk kemas barang la nanti. Nak berkemas kemas ni la part yang paling tak suka. Dah la banyak barang. Tupperware aje pun dah satu kotak.
Ayik tak cangka
Anak saya sume jenis banyak mulut. Sume jenis banyak cakap. Bercakap non stop. Sampai kena suruh stop talking. Tapi sekejap je. Lepas tu sambung balik. Kadang kadang rimas. Bingit telinga.
Kisah si kecik saya yang bijak sangat berkata kata. Katanya "Ayik tak cangka pulak dapat hadiah cebab ayik cabut gigi. Baik betul la ayah tu. Tima kacih ayah".
Kisahnya baru baru ni saya nampak gigi depan yang baru dah nak keluar. Tapi kat tempat tu masih ada tunggul gigi lama. Makanya saya pun bawa dia cabut gigi hari selasa yang lepas. Danial ni memang berani. Kalau pegi hospital sume doktor dan nurse akan puji dia. Tak pernah menangis ataupun buat muka cemas. Cool aje.
Yang basikal tu si ayah memang nak belikan untuk dia sebab basikal yang ada tu dah tak sesuai dengan dia. Makanya dapat la basikal baru ni.
Malam tadi saya tak sempat nak sorok ipad sebab Danial dah berlari masuk bilik. Saya pun suruh la dia pejam mata sebab tak nak bagitau saya sorok ipad tu kat mana. Boleh pulak dia cakap kat saya macam ni.
"Yang ibu curuh ayik pejam mata kenapa. Ibu pun nak bagi hadiah jugak ke?"
Ayik Ayik
Note :
Ayik tu sebenarnya adik. Dia sebut pelat.
Klinik Pakar Pergigian Dr Zul.
Lokasi klinik ni kat Damansara Uptown. Azabnya nak cari parking kat sini. Pergi pulak time waktu pejabat hari Selasa. Masak nak cari parking.
Monday, January 5, 2015
Hanya kerana ini
Ternampak kalendar ni dari fb Norahnani Ismail. Gigih pegi kedai buku kat giant semata mata nak beli kalendar ni. Harga rm3.50 je pun. Tapi kalendarnya besar dan kertas pun ada glitter. Ada banyak resepi kat belakang. Ada masa lapang nanti boleh la mencuba resepi resepi yang ada tu.
Kena marah dengan ibu
Geram dengan budak kenit sorang ni. Bila kita ajak dia baca buku macam macam alasan. Bila nak hantar pi tusyen pun banyak alasan jugak. Cikgu garang la. Cikgu tak best la. Tak de kawan la. Sekolah dah nak buka tapi membaca tak reti gak lagi. Hanya setakat kenal nombor aje. Bila di ajar kat rumah pulak dok ulang 10 kali pun tak lekat lekat dalam kepala. Macam mana korang ajar anak anak membaca kat rumah?
Danial ni nak masuk umo 6 tahun tahun 2015 ni. Start tadika since 2014. Start tadika tu la baru nak belajar membaca.
Mesin jahit mini
Teruja sangat nak menjahit dengan mesin jahit mini ni. Tujuan beli mesin jahit mini ni sebab senang nak usung kehulu ke hilir. Nak jahit kat mana mana pun senang. Ada je mesin jahit besi yang besar tu tapi malas nak buka dan agak makan space. Lepas jahit nak kena katup balik. Leceh la.
Saya oder mesin ni hari Sabtu 27hb dec. Dapatnya hari jumaat 2hb jan. Punya la tak sabar nak dapat mesin ni. Hari hari tunggu. Saya beli mesin ni kat Lazada. Yang bestnya beli kat Lazada ni boleh COD. So masa dapat mesin ni baru bayar.
Balik keje hari jumaat tu terus try test mesin jahit baru. Memang best. Jahitan pun cantik dan kemas. Dorang siap siap pasang benang kat mesin jahit tu tau. Senang nak guna.
Tarra. Ni la hasilnya dengan menggunak mesin jahit mini tu. Sempat buat 2 sarung bantal kecik dengan 2 sarung bantal bulat. Sarungnya dah koyak koyak. Sebab tu eksaited nak ganti yang baru.
Kat Lazada tu ada banyak sangat mesin jahit. Dari yang harga rm40 lebih sehingga yang ratusan. Pilih la mana yang berkenan. Boleh search kat mesin jahit Lazada Malaysia ye.