Tuesday, September 30, 2014

Tawar hati nak keja

Tak tau nak cakap perasaan ni macam mana
Marah geram kecik hati dan macam macam lagi
Cam dah tawar hati nak keja
Kepot betul orang orang kat opis tu
Depan kita bukan main baik lagi
Tapi belakang dok mengata
Berlakon je baik tu
Adat jadi orang bawahan kan
Salah orang bawahan nampak belaka
Salah orang atasan pejam mata saja
Semuanya betul belaka
Yang tak tahannya bizi body la sangat
Makin lama keje makin menyampah pulak
Bukan menyampah dengan keja
Tapi menyampah dengan perangai manusia yang hipokrit

Thursday, September 25, 2014

Selamat tinggal iphone


Rasa cam tak beli kot iphone 6 ni. Mahal sangat. Dengar kabarnya harga mencecah RM3000 lebih. Rasa cam sayang duit je beli fon mahal mahal. Cukup lah dengan iphone 5 yang ada walaupun dah 2 tahun guna. Lagipun screen iphone kecik. Mata yang rabun ni bertambah rabun kalau tengok atas screen kecik kecik ni.

Monday, September 22, 2014

Parking


Untung la sape yang dapat parking kat office. Kat office ai ni jangan harap la nak dapat parking. Parking yang ada pun limited. Dah la parking limited. Jem pulak pagi petang. Apa nak buat. Demi mencari sesuap nasi.

Tak sah kalau tak mencecah ratusan



Semalam adalah hari bosan sedunia kut. Dah tak de apa nak buat petang semalam pi la basuh kete. Terpaksa basuh kete jugak petang tu walaupun cuaca mendung hari ini sebab habuk habuk biskut penuh dalam kete. Kalau tak cuci alamat penuh lipas la nanti.

Lepas basuh kete tu mood merajinkan diri ke giant. Konon nak beli fruit cocktail ayam brand yang ada promosi tu. Tapi bukan setakat fruit cocktail. Penuh jugak satu troli mak shopping dik. Dengan eskem goreng la. Nugget la. Ayam madu popcorn la. Milo kotak la. Roti paratha la dan macam macam lagi la. Ayam madu popcorn tu wajib beli setiap minggu sebab si Danial tu hari hari bawak bekal tu je ke Tadika. Dah berapa bulan asik bawak bekal tu je hari hari. Asalkan dia nak makan sudah kan.

Harga total barang barang ni sume rm200 tau. Terbeliak jugak bijik mata mak nak bayor.  Tu la kata. Kalau pi giant ni kalau tak mencecah ratus ratus bukan giant lah namanya. Kalau pi NSK tu satu troli kadang tak mencecah pun rm100. 

Tak suka jugak nak pi giant ni tapi tu je yang dekat dengan rumah dan sume barang ada kat situ. So sekali arung je pegi kat satu tempat dan macam macam boleh dapat. Malas nak singgah sana sini.

Ibadah Qurban 2014


Ada sape sape yang plan nak buat ibadah qurban ke tahun ni. Jom la buat dengan EZ Qurban. Mudah dan murah. Boleh buat bayaran secara online dan isi form online. Kalau tak boleh isi form online faks aje slip bayaran tu ke opis EZ Qurban. Nanti EZ Qurban tu akan keluarkan resit dan sijil penyertaan qurban tu. Tapi sijil tu tak la sampai dua tiga hari. Ambik masa la jugak.

Dah berapa tahun saya buat qurban dengan EZ Qurban ni. Memang senang sangat. Kalau nak tau berapa bayaran untuk qurban ni boleh tengok kat website EZ Qurban. Bukan setakat boleh buat qurban, kepada yang baru dapat baby, nak buat aqiqah sekali pun boleh. Jom ramai ramai kita buat qurban tahun ni. Kumpul saham akhirat.

Untuk maklumat lanjut sila layari
www.ezqurban.org

Low baterry


Korang selalu cas bateri henpon kalau dah tinggal berapa. Kalau saya pulak bateri dah tinggal 50 mesti dah gatal tangan nak cas. Bukan apa. Takut nak cas lambat lambat sebab takut tak sempat. Mana la tau kut kut ada emergency ke apa ke. Time nak pakai tepon tengok tengok bateri dah kong. Tapi terpikir jugak tak pe ke kalau bateri baru tinggal 50 dah cas balik. 

Lagi satu saya ni memang suka la sangat cas henpon ni dengan power bank. Senang nak usung ke sana ke sini. Kalau cas kat plug tu dok melekat la kat soket tak boleh nak gerak pi mana mana. Ada tak perangai korang yang macam saya ni. Meh share meh. 

Perlu ke nak tunggu bateri habis baru nak cas??

Thursday, September 18, 2014

Daftar haji untuk anak anak


Duit raya dah simpan. Duit birthday pun dah simpan. Banyak jugak anak anak dapat collection masa birthday hari tu. Hadiah pun tak kurang banyaknya. Dah macam hadiah orang kawin pulak. Alang alang dah cukup duit untuk daftar haji baik daftar je terus untuk budak budak ni. Bukannya terus daftar terus dapat pegi haji kan. Kena tunggu turn jugak. Harapnya bila mereka dah besar dapat la pegi haji awal. Tak perlu nak tunggu beruban baru boleh buat haji.

Pendaftaran haji dorang ni saya buat kat bank islam je. Apa yang perlu ialah isi borang pendaftaran haji macam kat atas tu, surat beranak asal anak anak, kad pengenalan asal anak anak dan minimum simpanan ialah RM1300. Senang je kan. Tak perlu nak pegi Tabung Haji bagai. Dah la servis kat Tabung Haji tu lambat dan ramai. Pegi je bank islam tu. Pegi pagi pagi lagi la takde orang.

Birthday Nabila, Zafran and Danial - Part 3






Acara potong kek yang dihoskan oleh badut. Tersangatlah meriah dan happening. Siap ada muzik bagai. Enjoy sangat budak budak ni.

Sebenarnya badut yang saya ambik ni adalah suprise untuk anak anak saya. Tak seorang pun tahu yang saya ambik badut ni. Sume kanak kanak terperanjat tiba tiba badut ni muncul. Seronok dorang. Ada video masa potong kek ni. Tapi saya tak reti nak upload. Ha ha ha.

Bukan setakat budak budak seronok tengok badut ni. Orang dewasa pun sama termasuklah mak dorang ni sekali.

Birthday Invitation Card - Part 2


Transformers for Zafran and Danial


Monster High for Nabila

Buat jemputan untuk 3 orang dalam satu kad. Jimat dan senang nak bagi kat kawan kawan.

Happy birthday Nabila, Zafran and Danial - Part 1










Tarikh : 14.9.2014
Jam : 2.30 hingga 5.30 petang
Tema : Monster High dan Transformers
Kaler Tema : Merah Biru dan Pink Purple Hitam

Nabila lahir 2.5.2004
Zafran lahir 12.9.2006
Danial lahir 6.9.2009

Combine 3 sekali dan celebrate bersama sama. Memang saya dah plan dari awal nak buat macam ni. Tak tido malam pikir tau. Kena pulak semalam pagi pagi dah hujan lebat. Risau pulak kalau time tetamu datang hujan jugak. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan suasana sangat meriah.

Note : Sume decoration dalam gambar tu buat sendiri tau. Cantik tak?

Thursday, September 11, 2014

3 kids just right for you


Tiga pun tiga la. Saya redho. Alhamdulillah sebab berpeluang ada anak anak dan jadi seorang ibu. Sekarang umo dah nak masuk 4 series. Nak mengandung dan beranak pun tak larat dah. Kalau kawin awal insya Allah sempat anak 4 ke 5 orang kot.

Korang dah try buat ni ke. Cuba la. Saje syok syok.

Wednesday, September 10, 2014

Dah habis kuota.


Patut la slow sangat. Rupanya dah habis kuota. Tak ingat pulak buka apa banyak sangat sampai habis kuota. Tak pernah sampai jadi macam ni. Nampaknya kena la low profile sekejap sampai 18hb ni. Hu hu hu. Patut la nak buka fb dan nak buka blog lambat sangat. Apatah lagi nak update. Loading tak habis habis.

Saya guna data plan celcom yang RM68 untuk 3 gig internet tu plus boleh buat call. Ingatkan RM68 tu untuk 4 gig rupanya 3 gig sahaja. 

Korang guna data plan apa? Rasanya celcom paling murah dah coverage okey kut. Nak guna maxis mahal sangat. Kalau nak guna u mobile takut balik kampung nanti takde coverage la pulak. 

Tuesday, September 9, 2014

Pisang goreng cis








Hari hari beratur panjang kalau nak beli pisang goreng cis ni. Terletak di tepi jalan di Taman Sri Gombak Fasa 7. Harga sebungkus RM5 dalam bekas polisterin. Memang sedap. Kalau nak rasa kena datang gombak.

Sunday, September 7, 2014

Tempat ke 3 separuh akhir










Berjaya masuk sampai separuh akhir je. Semalam dapat no 3. So tak dapat nak masuk final. Sedih.

Dapat hadiah RM200 dan sebuah personal blender Cornell dan pes masakan. Ok lah juga kan dari takde langsung.



Thursday, September 4, 2014

Masalah problem

Bila pikir pasal anak rasa cam nak benti keja. Baru dapat call dari van sekolah marah marah sebab saya bayar bulan ni RM150 je. Sepatutnya kena bayar RM190. Saya bayar kurang sebab Nabila tak naik van sejak bulan 8 hari tu sebab van tu selalu lambat.  Rupa rupanya mengamuk pulak si driver van tu. Katanya tahun depan tak payah naik dengan dia lagi. Nabila hanya naik van sekali je setiap hari iaitu time balik sekolah kebangsaan. Pagi pagi dia pegi dengan saya. Tak boleh tolak ansur betul van sekolah ni. Mentang mentang la ramai nak naik dengan dia tu pasal la dia sombong tak bertempat. Naik sekali tapi kena bayar RM100. Dia ingat dia sorang je nak pakai duit. Tak pe la. Kat dunia kau untung la. Tunggu kat akhirat nanti. Ko jawap la.

Note : Apabila wang jadi matlamat hidup. Cam ni lah jadinya. Sanggup ketepikan sifat perikemanusiaan dan pentingkan diri sendiri.

Wednesday, September 3, 2014

Dapur cilik

Nabila dapat masuk pertandingan memasak di Hotel Mines Seri Kembangan hari ni. Dah dua tiga kali jugak la dia praktis. Alhamdulillah dapat tempat ke dua dan berjaya masuk ke peringkat suku akhir jumaat ni. Ada 6 kumpulan semuanya. Dari sekolah Nabila ada 2 group. Nabila masak ape? Cuba teka...
Masak spagetti. Nasib senang. Ada jugak yang kena sediakan roti jala dengan kuah kari. Fuh. Jenuh. Tapi hari jumaat ni kena masak masakan kelantan pulak. Suntuk jugak masa nak praktis tu. Esok dah hari khamis. Hari jumaat dah pertandingan.

Selamat cabut gigi

Pengsan dalam kete lepas cabut gigi

Danial dah selamat cabut gigi pagi tadi kat klinik pakar pergigian Dzul Damansara Utama. Tapi doktor hanya cabut gigi yang selalu ada infection kat gusi. Doktor kata tak digalakkan nak cabut semua gigi walaupun rosak. Nanti mengganggu pemakanan dia dan pertumbuhan gigi kekal. 

Puas hati dengan servis kat klinik ni walaupun jauh. Semalam baru call hari ni dah dapat jumpa doktor. Selalunya kalau nak buat appointment dua tiga hari baru dapat jumpa doktor. Semalam kerani klinik Dzul siap bagi cara macam mana nak ke klinik tu. Harga pun tak mahal sangat. Tadi kena bayar rm100 sahaja. Lagi pun boleh claim balik dari opis. Opis bagi RM500 setahun untuk rawatan pergigian. Rugi kalau tak guna.

Danial ni masa lepas cabut gigi tu rileks saje. Saya pulak yang gerun dan risau. Time nak cabut gigi tu pun saya suruh ayah dia yang temankan. Saya tak sanggup nak tengok dan keluar dari bilik tu. Danial kata tak sakit pun.


Tarraaa. Sebagai upah sebab Danial berani cabut gigi. Nak pitam ayah dan ibu nak membayor harga dua menan ni nak. Tapi apakan daya. Dah tu yang dia pilih. Kalau tak anak yang habiskan duit mak ayah sape lagi. Lepas ni pose beli menan ye. Ibu dengab ayah kena kumpul duit dulu baru boleh beli lagi.