Story Mory Cik Lala

Friday, October 31, 2014

Maksud surah Al Fatihah


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala puji bg Allah
Tuhan semesta alam
Maha pemurah, lagi maha penyayang
Yang menguasai hari pembalasan
Hanya kepada mu .. Ya Allah
Kami menyembahmu
Hanya kepada mu, kami pohon pertolongan
Tunjukilah kami jalan yang lurus yaitu jalan orang-orang yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka
Bukan jalan mereka yang dimurkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat

Note :
Danial suka nyanyi lagu ni sampai mak dia pun dh terikut ikut. Ni baru namanya mak berguru dengan anak. Danial jugak pesan kalau ibu takut ibu kena selalu zikir. Adik pun baca zikir kalau adik takut.
Ni lah hasil selama dia belajar kat Tadika Little Caliph. Semalam dia cakap dia suka pegi sekolah sebab kat sekolah ada kawan dan boleh buat handcraft. Kat rumah bocan cebab ibu keje.

Tuesday, October 28, 2014

Kek RV yang sedap




Kalau pergi Jusco wajib beli ni 2 atau 3. Kek yang lain tu tak mengancam sangat tapi yang ni betul betul terliur dibuatnya. Korang try la. Sedap tau.

Dah dapat meja kecik idaman


Pukul 9 dah gerak pegi Ikea. Sampai kat sana seawal pukul 10 dah ramai orang. Ingat kami la customer pertama. Sampai Ikea rembat apa yang patut pastu terus bayar. Takde jalan jalan dah. 

Mood lega bila dah dapat apa yang nak. Rembat 3 sekali gus. Lagi pun murah saje. Balik rumah pasang satu meja dulu. Lagi 2 meja tu simpan. Bila perlu baru pasang. Meja ni boleh jadi meja kopi jugak sebab ianya ringan. Dan yang paling penting sekali boleh buat letak makanan kalau ada jamuan. Kat rumah tu hanya ada meja makan saja. Bila ada makan makan makanan tu sampai tak muat nak letak atas meja makan tu.

Thursday, October 23, 2014

Happy birthday mak


22 Oktober 1952 - 22 Oktober 2014

Happy Birthday mak. Moga panjang umo, murah rezeki, sihat tubuh badan dan di dalam peliharaan Allah selalu. Terima kasih sebab menjaga saya dan anak anak selama ni. Sememangnya jasa mak tak dapat kami balas.

Semalam sempat celebrate kecil kecilan tapi lupa pulak nak ambik gambar kek. Sedih sedih. Tak de kenangan untuk tahun ni.

Batik Jawa atau Batik Lepas


Salam kawan kawan. Nak tanya. Sape kat sini orang Terengganu. Kain Batik Jawa atau Kain Batik lepas ni memang banyak kat Terengganu aje ke.  Ada jugak yang kata kain ni banyak kat Langkawi. 

Kalau ada sape sape kat sini orang Terengganu harap dapat contact saya di email
rohana.athmad@gmail.com ye.

Terima kasih.

Fenomena Loom Band







Pantang jumpa getah yang kaler cantik mula la nak beli. Yang kecik yang besar sume dok mengadap buat benda nih.

Meja kecil Ikea Damansara



Sampai lenguh kaki berjalan di Ikea semalam. Nak sangat pegi Ikea kan. Padahal tak beli apa pun. Nasib gak tak beli sebab punya la ramai orang beratur nak bayar kat kaunter.

sebenarnya nak beli meja budak yang kaler kaler tu. Tapi disebabkab ramai sangat orang maka tak jadi nak beli. Maybe kena pegi pagi pagi hari sabtu baru dapat beli.

Tuesday, October 21, 2014

Masak lagi






Anak daro den ni asyik masuk pertandingan memasak yo. Ni pertandingan hari sabtu lopeh kat sekolah dio. Masak la sodap sodap nak. Esok bosar jadi chef. Buleh ibu makan sodap sodap yo.

Family day 2014



Sabtu ahad lepas ada family day opis kat Gold Coast Morib. Saya bertolak pun dah lambat sebab puteri sulung saya ada pertandingan memasak kat sekolah pada hari sabtu tu. Pukul 4.30 pm baru kami bertolak. Sampai kat sana jam 7.30 malam. Nasib la kami dah pakai baju siap siap dari rumah. Perjalanan ambil masa selama 3 jam dari sri gombak. Dengan hujan lebat dan jalan jem di sepanjang PLUS Highway. Sampai kat sana kami terus dinner.

Saya tak ambik gambar pun sepanjang berada kat sana sebab tempat ni agak femes. Mungkin kawan kawan ramai yang dah pegi sana. Untuk makluman semua, kolam kat sana tak lah besar sangat seperti yang dalam gambar tu. Kecik je. Dan air pool kat sana agak kotor. Kena pulak time kami pegi tu ada jugak family day dari KWSP dan Maybank. Maka bersesak sesak la tempat makan dan pool kat situ.

Lepas anak anak mandi kolam kami pun terus gerak balik. Mula tak nak bagi dorang mandi kolam kat situ sebab terlalu ramai orang. Tapi budak budak ni kalau dah jumpa kolam merayu rayu bagai. Nak tak nak bagi la jugak walaupun sekejap.

Lega. Dah selesai satu aktiviti opis. Tunggu tahun depan la pulak family day 2015.

Note: 
Bilik yang saya dapat ni agak selesa. Boleh bentang toto kalau nak tido kat bawah tu memandangkan katil yang depa bagi tu katil single. Tapi saya bawa karpet yg lembut tu. Ok jugak sebab lebih ringan dari toto. Memang kalau pegi mana mana akan bawak karpet yang lembut tu. Boleh baring baring dengan selesa.

Musim mangga asam boi


Nampak pun dah sedap kan. Tengok je pun dah kecur air liur. Entah bila nak buat. Tak sempat lagi. Tengok la hujung minggu ni kalau ada kesempatan.

By the way selamat bercuti esok ye kawan kawan. Jadi la dapat cuti sehari pun daripada tak de langsung. Esok birthday my mum. Maybe ada makan makan kecil kecilan atau sekadar potong kek. Tengok la esok cam mana.

Saturday, October 11, 2014

Bila mood rajin datang


Akhirnya tercapai jugak hajat nak buat german cookies ni. Dah lama nak try buat tapi kemalasan melanda. Hari ni pagi pagi dah pegi bakeri cari tepung kentang dengan gula icing. Nasib bakeri buka pagi pagi. Petang lepas masak terus buat projek german cookies ni. 

Note :

Kawan saya cakap biskut ni lagi sedap dari samprit. Saje je saya guna acuan samprit tu sebab tu je yang ada. Kalau korang nak try google je resepi german cookies. Senang sangat nak buat dia. Saya plan nak buat biskut ni lagi since gula icing ada banyak lagi. Sape nak join jom...

Tuesday, October 7, 2014

Kek Leleh home made


Nak makan kek leleh ni dari minggu lepas lagi. Tapi disebabkan minggu lepas tiap tiap petang hujan makanya tak sempat nak singgah bakeri beli krim cheese.

Hari Ahad petang raya tu terjah NSK selayang semata mata nak cari krim cheese pun tak de jugak. Singgah giant bintang selayang pun tak de jugak. Akhirnya singgah giant Batu Caves ada krim cheese tapi yang saiz besar. Nak pakai saiz kecik aje. So tak jadi beli sebab besar sangat.

Semalam pagi pagi gigih pegi bakeri. Nasib bakeri dah buka. Dapat la buat kek leleh ni. Nak senang beli je kek tu. Pastu buat topping sendiri. Sedap.

Note :

Ada yang cuti lagi ke. Syoknya cuti. Terpaksa datang keje walaupun mood masih nak cuti kan. Nak ambik cuti pun cuti dah takde. Simpan untuk perkara yang lebih perlu kan.