Story Mory Cik Lala

Wednesday, February 26, 2014

Kekenyangan

Mengantuk ya amat setelah kekenyangan ni. Kejap lagi nak masuk meeting pukul 2.30. Pukul berapa la habis tu agaknya. Tak kose nak balik lambat. Tak kose jugak nak menapak sorang sorang ke KL Sentral tu gelap gelap. Esok pun sama jugak. Meeting start pukul 2.30 petang. Minggu ni agak tuff. Sabtu ni dah masuk bulan Mac kan. Kejap betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah Mac.

Rabu
Via android
1.28pm

Tuesday, February 25, 2014

Anak no 2 punya hal

Saya selalu je menyakat si angah tu. Si angah ni suka mengamuk dan marah marah. Orang utara kata suka "penyebai". Tadi saya nak solat. Tetiba angah naik atas dan masuk bilik saya. Waktu tu saya tengah solat. Apalagi si angah tu menangis terlompat lompat la dia sebab saya tinggalkan dia solat. Terpaksa la saya stop tunggu dia ambik wuduk dan solat semula. Tu pun sambil dia hentak hentak kaki marahkan saya.

Selepas solat angah kata "alamak ibu. Abang ngah terniat usolli fardhu subhi padahal solat isyak. Tak pe ke ibu." Saya cakap la tak pe. Sebab tak nak dia mengamuk lagi dan marah marah. Lepas tu saya kata lagi sape suruh abang ngah suke menangis. Kan niat solat pun dah salah. Marah dia kat saya. Ha ha ha.

Mengantuk sangat ni

Request kopi susu satu dari kakak tea lady. Dah habis secawan pun tapi still mengantuk lagi. Now tunggu masa je nak balik. Boss tak de ni.

Saturday, February 22, 2014

Boleh tengok aje la - Nissan Juke 1.6

Kat Shah Alam hari sabtu lepas kan ada fair kereta dan motor. Jalan jalan ternampak kete yang cun ni. Hubby tanya nak ke kete ni. Kalau nak kita trade in la Suzuki yang ada tu. Erm telan air liur sekejap. Sayang lagi kat Suzuki tu. Tak pe la. Pakai je la kete yang ada tu.




Memang cantik kete ni. Dah macam rupa Murano tapi saiznya kecik dari Murano tu. Sesuai la dengan saya yang saiz saiz comey nih. Tapi kete ni tak de jual kat Malaysia pun. Kalau ada harus ambik satu ni kalau cukup duit.





Friday, February 21, 2014

To do list untuk weekend

1) Hantar baju untuk gosok

2) Hantar Adik ke kelas karate (Baru nak daftar)

3) Beli barang kat Avon (ada orang oder)

4) Beli air mineral

5) Ke pasar

6) Ke Titiwangsa (Anak anak nak main roller blade)

7) Collect apam polkadot (request by Danish)

8) Masak.

9) .................

Yang tu je la kot setakat ni. Kalau ada lagi akan di tambah ke dalam list.

Bila hati dah suka

First time beli kek ni masa hubby masuk ijn hari tu. Rasa sedap pulak. Sejak dari tu dok beli buat stok kat rumah. Dipacking dalam bekas kecik kecik je. Harga pun dari rm6 ke rm7. Okey la kan. Nak bawak bekal pi mana mana pun senang.

Pengalaman mengajar erti kedewasaan

Masa dalam kereta pagi tadi anak sulung saya komplen. Ada orang hantar message dalam facebook dia kata dia gedik, muka macam ba alif ba ya. Allahuakbar. Dia tak buat salah apa pun dengan budak tu. Bila selidik balik rupanya budak tu sama kelas dengan dia masa darjah 1 dulu. Dia tak rapat sangat pun dengan budak tu. Tak tahu le kenapa budak tu marah sangat dekat dia.

Sebagai ibu menyirap darah bila saya dengar. Tapi saya kata kat dia kakak jangan layan la budak budak macam tu. Kalau kita nak jadi baik kita kena kawan dengan orang orang yang baik. Biar lah apa orang nak kata. Asalkan kita tak kacau orang sudah.
Banyak cerita yang dia beritahu saya. Katanya kawan yang pernah dia baik satu masa dulu dah tak kawan dengan dia sekarang ni. Malah budak tu menghasut pulak supaya orang lain jangan kawan dengan dia jugak.

Tapi bila saya pikir balik itulah fenomena sekolah rendah dimana budak budak tu belum matang. Tapi dalam masa yang sama kesian jugak kat anak saya tu. Nak buat macam mana kan. Tu la adat resam kehidupan. Pengalaman mengajar kita erti kedewasaan.

Thursday, February 20, 2014

Lunch time

Korang suka buat apa kalau lunch time?

Makan
Borak
Baca majalah
Berblog
Jalan jalan
Ataupun
Tidoooooooo

Kalau saya lepas makan tu saya terus bum. Siap berselimut bagai. Semenjak dua menjak ni macam tak cukup tido je. Nak jenjalan pulak tak de geng. Lagipun cuaca sekarang panas terik kan. Kalau berjalan mesti cepat penat kan. Nak mengadap komputer pun bukan boleh buka internet lebih lebih. Banyak yang kena block. Kalau hari Jumaat rehat sampai pukul 2.45. Baru boleh jenjalan sampai ke klcc atau midvalley. Tu pun kalau ada geng. Kalau tak de geng tido la jawapnya.



COKOLAT COKOLI SEGMEN BY TENGKUBUTANG


Klik sini tau kalau nak join.

Tarikh tutup pukul 10.00 malam ni.

~via hp je~

Wednesday, February 19, 2014

Susah hati kalau hujan waktu petang

Semalam dengan hari ni hujan la pulak petang petang. Bila hujan je mesti teringat kat anak anak yang balik sekolah petang. Habis lah basah kuyup anak aku balik sekolah ni. Kesian. Nak buat macam mana kan. Nak ambik tak sempat. Nak tak nak terpaksa lah meredah hujan menuju ke van sekolah tu. Kalau lah boleh keluar ofis awal sempat la ambik diaorang. Ni pukul 6.30 baru sampai stesen komuter. Dengan jem lagi. Pukul 6.45 atau pukul 7 baru nak sampai sekolah.

Tapi saya hairan la. Ada mak ayah yang boleh biar anak anak diaorang balik naik bas atau van even hujan sekali pun. Walhal sempat je kalau dorang nak ambik sendiri. kalau saya memang tak sampai hati. Kalau hujan je tak keruan dah hati ni dibuatnya.

Alhamdulillah ada jugak orang ingat

Asik dengar orang je pegi Mekah. Bila tuan tanah pulak nak pegi kan. Insya Allah. Dalam perancangan tu. Moga Allah permudahkan niat yang suci ni.
Pagi tadi ada anak jiran tumpang kete nak pi sekolah. Jiran selang beberapa buah rumah la. Maknya sister kat hospital. Keje shift malam. Depe sekolah pagi. Saya gerak dari rumah pukul 6.40 pagi. Hantar Nabila sekali pegi sekolah. Budak budak tu pun satu sekolah dengan Nabila. Sekali arung je kan. Alah. Ape adahal kalau setakat nak tumpang kan. Lagipun kalau pegi dengan van sekolah lambat. Kadang orang dah masuk kelas baru nak sampai sekolah kan.
Buah tangan dari Mekah ni anak anak jiran la yang bagi. Ayahnya baru balik dari umrah. Alhamdulillah. Syukur sangat sangat. Ada jugak orang ingat kat kita kan. Memang baik dengan jiran ni. Dulu masa anak anaknya sekolah petang sama dengan Nabila memang selalu la gilir gilir ambik anak anak balik sekolah. Kalau saya ambik Nabila saya akan ambik anak anak dia sekali. Kalau dia ambik anak anak dia pulak dia akan ambik Nabila sekali. Kalau balik dengan van kan lambat sampai rumah. Mengaji Al Quran pun macam tu jugak. Gilir gilir hantar. Tapi sekarang diaorang dah tak mengaji sama dengan Nabila. Nabila mengaji kat rumah ustaz. Diaorang mengaji dengan bibik je kat rumah.

Kurma dengan coklat

2 helai jubah

Sejadah dan keychain

Semua hadiah hadiah tu saya suka sangat. Terima kasih sangat sangat.

Kan dah cakap dah

Kan dah cakap. Lepas pc saya keluar hospital, saya dah tak boleh nak bw ke rumah kawan kawan. Apa yang display kat pc pun dah tak cun tak macam sedia kala. Tulisan pun cinonet cinonet je. Sakit mata dibuatnya. Ni yang malas nak buat keje ni. Dah totally different. Tak bestnya. Kalau cakap kat bahagian IT pun depa bukan nak buat ikut apa yang kita request. As long as boleh buat keje enough. Alahai sedihnya.

Tuesday, February 18, 2014

MINI GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY TENGKUBUTANG

jom klik sini

Happy Birthday buat Tengku Butang. Moga dirahmati, dilindungi dan dalam peliharaan Allah swt selalu. Moga bahagia dan murah rezeki selalu.

Tinggal semata

Tinggal monitor je semata. CPU dah kena kidnapped oleh IT gara gara tak boleh nak buka email pagi tadi. Dah setting banyak kali tapi tak boleh jugak akhirnya IT ambik CPU saya untuk di format. Makanya melopong lah hari ni tak payah buat keje. Yeay



Nak bw pun limited sebab google chrome dah kena delete. Kat sini tak boleh nak install software sebarangan. Sure kena delete. Sejak install google chrome tu boleh la jugak komen direct dari pc kat blog korang. Tapi ada jugak yang tak boleh. Nak edit entry pun senang. Lepas kena format ni tak tau la apa nasib. Tunggu dan lihat aje la.

Nenek dengan cucu

Nenek dengan cucu gotong royong buat tikar untuk subjek lukisan ni. Ibu tolong potong kertas warna dengan kertas lukisan jek. Yang selebihnya pandai pandai la buat sendiri.

Psst : Neneknya memang rajin tolong cucunya buat homework. Sebab tu cucunya asyik mintak tolong je. Kalau mintak tolong dengan ibu jangan harap la. Buat la sendiri.

Monday, February 17, 2014

February Giveaway 2014



Jom klik banner kalau nak join yer.

Suka la tu

Ustaz Danial Amsyar

Keluar je dari pintu tadika muka berseri seri. Sebab apa? Sebab ibu jemput dia balik sekolah. Selalunya kalau balik dengan van kan lambat sampai rumah. Pukul 12 habis tadika dekat pukul 1 baru sampai rumah. Van tu pulak hantar banyak tempat. Ke selayang la, gombak la dan lain lain. Kena la ikut turn.

Psst : Si Danial ni kalau saya ada kat rumah berkepit je dengan saya. Kalau saya kat atas dia pun kat atas. Kalau saya kat bawah dia pun kat bawah. Nak mandi pun dengan saya jugak. Pernah hari tu tanya kat dia kalau ibu ada kat rumah time hari cekolah nape adik tak tido. Tak penat ke? Dia kata kalau ibu ada kat rumah adik tak tido la cebab ibu ada. Mungkin dia rasa rugi kut kalau dia tido time saya ada kat rumah. Bukan senang saya nak ada kat rumah kan. Keje memanjang. 

Nak ponteng lagi

Tadi anak no 2 saya call. Tak nak pergi sekolah kalau pening katanya. Saya kata tak boleh sebab Jumaat lepas dah ponteng. Anak anak ni ada je alas an kan kalau tak nak pergi sekolah. Setahu saya dia tak de homework yang belum disiapkan. Selalunya kalau homework tak siap ye la tak nak pergi sekolah. Tapi  bila bagi duduk kat rumah kemain sihat lagi. Melompat la bagai. Suka bergaduh dengan adik yang tak tahannya.


Sekarang ni tak tahu la apa cerita dia. Kejap lagi baru nak call rumah tanya dia pergi sekolah ke tak. Melampau la pulak sampai 2 hari nak ponteng kan. Kalau tak diikutkan haruslah mengamuk tu. Hai lah anak.

Super hero


Terserempak masa kat Tesco Taiping masa cuti Thaipusam hari tu.

Mood suam suam kuku




Pagi semalam pergi Giant sebab encik Hubby teringin pulak nak makan Lamb bbq yang bini buat. Beli tak sesedap yang bini buat katanya. Pukul 12.15 tengahari bergerak pulak ke McD Damansara sebab birthday anak buah yang di sambut kat situ. Danial dah praktis nyanyi lagu happy birthday dah beberapa hari yang lalu. Balik dari tu kami terus ke KLCC.  Konon konon maknye nak tengok handbeg. Maklum la tak puas hati dengan hanbeg yang baru  beli tu kan. Tapi tak beli pun sebab beg yang saya nak tu tak de. Lepas tu terus balik rumah. Tak de mood nak jalan jalan. Masak la Lamb bbq yang cik abang kite tu nak. 

Itu aje aktiviti kitaorang semalam. Mood weekend lepas pun cam suam suam kuku je. Si anak dara yang sulung tu tak habis habis ajak pergi butik Girls kat KLCC tu. Nak beli file katanya. Tapi saya tak belikan pun. Siap dia nangis nangis bagai pun saya tak belikan jugak. Asyik nak membeli aje. bulan ni saja dengan kasut rodanya lagi. Ada saja benda yang dia nak membeli.

Entry Luahan Perasaan.

Jumaat lepas ada beli henbeg secara online. Dah dapat pun beg tu. Tapi tak puas hati la sebab begnya terlalu besar. Cantik cantik dah. Tapi besar sangat. Bila saya bawak henbeg tu cam gedabak sangat. Menangis tak berlagu tau. Sayang duit. Dah la mahal. Tak tau nak guna beg tu untuk apa. Plan nak guna untuk pi keja. Tapi kalau dah gedabak sangat cam tak sesuai  la pulak. Saya suka handbeg yang medium saiz je walaupun isi macam macam dalam tu. Rasa serik dah nak beli barang online. Molek di mata orang tak semestinya molek di mata kita kan.

Korang pernah tak alami situasi macam ni.

Sunday, February 16, 2014

Handbag pilihan


Korang suka beli handbeg tak. Apa jenis handbag pilihan korang. Berapa koleksi branded handbeg yang korang ada. Kalau saya sayang duit kut nak beli henbeg yang mahal mahal ni. Baik beli emas lebih berbaloi kut. Time sesak boleh jugak gadai.

Pemenang Giveaway - Buku Mendidik Anak Cara Rasulullah

Berikut adalah senarai pemenang. Sila berikan butiran anda ye eg. nama, alamat dan no telefon untuk dihubungi ke

rohana.athmad@gmail.com





TAHNIAH !!!!!!!!!!!!

Psst : Yang lain jangan sedih sedih tau tak dapat buku ni. Insya Allah lain kali saya buat lagi. 

Thursday, February 13, 2014

Rindu time dorang kecik kecik

Rindu time dorang kecik kecik. Sekarang ni bila dah besar macam macam ragam pulak.



Giveaway - Buku mendidik anak cara Rasulullah


Ada 3 buah buku ni yang saya nak hadiahkan kepada kawan kawan. Pemilihan akan dibuat secara cabutan. Sila tinggalkan link korang kat kotak komen di bawah ni. Penyertaan adalah sehingga hari Jumaat 14/2/2014 pukul 12 tengah malam ye.

Note : Sori kepada kengkawan yang dah bagi link korang. Entri tu entah macam mana terdelete. Nanti korang bagi balik ye link korang tu. Sori sesangat tau.


Mood swing betul hari ni

Mood ke laut sungguh la hari ni. Maklum la baru masuk keje hari ni. Nasib baik boss tak bising. Just tadi dia tanya macam mana keadaan hubby.  Tengah takde keje ni pun sebenarnya. Melangut je dari pagi tadi. Ada la keje sikit sikit tapi dah beres pun. Nak tunggu banyak keje ialah time apabila nak meeting dan lepas meeting. Jenuh kena perah pale otak time tu. Okey la cam gitu kan dari berserabut banyak keje setiap masa. Stress kepala otak.

Hari ni Tuan Rumah berpuasa. Puasa ganti. U olls dah habis ganti pose ek. Saya je yang baru terhegeh hegeh nak ganti  pose. Tapi hari ni last day dah. Tapi ingat nak buat jugak pose sunat setiap hari Khamis. Tampung apa yang patut.

Okeylah kengkawan. Mood swing betul hari ni. Rasa cam nak pegi jenjalan je. Kan best kalau time keje ni boleh pegi window shopping. Owh ye, masuk keje pagi tadi pagi pagi saya dah shopping online tau. Nak tau apa dia. Tunggu yea.......

Wednesday, February 12, 2014

Hero dah keje

Tuan rumah bercuti lagi hari ni. Konon konon nak jaga encik hubby yang baru keluar hospital tu. Doktor suruh encik hubby berehat lepas buat angio hari tu. Tapi encik hubby pulak hero la sangat. Pagi pagi dah start motor pi keje. Doktor kata lepas buat angio encik hubby tak boleh drive, tak boleh bawak motor dan tak boleh menulis at least 3 hari. Tapi jangan harap la encik hubby nak dengar cakap doktor tu. Baru keluar hospital semalam hari ni dah request masak lemak ayam cili api. Nak makan dengan ikan cencaru sumbat katanya. Ih tak jaga kesihatan betul la encik hubby saya ni. Dia kata alah tak payah ikut sangat cakap doktor tu asalkan makan ubat. Ermm suka hati abang la. Saya tak tau nak cakap apa dah.
psst....bila saya cakap kat dia pagi tadi yang doktor tak bagi bawak motor, drive dan menulis kan, dia jawap alah tak payah ikut sangat sakit ni. Kena kuat. Adoii payah la cakap dengan orang camni. Nampaknya esok baik saya pi keja la. Stress la dok umah camni. Orang yang sakit tak duduk umah orang yang sihat pulak duduk umah. Rugi cuti sehari.

Tuesday, February 11, 2014

Dah boleh balik


Kalau takde aral insya Allah petang ni dah boleh balik. Semalam buat angio tu start pukul 5.20 petang. Pukul 8.00 malam baru settle. Lepas nurse dah hantar husben ke wad, dah bagi dia makan baru saya balik rumah. Sampai rumah pun dah pukul 10.30 malam. Baru terasa penat. Tido lena tak ingat.

Masa buat angio semalam memang ada saluran yang tersumbat. Tapi terletak di kedudukan yang sangat hujung dan ianya sangat halus. So doktor tak boleh nak buat apa apa. Mula mula doktor buat melalui tangan. Tapi tak boleh. Then doktor yang lain pulak try buat melalui peha tapi pun tak boleh jugak. Tapi doktor kata ianya tak membahayakan dan doktor hanya akan beri ubat. Doktor kata saluran darah encik husben yang lain clear. Alhamdulillah.



Kisah kek lagi

Semalam ada harijadi pompuan kat sekolah. Ada cake tu atas dia ada masmallow. Tapi adik tak dapat pun kek tu cebab adik bawak bekal. Bila ibu tanya banyak kali boleh pulak dia kata entah..adik pun tak ingat adik dapat ke tak kek tu. Adik yace adik dapat kut.
Ibu x paham apa yang adik nak sampaikan. Mungkin adik takut ibu 'sound' teacher sebab tak bagi adik kek, so adik buat buat lupa ataupun adik memang betul betul lupa.

Monday, February 10, 2014

Dia pun nak jugak

Mata dah berair kalau tak belikan jugak. Sabtu malam pukul 8.30 malam bertolak dari rumah ke Midvalley semata mata nak beli benda ni. Sampai sana beli ngam ngam kedai dah nak tutup. Bukan tahu main pun. Saje nak ikut kakak ngan abang dia.

Sunday, February 9, 2014

Berdua duaan sebelum kena tinggal

Makan berdua duaan dulu kat Gloria Jeans IJN sebelum kena tinggal kat wad. Encik hubby kata dia nak belanja. Padahal memang selalu pun dia belanja. Suami kan ketua keluarga. Haruslah selalu belanja. Kan .

Curry Chicken Puff (RM6.50)

Beef Puff (RM6.50)

Strawbery Yogurt (RM12.00)
Mocha (tak ingat harga)

Lamb Chop (RM22.00)(2 ketul)

Makanan kat sini semuanya sedap sedap. Nak bayar pun sedap jugak.


Hubby masuk IJN

Saya sekarang berada di IJN. Esok encik hubby mungkin akan menjalani rawatan angiogram / angioplasty. Ni dah kali ke 4 encik hubby dimasukkan ke sini. Mohon doa dari kawan kawan moga semuanya berjalan lancar dan procedure tu tak delay. Macam tahun 2012, patutnya procedure buat pukul 7 pagi tapi delay sampai pukul 4 petang. Encik hubby dah puasa selama lebih dari jam yang sepatutnya. Dah la dia tu hypo kalau lewat makan. Dia kata time buat tu ibarat nyawa dihujung tanduk dah sebab dia dah tak larat sangat. Buat procedure tu pulak makan masa lebih kurang 2 jam. Ibarat dia kena puasa lebih kurang 24 jam dah. Harap kali ni tak jadi macam tu. I wish i wish i wish.



Soalan - Cara masak sambal

Nak tanya la kawan kawan yang terror bab bab masak ni. Kenapa kadang kadang kita masak sambal tapi sambal tu tak kaler merah ek. Jadi cam kuning kuning sikit especially bila kita blend cili tu sekali dengan bawang. MIL kata masukkan gula siap siap masa menumis tu. Dah try pun tapi still tak kaler merah jugak. Sampai kadang kadang tu saya campo dengan kicap sikit sebab nak bagi kaler dia merah merah gelap. Tak tau la betul ke tak cara saya tu.
Lagi satu nak tanya macam mana nak tau cili kering tu pedas ke tak ek. Biasanya kalau beli kat kedai mesti tokey kedai tu bagi cili yang pedas jugak even kita dah bagitau yang kita nak cili yang tak pedas. Kadang budak sampai tak boleh makan kalau cili tu pedas sangat. Usah kata budak. Saya pun tak lalu nak makan kalau sesuatu masakan tu pedas sangat.

Thursday, February 6, 2014

Untuk Panduan Bersama








Chicken Philaf Swiss Oven

Chicken Phillaf yang sedap. Rupa macam nasi arab. Harga RM13.90. Belikan untuk anak anak. Maknye tak makan pun. Perut masih kekenyangan.

Selamat menjamu selera kawan kawan.





Bila homework tak siap

Semalam Zafran ada homework. Kena buat anyaman. Tapi anyaman tu tak siap. Tadi dia cal menangis nangis suruh saya balik rumah tolong dia buat kerja. Dia kalau dapat menangis macam tak ingat. Kesian pulak saya dengar. Tapi apakan daya. Saya keje jauh. Kalau dekat boleh la lari kejap. Silap saya la  jugak sebab semalam tak tolong dia buat keje tu. Keje anyaman tikar tu kan ke agak rumit. Budak budak laki ni  mana la reti nak buat. Aduhai rasa bersalah sungguh saya. Semalam si kakak mintak tolong buat homework. Si ayah pun mintak tolong buat keje dia jugak. Mana satu nak buatkan entahlah. Tak cukup tangan dibuatnya.

Menu untuk anak anak

Hari hari pening kepala pikir menu untuk anak anak. Menu sarapan, menu tengahari dan menu makan malam. Kawan kawan ada idea tak. Cer share sikit apa menu korang untuk anak anak? Buntu dah kepala otak ni pikir.

Wednesday, February 5, 2014

Adik yang suka bergaya






Bergaya dengan kasut baru. Padahal pi beli breakfast je pun. Spec mata pun tak tinggal. Memang la suka bergaya budak kecik ni. Eii geram....

Kembali bekerja

Kembali bekerja setelah 5 hari bercuti. Wow kemain lama kan. Macam sambut CNY pulak. Mana taknya. Hari isnin kan cuti wilayah. Semalam pulak saya memang ambik cuti sebab nak bawak mak pegi rutin cek up.

Malasnya nak start keje ni. Best lagi duduk kat rumah. Tapi apa nak buat. Demi bangsa dan negara (cewah cewah) terpaksa la melangkah keluar rumah pagi pagi buta dalam suasana yang masih gelap. Kalau duduk rumah masyuk tak pe la jugak kan.




Gambar Danial tengah makan Cheeze layer cake. Sedap sangat. Mak saya beli kat klinik balik dari cek up. Rasa cam nak pi beli lagi. Tapi cam mana la pulak kan sebab dah keje. Satu bekas tu RM6.00 je. Kek pun sedap. Ada macam macan jenis kek leleh yang dia jual. Tapi sempat beli 3 je. Tu pun tak sempat nak ambik gambar.

Monday, February 3, 2014

Kek span




Cubaan kali kedua. Alhamdulillah menjadi. Buat ni masa Danial kat sekolah. Balik dari sekolah dia terus makan. Muka happy sebab ada kek. Terus ngap kek satu satu. Selesai 25 biji cupcake dalam masa 1 hari.

CNY

Dok ulang alik pi Titiwangsa dari hari Jumaat sampai la Ahad. Nak balik kampung takut jalan jem jadinya berjalan jalan di sekitar KL aje. Hari Jumaat maknye pi shopping kat jalan tar. Hari sabtu bawak anak dara shopping kain lycra kat Kamdar. Hari ahad pulak pegi Midvalley sebab danial nak tengok lion dance.

Konpius - tak tau nak pilih yang mana

Akhirnya kaler hitam jugak dia berkenan di hati.




Adik : Ibu Ibu Ibu. Meh tengok ada kasut cantik. Ibu yace mana satu yang cantik?
Ibu : Terpulang la kat adik adik suka yang mana. 
Adik : Dua dua adik suka. 
Ibu : Tapi Ibu rasa yang kaler hitam tu lagi cantik."

Dibelek belek dua dua kasut tu. Di test test kedua duanya. Tapi yang kaler merah tu tak de yang  baru. So saya suruh dia pilih yang kaler hitam tu je.

Adik : Okeylah adik ambik yang hitam oren tu lah. Yang tu lagi cantikkan ibu?

(Ibu sangat terharu  bila adik kata "Ibu yace mana catu cantek. Padahal umo adik belum pun mencecah 5 tahun)

Beli terus pakai. Balik dari KLCC tu terus bergaya dengan kasut baru.

Popcorn yang mahal

Hubby beli 4 popcorn ni. Sekali nak bayar rm128. Hah..ambik nko. Tak tahu pulak popcorn ni mahal. Ingat murah je. Tapi rasa dia serius sedap.