Story Mory Cik Lala

Friday, August 29, 2014

Musim shawl blink blink


Musim nak pakai shawl. Tapi harganya boleh tahan. Tak jumpa lagi yang murah. Bertahan lah wahai hati. Ada orang jual online. Tapi kena beli at least 10 helai dapat la harga rm30 ke rm35 sehelai. Kalau ada geng nak share okey la jugak. Rasa cam nak semua kaler yang ada tu tapi sabar sabar.

Ada sape sape tau tak kat mana ada jual tudung camni tapi murah. 

Thursday, August 28, 2014

Sayang nak guna


Hadiah hari jadi 2 tahun lepas. Masih kemas disimpan dalam kotak. Sayang sangat nak pakai. Dok sedap pakai yang kat bawah ni jugak. Yang Coach baru dapat pun tak tau la bila nak guna. Jenis setia pada yang satu. Selagi boleh pakai, guna semaksima mungkin.


Yang ni beli sendiri. Elok lagi. Suka sebab boleh letak banyak kad serta henpon sekali. Tak payah bawak beg tangan bagai.


Kotak untuk yang kat atas tu.

Sunday, August 24, 2014

Nama dia wrislet kot



Tak tau la apa nama beg ni. Yang pastinya bukan wallet. Tapi lebih kurang cam wallet. Saje je en hubby ni buat suprise kat bini dia. Nak kata birthday pun bukan. Anniversari pun bukan. Saje saje beli katanya.

Tadi en hubby ada whatsapp gambar hanbag. Tapi bini dia yang baik hati ni tak nak sebab dah banyak sangat henbeg. Sampai letih nak tukar handbeg setiap minggu. Makanya beg yang dia pilih ni dia tak nak whatsapp lagi. Nanti kena reject lagi.

Apa apa pun terima kasih la en hubby sebab selalu bagi saya hadiah.

Friday, August 22, 2014

MH17 dalam kenangan








DaripadaNya kita datang
KepadaNya kita kembali

Sedih dan pilu melihat gambar gambar ni. Moga roh mereka tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.

Adik nak bawak roti canai


Pagi ni danial request nak bawak bekal roti canai ke sekolah. Kalau dah jadi mak ni memang la tak sampai hati nak tolak permintaan anak. Makanya lambat la saya pi keje hari ni. Pukul 6.50 pagi saya dah keluar rumah hantar sikakak pegi sekolah. Lepas tu terus pegi beli roti canai. Hantar kat rumah dulu. Singgah pulak beli meehun kat si ayah. Makanya lengkap la sarapan suami dan anak anak pagi ni. Si kakak pun mulanya nak bawak bekal roti canai jugak pegi sekolah. Tapi takut lambat pulak nanti. Nak tunggu roti canai siap pun makan masa jugak. Makanya saya beli lebih supaya kakak boleh makan bila dah balik sekolah nanti.

Dah alang alang beli makanan untuk anak anak, saya tapau sekali roti canai bawak ke opis. Boleh makan dengan kawan kawan jugak. Habis satu beg saya bau kuah dhal. Hu hu hu.

Thursday, August 21, 2014

Menjelang sambutan harijadi

Sumber gambar : google

Cantikkan kalau dapat buat camni.

Bizi dan pening mengalahkan anak nak kawin. Padahal nak buat birthday je pun. Buat 3 orang sekali dalam satu majlis. Jimat kan. Tak mampu la pulak kalau setiap bulan nak buat birthday party. Mesti la nak ajak sedara mara dan jiran tetangga serta kawan kawan rapat kan. Kalau tidak tak meriah la nanti.

Majlis ni nak buat bulan september nanti. Invitation card dah siap. Kek pun dah oder. Sekarang ni tengah dok pikir nak buat backgroud mengikut kesesuaian tema. Pening jugak dok pikir sorang sorang ni. Nasib la ada kawan kawan opis yang membantu bagi idea. Bab bab parti ni serah kat dorang.

(Mak yang tak sabar nak tunggu majlis tu sebenarnya. Anak anak rileks je. Mesti la mak yang tak sabar kan sebab mak nak tengok hasil usaha, idea dan penat lelah mak selama ni. Apa yang dirancang tu jadi ke tak. Cantik ke tak tema party tu nanti. Dan yang paling penting reaksi tetamu masa majlis tu nanti. Betul tak. Majlis tak la besar mana. Tapi persiapan kemain lagi).

Fenomena loom band


Fenomena loom band ni pulak. Yang pompuan yang laki sume nak benda ni. Agak mahal jugak benda ni. Hari tu yang sulung beli kat wangsa walk sampai rm60. Ada jugak yang jual rm12.90. Tengok pada saiz kotak getah ni.

Eii macam macam kan sekarang. Zaman saya kecik kecik dulu yang tau main getah je. Kumpul getah banyak banyak pastu buat tali. Getah pun yang free aje. Budak budak sekarang sumenya menan nak kena keluarkan duit. Rabak poket mak ayah.

Wednesday, August 20, 2014

Cantik tak


Cuba bayangkan kalau buat bunga ni macam macam kaler. Mesti cantikkan. Alangkan satu pun dah cukup cantik. Ni buat sendiri tau. Amacam. Okey tak.


Inilah saya


First time bergaya dengan tudung camni. Okey tak. Rasa cam nak beli lagi shawl camni. Senang pakai. Ada sape sape nak share tak kalau saya nak beli satu kodi. Kat mana ada jual shawl camni yang murah.

Monday, August 11, 2014

Clearkan apa yang patut


Pinggan mangkuk ni saya nak bagi kat orang. Banyak sangat pinggan mangkuk kat rumah sampai tak guna. Zaman sekarang kalau kenduri kendara sume pakai katering. Kalau buat makan makan pun pakai pinggan kertas je. So tak perlu nak simpan pinggan mangkuk banyak banyak kan. Kebanyakkan pinggan mangkuk tu dapat free beli sabun la ubat gigi la dan yang sewaktu dengannya.



Sape tau kat mana ada jual pinggan yang bunga macam ni. Set pinggan ni adalah set yang saya suka. Dari zaman sekolah dulu kalau buat makan makan kawan sekolah mesti guna set pinggan ni sebab ianya cantik. Ni yang ada pun tak cukup set. Ada yang dah hilang masa kat kampung hari tu sebelum dibawa ke sini. Sayangkan. Rasanya umo set ni dalam 30 tahun jugak dah.


Tarra. Tak banyak dah yang tinggal. Pinggan yang coklat tu nak agihkan untuk sepupu separuh. Menyemak kabinet la kalau banyak sangat.


Antara pinggan pinggan yang free. Ambik la sape yang nak. Semalam saya bagi sume pinggan pinggan ni kat adik ipar saya sebab dorang baru kawin.

Friday, August 8, 2014

Smart tag baru


Baru 2 tahun rasanya guna smart tag yang baru ni dah jahanam. Hari tu bateri low. Tapi bila dah tukar bateri tak boleh guna pulak. Membazir je beli smart tag ni kalau hanya boleh guna 2 tahun.

Yang dah rosak ni tak tau nak buat apa. Nak repair ke atau nak biar saje. Ada sape sape yang pandai repair smart tag tak? Nama je smart tag tapi tak smart seperti yang sepatutnya.

Thursday, August 7, 2014

Canggih bapak



Canggih tak bila kat opis ada mesin ni. Baru dipasang petang semalam. Free of charge lagi tau. Bestnya.

Keje sekolah




Dah dekat pukul 10 malam tak siap siap lagi homework. Sebelum ni kata bukunya hilang. Bila dah beli yang baru ada pulak buku tu. Tengah tengah buat homework dan lagi kelebek pensil tekan yang tak nak keluar mata tu. Dok penyebai pensil tu tak nak keluar mata. Alasan tak nak buat homework la tu. Sudahnya saya yang kena siapkan homework dia. Malas nak tunggu dia siapkan. Terhegeh hegeh. Dengan mengamuk satu hal. Memang selalu camtu la kalau ada keje sekolah. Sama ada dia mengamuk mengamuk sambil buat homework atau pun tak buat langsung. Mak mak ni tak tau nak cakap apa dah. Pandai pandai la sendiri.

Katil baru untuk anak anak

Katil anak bujang yang no. 3. Beli yang 2 tingkat atas kecik bawah besar tu. Bawah boleh tido kat atas boleh susun tilam bantal dan toto. Beli yang jenis besi sebab nampak lebih kukuh dan designya pun cantik. Harga RM1500. Beli kat Home Star Furnishing Selayang. Lepas ni nak train si bujang yang no 2 tu tido sendiri. Selama ni asik tido celah ketiak ibu je. Sampai ibu pulak yang kena bentang toto tido kat bawah atas lantai.



Katil yang tengah tu untuk si anak dara. Ni katil no 3 dah. Besi jugak. Sebelum ni beli yang kayu. Kayu patah la. Tercabut la. Koyak la dan 1001 masalah lagi. Harap dengan beli yang besi ni tahan lama la sikit at least 5 tahun atau pun 10 tahun kan. Dua dua katil ni ada warranty 5 tahun. Harga katil ni Rm1000. Beli 2 unit semalam sebab satu lagi nak letak kat bilik anak bujang no 2. Katil yang sedia ada tu katil kayu. Bunyi bising bila kita duduk atas tu. Tukar yang besi ni tak bunyi dah la kut. Katilnya elok lagi lagi riuh rendah.

So dua dua katil kayu yang ada tu tak tau nak letak kat mana bila dah ada katil baru. Bagi je la kut kat sape yang nak. Nk jual pun mesti tak laku kan. 

Tuesday, August 5, 2014

Baju raya tak siap

Kan hari tu saya cerita baju raya saya tak siap siap. Saya hantar 5 pasang baju raya. 1 je yang siap tu pun tak muat nak pakai. Padahal dah sukat saiz badan tu. 1 lagi hilang la pulak. Tak tau la dia letak mana. Katanya nak cari dulu. Kalau tak jumpa nak ganti. Tapi sekarang bila saya call dia tak jawap. Saya hantar mesage pun dia tak baca. Kain yang 3 lagi tu saya ambik balik. Tu pun saya menyelongkar sendiri cari kain kain saya tu. Ada banyak kain kain yang tak dijahit. Dah macam kedai kain pulak. Dah alang alang tak potong biar lah tak jahit terus. Lepas raya nak cari tailor yang lain. Tapi yang geramnya bila dia nak ganti kain saya yang hilang tu. Dah la kain yang hilang tu kain yang saya suka. Kalau la saya tahu jadi macam ni memang saya tak hantar kat dia. Menyesal pun dah tak guna. Harap harapnya jumpa la kain saya tu nanti.

Monday, August 4, 2014

Kidszania Kuala Lumpur

Hari Jumaat kami dah sampai dari kampung. Plan nak pegi Kidszania hari Sabtu. Tapi hari Sabtu tu tak valid untuk tiket yang ada promotion. So kami pilih hari Ahad iaitu semalam 3 Ogos 2014. Pukul 9 pagi dah start beratur nak beli tiket which is kaunter buka pukul 9.30 pagi. Kalau lambat maka panjang la qeueu tu nanti. Pukul 10 dah dapat masuk Kidszania tu. Tukar cek sorang kanak kanak dapat la 50 kidszos. Kidzos tu macam duit. Boleh guna kat certain certain tempat macam kat vitagen factory ataupun kat cadbury factory. Ada jugak job yang dorang akan bayar anak anak kita salary contohnya macam posmen.

Memang puas hati la pegi Kidszania ni. Best sangat. Kalau anak anak dah besar boleh biarkan dorang ni bebas kat dalam tu. Dia akan pilih job mana yang dorang suka. Anak anak saya masuk je kidszania tu terus tuju fire fighter. Kalau hari biasa memang tak de peluang la nak jadi fire fighter ni sebab ramai sangat. Time semalam tak ramai sangat orang. Maybe orang masih bercuti ataupun kat kampung. Memang sesui sangat pegi semalam. Puas dorang dapat main. Dari 10 pagi sampai pukul 4 petang kami kat situ. Mak mak ni rasa dah nak tercabut kaki. Yang anak anak pulak cergas dok lari sana sini.

Total harga tiket kami semalam hanya RM114 je. Kalau hari biasa mahal lagi. Tiket yang kami beli semalam untuk kanak kanak RM36 x 2 orang. Dewasa pulak RM21 x 2 orang. Satu tiket kanak kanak dapat free sebab ada orang bagi semalam. Harga tiket yang free tu RM39.
Tapi yang tak bestnya kat kidszania ni makanan kat dalam tu sangat lah mahal. Air kotak sahaja RM4.50. Pop corn besar RM5.00. Twisties kecik RM1.00. Biskut oreo kecik RM4.00. Tu belum kira makanan cam nasi, aiskrim dan lain lain lagi. Tak boleh bawa makanan sebab nanti kat pintu masuk ada security guard yang akan cek beg. Nak tak nak pandai pandai la bajet nak berbelanja kat dalam tu.

Semalam masih ada banyak lagi kidszos yang tak guna. Nabila bawa balik je kidszos tu sebab dia kata lain kali nak pegi kidszania lagi dan boleh guna balik kidszos yang ada. Nak beli cenderamata pun sumenya mahal.

Kalau nak tahu info lanjut tentang kidszania boleh layari www.kidszania.com

















Puashati layan Transformers

Berjaya jugak akhirnya si kecik tu tengok citer Transformers hari Sabtu lepas. Citer tu kan release dekat dekat nak pose 26 Jun 2014. Dengan si kakak kat hospital. Camne nak bawak kenit tu pi tengok wayang. Elok discaj dari hospital je dah pose. Takkan bulan pose nak pi tengok wayang jugak kan.

Serius best citer Transformers tu. Tak rugi tengok. Ingat kami je yang nk tengok. Rupanya penuh jugak panggung wayang hari sabtu lepas. Cumanya time dah tak banyak pilihan la cam masa mula mula release. Yang ada cuma pukul 12.30 pm je. Kira ok la tu. Dan buat keje rumah kejap. Pilih twin seat. Memang la selesa walaupun mahal. Pilih yang belakang sekali. Kalau nak seat murah murah dapat la kat depan which is sakit kepala nak dongak tengok screen kan.
Patut la citer tu berjaya dapat collection tertinggi. Si danial pulak transformers tu berperang kat screen yang dianya bersilat kat belakang. Lantak la dik. Asalkan bahagia. Tapi memang puas hati la. Danial kata ada 4 citer wayang yang dia nak tengok termasuklah Transformers tu. Lepas ni dia ajak tengok citer Ninja Turtle pulak. Dia ingat mak dia ni ada kilang buat duit kertas agaknya.