Story Mory Cik Lala

Monday, March 31, 2014

Dapat power bank


Dapat power bank ni dari opis sempena AGM kelab sukan opis. Dapat towel sekali kaler pink lagi. Walaupun dah ada power bank sendiri tapi apa yang diberi tetap suka dan disimpan rapi.

Sunday, March 30, 2014

Jom shopping








Nak jadi anak soleh tak? Nak jadi anak soleh kena la bawak mak jalan jalan hari sabtu ahad. Ha ha ha. Boleh ke buat statement camtu. 

Kesian mak saya. 5 hari dia terperap kat rumah. Kalau time sekolah dia sibuk pulak uruskan cucu cucunya pi sekolah. Cucu cucu ni kalau ada nenek memang mengada. Nak nenek buat itu la buat ini la. Kalau ibu sorry la. Malas nak layan. Nak apa buat la sendiri kecuali kalau nak makan. Yang tu boleh la ibu buatkan. Kalau ikutkan kehendak dorang, bila besar nanti tak boleh berdikari. 

Mak saya memang suka la sangat kalau dapat shopping kat NSK ke, Giant ke atau pun Mydin. Dia ni jenis rambang mata. Ada je benda dia nak beli. Sebab tu tak boleh bagi duit kat dia banyak sangat. Nanti macam macam dia beli. Memang tiap tiap bulan kena bagi duit untuk dia belanja separuh masuk tabung haji separuh. Cucu cucu suka la kalau pi shopping dengan nenek. Boleh pau macam macam. Yang nenek pun beli la jugak tak kira murah ke mahal. Adoi. Kesian kat nenek. Dah la tak de pendapatan siap kena pau lagi. 

Hari Sabtu Ahad memang selalu bawak dia pi jenjalan. Tak kira la kemana asalkan keluar rumah.

Note: Panasnya kat luar tu. Sakit kepala bila keluar rumah. Ni hujan baru je nak turun. Alhamdulillah. Sejuk sikit muka bumi Allah swt ni.

Esok dah start keje. Esok dah start sekolah balik. Esok jugak jalan start sesak balik. 5 hari saya cuti. Tapi tak terasa pun. Pejam celik pejam celik dah nak naik keje balik.

Via Blogger
4:51pm

CISKUT LELEH








Semalam berebut rebut danial makan kek ciskut ni dengan kezen dia. Kesian pulak saya tengok. Makanya saya pun buat ciskut ni hari ni. Modalnya cuma satu batang krim cis, susu pekat dan susu cair. Memang senang sangat buat dia. Simpan dalam peti sejuk dalam 3 ke 4 jam sebelum makan. Mesti sedap kan.

Saturday, March 29, 2014

Hadiah dari Zalora dah sampai







Terima kasih zalora. Ya Allah. Suka sangat hadiah dari Zalora ni. Harga beg ni Rm129.00. Zalora bagi saya rm100.00. So saya cuma perlu tambah rm29.00 lagi plus rm5.00 duit postage. 

Saya ni memang gila beli hanbeg. Pantang nampak henbeg yang cantik cantik mesti nak beli. Dapat hadiah dari zalora ni bagai pucuk dicita ulam mendatang.

Yang bestnya beli barang dengan zalora ni, zalora siap bagi return slip lagi. Kalau tak puas hati dengan barang ni kita boleh return ke zalora free of charge tau dalam masa 30 hari. Menarik kan.

kepada kawan kawan yang nak beli hendbeg, sila lah berkunjung ke www.zalora.com.my. banyak pilihan yang menarik yang menanti anda. Shopping jangan tak shopping tau.


Baru nak tengok Frozen

Bagi orang lain citer ni dah basi. Tapi kami baru nak tengok. Sebelum ni dah beli cd. Tapi hilang entah ke mana. Memang best la citer ni. Tak rugi tengok.






Nak tanya kawan kawan. Korang tau tak macam mana nak download movie kat fon samsung? Kalau download boleh tengok banyak banyak kali kan.

Friday, March 28, 2014

Captain America

Hari ni saja ambik cuti sempena cuti sekolah. Oleh sebab tak ke mana maka bawa anak anak tengok wayang ajelah citer Captain America kat TGV Wangsa Walk. Dekat je dengan rumah. Anak anak kata citer ni best. Boleh la nak dikatakan best la jugak. Saya ni tak suka cerita yang ganas ganas atau perang perang. Sebab tu la takde perasaan sangat bila tengok citer ni. Sekadar layan anak anak isi masa lapang cuti sekolah.
Yang tak bestnya masa tengok wayang tu. Beli la pop corn. Tapi pop corn tu perisa ayam. Korang boleh tak imagine macam mana rasa popcorn tu. Selalu kan rasa pop corn manis manis gitu. Tak sangka pulak ada popcorn baru. Budak budak pun tak suka nak makan pop corn tu. Membazir je beli. Dah la beli sampai 3 tau. Yang cashier tu pun tak cakap pop corn tu perisa ayam. Kalau tidak confirm tak beli.
Zaman sekarang ni dah senang nak beli tiket wayang. Beli online je. Tak payah la beratur panjang semata mata nak beli tiket. Beli online lepas tu sampai sana collect je tiket kat kaunter express. Kan mudah camtu. Kalau nak harga tiket murah korang pi la tengok sesi pagi. Kalau petang mahal la sikit. Kalau saya memang suka tengok wayang sesi pagi. Boleh cepat balik rumah. Kalau malam lagi la tak suka. Malam masa untuk berehat dan berada di rumah.

Thursday, March 27, 2014

Biskut ni cedap cangat la ibu


Saje merajinkan diri buat biskut ni. Danial yang request. Dia kata biskut ni cedap cangat. Kejap kejap makan. Dari buat petang semalam sampai la sekarang. Kejap kejap dia makan. Dia kata nanti kalau habis ibu buat lagi tau.

Sebenarnya biskut ni buat guna adunan biskut almond london. Tapi anak anak saya tak suka kalau letak badam. Salut dengan coklat pun dorang tak suka. Maka jadila london almond versi ibu Danial ni. Janji dorang suka dah kan.




Kalau hari cuti



Ni la aktiviti dorang kalau hari cuti. Masing masing mengadap ipad. Tapi sesekali kena sorok gak. Kalau tidak dok mengadap tu je lah dari pagi sampai malam.

Ubat sakit tekak yang sedap




Tuan rumah dapat mc semalam dan hari ni sebab demam sakit kepala dan sakit sakit badan. Nasib la esok dah apply cuti. Boleh la berehat lebih sikit. Hati tu nak pi keja hari ni. Tapi badan ni cam lemah lagi. Sape kat sini yang tak pernah mc. Wa salute lu la bro. Macam saya ni selalu jugak tak sihat. Kadang tu segan jugak nak mc. Tapi kalau dah tak sihat dah tak boleh nak buat keja baik dok berehat je kat rumah betul tak (dengar kat boss kena buang keje terus nanti. Ahaks)

Gambar yang kat atas tu adalah ubat sakit tekak yang paling saya dan anak anak suka. Tak semua klinik ada ubat macam ni. Lain lain klinik lain lain jenis ubat. Kalau doktor bagi ubat sakit tekak yang macam panadol tu memang tak sentuh langsung la. Zaman sekarang ni ubat sakit tekak pun ada macam macam perisa. Kalau nak yang sedap boleh pilih kat farmasi. 

Tuesday, March 25, 2014

MH370 yang berakhir dengan tragedi

Sedihnya dengan berita yang diterima. Kehilangan MH370 rupanya berakhir dengan tragedi yang menyayat hati. Terfikir macam mana la keadaan mereka ketika kapal terbang tu terjunam ke laut. Tak seorang pun yang tahu. 

Moga Allah tempatkan mereka di kalangan orang orang yang soleh dan semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Monday, March 24, 2014

Plan cuti sekolah

Tak de plan nak ke mana pun sempena cuti sekolah ni. Selalunya balik kampung je la. Tapi kali ni keadaan tak mengizinkan nak balik kampung. Semalam petang bawak budak budak mandi pool je. Dah setahun tak mandi pool. Beriya iya si Danial tu request nak mandi pool dari pagi semalam. Mungkin jugak si kakak yang suruh adik request. Kalau tak bawak kesian la pulak kan.
Hari jumaat ni dah apply cuti. Dalam kepala otak ni hanya ada 2 tempat je yang terpikir nak bawak budak budak ni pi mana. Kalau korang ada idea jom la share.
1) Kidszania
2) Aquaria KLCC.

Sama sama lah kita terus berdoa untuk MH370. Moga moga Allah lindungi dan selamatkan merekan kan.

Request dari Danial






Yo yo o la Danial ni nak makan biskut Almond London ni tau. Bila buat tak makan pulak dia. Kalau tak sibuk nak beli. Sebiji aje 80 sen tau. Mahal ke murah. Kalau beli 10 biji dah 8 hengget. Baik buat je. Tapi tu la. Bila dah buat tak makan pulak.

Apa aktiviti korang cuti sekolah ni. Setakat ni tak de idea lagi nak pi mana. Plan nak cuti hari Jumaat ni. Saje ambik cuti nak spend masa dengan anak anak (padahal kalau cuti dok umah berperang je dengan anak anak).

Untung la kalau company bagi banyak annual leave. Opis saya bagi maksimum 24 hari je. Tu pun saya dah guna 6 hari masa buka sekolah hari tu. Tu pun keje 6 tahun baru dapat cuti  24 hari. Kalau tidak 20 hari je.

Friday, March 21, 2014

Weekend

Weekend ni nak duduk kat rumah je lah. Malas nak pi jalan jalan. Rasa sayang nak tinggalkan rumah. Kalau keluar mesti lama. Tapi bukanlah bermakna tak nak keluar langsung. Keluar jugak sekejap kalau setakat nak mencari lauk pauk.

Apa plan korang pulak. Nak pi mana weekend ni.

Thursday, March 13, 2014

Gambar trip Danial

Wajah Danial takde pun dalam gambar ni. Tapi nak tunjuk jugak kat korang sebab budak budak kecik ni sume comel comel belaka. Semalam lupa nak pesan kat teacher supaya ambik gambar Danial satu dua. Danial ni bukan suka ambik gambar. Kalau saya ambik gambar dia pun dia tak suka. Jadinya dia tak heran kalau orang ambik gambar. Dia lagi suke kalau gambar dia tak de  cuma maknya yang sebuk.

Malam tadi jenuh dia bercerita pengalaman dia pegi trip semalam. Pot pet pot pet sebelum tido. Penat bercakap lena terus. Patut la lama diam. Rupanya dah terbongkang.

Alhamdulillah sepanjang trip tu dia ok dan tak demam. Maknye punya la risau. Tapi teacher kata dia elok je.

Seronok la tu pegi trip dengan kawan kawan. Dia kata best sangat sebab dapat naik bas besar. Orang kolump kan. Dapat naik bas pun best. Ha ha ha.

Danial kata takut dia turun tangga tu. Seram. Adik takut jatuh. Tengok la tangga dia tu kan cam mana. Pastu dengan eksaitednya dia citer dia bagi makan lembu.



Budak budak memang suke aktiviti dengan kawan kawan kan. Enjoy sangat.

Wednesday, March 12, 2014

HIJAB BY ZALORA

Pemakaian hijab adalah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan buat masyarakat di Malaysia. Ini adalah kerana negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum ini sangat dikenali kerana sifat toleransi yang cukup tinggi. Sudah berdekad lamanya kita semua hidup harmoni dalam suasana yang cukup aman di mana kita boleh mempraktikkan ajaran agama masing-masing tanpa halangan. Bagi wanita Muslim di Malaysia mereka semakin terbuka dalam berfesyen namun dalam masa yang sama masih terus memegang prinsip dalam mempraktikkan ajaran agama.

Pasaran hijab di Malaysia kelihatannya semakin rancak dan berkembang. Kemunculan hijabista yang peka akan trend fesyen terkini membuka lembaran baru buat pencinta fesyen yang lain. Fesyen hijab terkini semakin berkembang luas di negara ini dek kerana mendapat tempias pembabitan golongan selebriti yang memakai tudung seperti penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza dan Wardina Safiyyah. Mereka memainkan peranan yang cukup penting kerana apa sahaja gaya yang distailkan pastinya mendapat perhatian dalam kalangan peminat. Ini seterusnya menjadi ikutan buat mereka yang suka akan trend yang digayakan.

 Tudung dan shawl boleh dianggap sebagai head accessories yang cukup versatile. Mereka boleh dipadankan dengan apa sahaja pakaian seperti baju kurung moden, jubah, blouse Muslimah, baju kebaya dan women tops yang lain. Kini terdapat banyak koleksi hijab wanita online yang boleh didapati di internet. Website Malaysia online shopping kini semakin banyak di internet dan semuanya menawarkan hijab untuk wanita yang memakai hijab.

Apa yang lebih menarik ialah semua blogshops ini menempatkan jenama-jenama terkenal untuk anda pilih. Tawaran promosi yang diberikan juga adalah terdiri daripada harga yang cukup hebat dan berpatutan. Shopping online adalah lebih mudah dan menjimatkan masa serta wang.

Padankan hijab anda dengan pakaian yang sesuai untuk dapatkan penampilan yang lebih menonjol. Padanan yang tepat pastinya membuatkan anda kelihatan lebih anggun dan elegan. Gayakan juga clutch atau handbag wanita untuk penampilan yang lebih menarik. Dapatkan info koleksi hijab terkini di @ZaloraMY sekarang!

Danial pegi trip

Danial ada trip tadika nak pegi farm hari ni kat Serdang. Dia nak pegi jugak walaupun demam. Pagi tadi pun dah tercirit sikit. Harap harap cepat sembuh. Pagi tadi pukul 7 dah bagi ubat demam siap siap. Kalau tak bagi pegi kesian pulak. Dah meleleh ayaq mata dah tu.

Masa dia tengah naik bas tadi tak sempat nak ambik gambar dia. Tak perasan dia tengah panjat tangga bas tu. Maklum la comey sangat.

Ibu doa dari jauh moga Danial sihat dan kuat. Mudah mudahan Danial tak demam dah dan enjoy dengan kawan kawan masa trip tu ye sayang.



Tuesday, March 11, 2014

Doa doa dan teruslah berdoa

Sehebat mana pun kuasa teknologi yang ada. Hebat lagi kekuasaan Allah swt. Berdoa dan terus berdoa. Moga moga Allah beri petunjuk di mana mereka berada. Moga moga mereka semuanya dalam keadaan baik baik saja. Jauhkan lah mereka dari musibah dan anasir anasir jahat. Moga moga Allah pelihara mereka. Moga moga mereka semuanya selamat. Amen ya rabbal a'lamin.

Monday, March 10, 2014

Sepetang bersama ustazah Dato' Siti Nor Bahyah Mahmood

Alhamdulillah dapat juga bergambar bersama sama dengan ustazah semanis kurma ni. Pertama kali pandang wajah ustazah ni masya Allah. Comeynya. Bibir tak lekang dari senyuman. Celotehnya semasa berceramah membuatkan kami ketawa dari mula sampai akhir. Memang seronok sangat dapat jumpa ustazah ni secara live. Orangnya lemah lembut tapi kelakar. Ustaz wan akashah pun sama. Semasa memberi ceramah tadi beliau juga turut diiringi oleh anak anak beliau.


Kagum dengar ceramah beliau. Tetiba pulak rasa cam nak jadi penceramah jugak. Ahaks. Boleh tak camtu.

Isnin lagi

Setiap kali jumpa hari isnin
Cam malas je nak pi keje
Cam malas je nak bangun pagi kan
Anak anak pun bising
Cuti 2 hari tak cukup la
Mak mak ni lagi la tak cukup
Sebab macam macam nak buat bila sabtu ahad

Sunday, March 9, 2014

Segalanya dengan ibu

Anak no 2 ibu ni
Nak tido dengan ibu
Dimana ibu disitulah dia
Atas katil ibu atas katil lah dia
Ibu tido kat bawah dia pun tido kat bawah
Nak solat pun dengan ibu
Kalau ibu solat tinggalkan dia
Menangis la sampai melompat lompat
Nak pegi sekolah pun dengan ibu
Tapi memang ibu tak sempat nak hantar
Sebab pukul 6.30 pagi ibu dah keluar rumah
Sedangkan dia masuk sekolah pukul 7.30
Sampai bila nak berkepit dengan ibu nih

Thursday, March 6, 2014

Daftar darjah satu 2016

Lega dah dah daftar persekolah Danial secara online. Lepas ni terus boleh submit dokumen kat sekolah.

Selimut ajaib - Biovelocity

Dapat jugak akhirnya beli selimut ajaib ni
Kebetulan ada promosi diskaun 40%
Rupanya selimut ni dah lama keluar
Saya je yang baru tahu
Itupun selepas dipromosikan oleh makcik saya yang memang pakai selimut ni
Dia kata dulu dia tak boleh naik tangga
Tapi lepas pakai selimut tu alhamdulillah dah boleh
Macam macam lagi faedah pakai selimut ni
Nanti kalau sempat saya share ye
Beli selimut ni pun untuk mak dulu
Nanti kalau ada rezeki boleh beli untuk diri sendiri pulak
Mana tau kut kut mood rajin nak pi keje kan bila pakai selimut ni.

Keistimewaan selimut ni adalah seperti berikut :

1. Meningkatkan metabolism

2. Mengaktifkan fungsi-fungsi sel

3. Menggalakkan peredaran darah

4. Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun

5. Meningkatkan tahap medan tenaga

6. Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan

7. Memulihkan tenaga, memperbaiki dan mengaktifkan sel dalam badan

8. Bersemangat dan bertenaga

9. Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semula jadi

10. Mengimbangi dan mengharmonikan fungsi-fungsi fizikal

11. Melegakan kepenatan dan kesakitan

12. Merangsangkan dan menyelaraskan sistem saraf autonomik

13. Menggalakkan fungsi jantung

14. Menggalakkan tidur yang sihat dan berkualiti




Nak tahu lebih lanjut bolek klik link kat bawah

http://fieqarfieqar.blogspot.com/2013/09/selimut-ajaib-biovelocity-sleep-mate.html?m=1

ataupun

http://www.hai-omarketing.com.my/products-detail.asp?id=53

(Banyak link lagi sebenarnya. Tapi memandangkan update dengan fon je hanya ini yang termampu)

Minggu ni

Minggu ni cepat betul parking penuh
Sampai pukul 7 pun parking dah penuh
Pukul berapa pulak nak keluar rumah kalau dah camtu
Keluar pukul 645 dah habis awal dah rasanya
Lagipun rasanya minggu ni cam ramai orang
Tren pun penuh
Selalunya tak penuh camni pun

Kenapa kenapa kenapa ek?