Story Mory Cik Lala

Tuesday, December 31, 2013

Hakikat rezeki

Hakikat REZEKI itu bukan pada duit , gaji atau income sebenarnya . Tetapi ia merangkumi beberapa perkara

Sihat itu rezeki
Bahagia itu rezeki
Banyak masa juga rezeki
Disayangi juga rezeki
Tak putus duit itu rezeki
Dapat (apa-apa) pun rezeki

Erti rezeki itu ialah apa yang kita NIKMATI

Kenapa namanya rezeki ? Kerana disaat kita merasai REZEKI itu , ramai orang diluar sana yang tak berpeluang merasainya .

Ya Allah , beruntungnya kita . Ingat , yang selalu kata TAK CUKUP itu ialah nafsu . Yang mengatakan CUKUP itu pula ialah iman . Maka , bersyukurlah .

Sumber : penawar kanser terbaik

Hidup ini

Hidup ini tak seindah yg disangka.
Tak semudah yg diduga.
Peritnya kadang tak terjangka.
Apa saja yg tiba
Jangan pernah buruk sangka
Sebab semua Allah punya rencana
Dia berhak tentukanNya
Kita hamba berdoa shj semampunya
Agar kita mampu hadapinya
Apa pun kita harus percaya
Ada hikmah disebaliknya
Perancangan Allah jualah yg sebaik-baiknya

- Ustaz Don Daniyal-
Selamat Tahun Baru kawan kawan



Sunday, December 29, 2013

Dapat ole ole

Dapat ole ole dari oversea dari sorang kawan. Best sangat. Diri sendiri bila nak pergi oversea entah la. Yang selalu pegi over the river je.

Terima kasih kepada kawan saya tu yang selalu ingat kat saya bila pegi mana mana.

Sent from Samsung Mobile

Tuesday, December 24, 2013

Sakit kepala bila anak dara asyik nak shopping je

 
Salam hari selasa kawan kawan.

Message ni saya dapat dari anak dara saya. Sakit kepala la bila asyik nak shopping je. Ahad lepas baru beli baju harley davidson. Si adik dapat baju harley dia pun nak jugak. Lepas tu merengek pulak nak beli make up kat avon. Saya turutkan jugak walau hati ni tak nak belikan sebenarnya. Hari ni dah merengek nak beli jubah pulak. Bukan tak nak belikan. Tapi terlalu banyak baju yang dia tak nak pakai. Nak pakai baju yang ikut taste dia saje. Baju kurung hari raya lepas pun elok lagi tapi tak terpakai.  

Kalau korang kat tempat saya apa yang korang buat bila anak asik nak shopping aje. Yang dua orang lagi tu pun kaki shopping menan pulak. Tiap tiap minggu nak beli menan. Pening pale saya.





 

 

Monday, December 23, 2013

Saya perlukan khidmat slimming centre


Jumaat lepas ada majlis perkahwinan jiran kat rumah mother in law. Nak pakai la baju yang ditempah 3 tahun lepas. Sekali pakai tak muat nko. Ketat kat perut. Adoiii...rasa nak nangis je. Tahun lepas rasanya muat lagi pakai. Mula la rasa nak diet. Tapi since dah berumo ni nak diet pun tak jalan la. Kalau tak makan pening la dan macam macam.

Dalam 2 minggu ni pulak asyik makan kek leleh cis aje. Badan memang dah jenis cepat naik. Makan pulak benda benda camtu kan. From now memang kena stop la cis kek bagai. Hari tu ada gak beli ubat kurus. Tapi makan separuh jalsn je dah stop. Acaner nak kurus.

u olls ada cadangan tak camne nak kuruskan badan ni. Untung la orang yang selim melim ni kan..

Sent from Samsung Mobile

Walking with dinosour the movies




Danial suka sangat la bab bab dinosours ni. Semalam bawak dia pi tengok telemovie citer ni. Ambik yang 3D. Harga tiket RM23 sebab pilih seat prefered. Booking online je pun sebab tak kose nak beratur panjang nak beli tiket. Sekarang ni lagi senang nak beli tiket online sebab tak payah nak sign up bagai. Dolu dolu kena sign up baru boleh beli.

Tengok kat KLCC pukul 11.30 pagi. Tekun si kecik tu tengok citer ni. Siap pot pet pot pet bagai. Dia tak peduli ramai orang ke tak. Mulut tetap ramah tamah.

Bagi saya cerita ni ok la untuk budak budak. Nak kata best sangat pun tak. Nak kata tak best pun tak.

Yang tak bestnya pop corn kat tgv tu dah tak sedap. Rasa kurang karamel. Tapi dah si kecik tu nak jugak, redho
je la membeli.

Setiap kali tengok wayang kalau ada promo bekas air movie tu mesti beli. Buat koleksi. Lupa pulak nak ambik gambar. Lately ni memang mood malas nak ambik gambar la. Kalau nak tengok boleh tengok kat website tgv ye.

Mula mula nak beli tiket yang standard je. Terkejut beruk tengok harga tiker RM18. Maklum la dah lama tak tengok wayang. Rupanya tiket untuk harga hari Ahad memang la tersangat mahal. Kalau nak pi tengok pi la hari biasa. Baru RM12 je. Kalau hari rabu lagi la murah. RM10 je kalau tak silap.

Friday, December 20, 2013

Donut big apple


Lepas balik keje semalam dengan gigihnya saya terjah ke jusco wangsa maju semata mata nak beli donut tobeyi untuk danial. Masa saya call dia tu dia pesan nanti bila ibu balik keja ibu beli donut tobeyi tau. Sampai rumah tengok tengok dia dah tido. Tunggu dia bangun tak bangun bangun sampai la pagi.

Time time petang donut pun dah tak banyak pilihan. Lain la kalau pegi pagi pagi kan. Nasib baik donut yang dia nak tu ada. Tu pun ada dua ketul aje. Terus saya sambar dua dua tu. Kalau takde mungkin saya yang menangis sedih mengalahkan danial.

Tu la mak mak ni kan. Demi anak sanggup penat penat balik keja terjah ke sana ke sini. Padahal arah yang bertentangan tu dengan tempat keja. Pegi jusco pun beli donut semata sebab nak kejar balik rumah. Saya ni bukan lah berani sangat keluar rumah malam malam melainkan en hubby temankan.

Sent from Samsung Mobile

Thursday, December 19, 2013

Dah nak buka sekolah kan

Dah nak buka sekolah kan tak lama lagi. Bermula la acara gosok baju, balut buku, hantar anak pi sekolah, ambik anak balik sekolah, hantar pi ngaji, hantar pi tusyen dan seribu satu perkara lagi nak buat. Yang paling saya tak suka sekali ialah gosok baju. Nak kena mengadap baju sambil bertapa kat satu tempat tu je. Ho ho ho...sungguh saya tak suka. Kalau baju sehelai je tak pe. Ni manyak helai woo. Sume anak dah sekolah. 3 pasang baju sekolah agama setiap sorang,  3 pasang jugak baju sekolah kebangsaan setiap sorang serta 3 pasang jugak baju tadika. Nak jahit lencana dan tanda nama kat baju lagi. Kan banyak keje tu. Saya jahit tangan pulak tu sebab kalau jahit dengan mesin tahun depan susah nak buka. Sedangkan tanda nama ngan lencana tu boleh guna lagi.

Tapi si anak dara sulung saya yang nak masuk darjah 4 tu kata dia boleh gosok baju dah. Baju adik pun dia boleh gosokkan. Aduhai terharu saya dengar niat suci kamu kakak.

Dah lama mengidam




Dah lama teringin nak beli note 3 ni. Siap pilih cover kaler pink jugak. Sama dengan cover iphone jugak.

Sebab apa sibuk nak beli note 3. Kan dah ada iphone. Sebab skrin note 3 ni besar sikit dari iphone. Tak sakit mata sangat. Senang nak terjah blog kawan kawan. Tapi apa apa pun senang lagi guna iphone dari samsung nih. Iphone sangat user friendly. Nak jawap call time driving pun senang sebab kecik je. Kalau note agak gedabak. Tak muat kalau pegang dengan sebelah tangan.

Tuesday, December 17, 2013

Bila kakak dan abang tiada di rumah





Time cuti sekolah ni kakak ngan abang tak lekat kat rumah
Kadang kadang pagi pagi buta dah ikut ayah pegi rumah opah
Kadang kadang tido sana sampai nak balik
Kat sana bebas boleh main
Boleh lari sana sini
Kalau kat rumah tak boleh nak main lari lari sangat
Nak main skuter pun tak de tempat
Kalau kat rumah opah ada ramai kawan

Sikecik ni nak ikut jugak pegi rumah opah
Tapi ibu yang tak kasi
Takde sape yang nak tengok tengokkan adik masa kat sana nanti
Kalau ibu ada sekali kejap kejap ibu tengok adik tengah buat apa






Sent from Samsung Galaxy Note

Saturday, December 14, 2013

Yeay dah balik rumah


Rindunya kat rumah.

Alhamdulillah adik dah balik rumah. Sikit pun tak merengek sakit tu sakit ni. Cuma sesekali je komplen sakit tekak.

Tengah pening nak masak apa untuk orang sakit ni. Nasi bubur dia tak nak. Hari kedua lepas operate dah makan nasi goreng. Tu pun saya suruh test tekak dulu sakit ke tak. Kalau tak sakit boleh makan. Laju je dia makan. Maknanya boleh la tu.

Tadi balik dari sepital dah beli stok eskem banyak banyak. Suke la tu dapat makan eskem. Kalau hari hari biasa mana saya bagi dorang ni makan eskem sangat  takut demam dan batuk. Tapi kali ni terpaksa. Harap harap cepat baik.

Doktor kata kalau nak cepat baik kena bagi dia makan selalu. Aktiviti mengunyah
tu dapat menghakis 'slave' yang kat tempat luka tu. 

Alhamdulillah adik ni jenis yang tak merengek. Lepas operate tu dia dah boleh main dan bercakap. Walaupun air liur tu bertakung kat dalam mulut. Mungkin sebab dia rasa perit kut nak telan.

Oleh kerana adik tak banyak karenah sebelum semasa dan selepas op tu ibu nak reward adik. Ingat esok cam nak bawa adik pi beli hadiah tapi adik dah boleh ke pi jalan jalan esok??




Sent from Samsung Galaxy Note

Bestnye dapat makan eskem


Suke la tu pagi pagi dah dapat eskem. Memang peberet dia eskem pelangi ni. Sama macam ibu.

Harap harap hari ni boleh balik dah. Senang ibu nak buat projek kat rumah. Kawan kawan tolong doakan ye.

Friday, December 13, 2013

Tak jadi balik


Tetiba je adik demam la pulak. So tak leh balik lagi. Ibu pun nak demam dok kat sepital ni lama lama.

Dah siap packing barang dah nak balik. Tapi disebabkan demam dr tak bagi balik. Makan minum pun x nak. Sikit je. Adoi terus hilang mood happy.

Danial dah selamat buang tonsil





Alhamdulillah. Semalam masuk bilik ot pukul 2. Cam nak nangis pulak ibu masa temankan danial dalam bilik ot tu. Sebaik je danial pengsan ibu pun kena tunggu kat luar. Takkan boleh dok kat dalam ot room tu pulak. Mau menjerit ibu tengok doktor buat itu ini. Pukul 4 semalam dah selesai. Dalam pukul 4:45 petang semalam ot room panggil ibu temankan danial kat unit recovery. Masa tu danial tak sedar lagi.

Pukul 5:30 petang dah transfer ke wad. Nasib baik dapat single room. Selesa la sikit. 

Insya Allah hari ni dah boleh balik. Follow up balik dalam masa 2 minggu dari sekarang.

Wednesday, December 11, 2013

Persedian untuk ke sekolah

Lega bila dah shopping barang barang sekolah. Tinggal buku je lagi yang belum beli. Ahad lepas sesi membeli baju ngan kasut sekolah. Kalau beli lambat lambat nanti tak de stok dan saiz pulak. Memang tiap tiap tahun saya buat persiapan awal awal. Tak kelam kabut kan.
Nampaknya anak anak saya sume dapat baju sekolah baru tahun ni sebab baju sekolah yang tahun lepas dah tak muat. Maklum lah budak budak kan cepat membesar. Dah alang alang beli pakaian sekolah beli jugak la stok alat tulis, kaler , manila kad, kertas warna dan lain lain siap siap. Anak anak saya ni kalau kaler tu setahun sampai dua tiga kotak. Tengah ada promosi ni baik beli siap siap buat stok kat rumah. Nanti nanti bila nak guna tak la kelam kabut nak cari kan.

Kawan kawan dah shopping barang barang sekolah?






Tuesday, December 10, 2013

Danial operate buang tonsil khamis ni

Danial kena operate buang tonsil hari khamis ni 12.12.2013 pukul 9. Pukul 7 pagi kami dah kena ada kat sana. Semalam dah isi form admission ngan operation adik. Perasaan?? Tak tahu la nak cakap macam mana. Takut sedih risau dan macam macam lagi. Perasaan mak mak ni sukar nak digambarkan.

Tapi kalau tak buang tonsil tu nanti dia akan demam berulang ulang. Bila demam kena makan ubat. Kena makan antibiotik.

Saya pasrah. Mungkin itu jalan yang terbaik. Sedih bila pikirkan nak kena masuk ot room. Nak kena buat tu buat ni.

Doakan saya kuat ye kawan kawan. Dan doakan jugak agar semuanya berjalan dengan selamat.

Sunday, December 8, 2013

Kalau dah namanya pompuan

Kalau dah namanya pompuan tu pompuan la jugak. Tadi pagi dok merayu nak beli kotak make up. Sekarang sibuk nak lipstik la nak bedak la nak eyeshadow la dan macam macam lagi. Aduhai la anak. Ibu yang keje ni pun tak kaki shopping. Dia pulak yang terover.

Psst:

Ikut ayah la tu kaki shopping.




Sent from Samsung Galaxy Note

Keje di hari sabtu



Selama 6 tahun keje kat sini, hari ni la first time kena keja hari sabtu. Sebabnya jumaat semalam tak sempat nak compile paper untuk BOD meeting hari Selasa ni. Paper lambat dapat. Secretary la yang jadi mangsa.

Tapi saya tak pegi pun sebab adik ada appointment dengan doktor ENT kat hospital. Lepas appoinment tu ingat nak pegi jugak opis tapi kawan kawan kata buku meeting tu dah selamat compile dan dah selamat hantar.

Sorry ye boss. Saya bukan nak ngelat tapi dah ada appoinment nak buat cam mana. Isnin ni pun kena pegi lagi. 

Sent from Samsung Galaxy Note

Saturday, December 7, 2013

Sumbangan untuk mangsa banjir

 
 
 
 
 
 
 
 
Jom pakat pakat beri sumbagan untuk mangsa mangsa banjir. Mudah mudahan dapat ringankan sedikit beban mereka.
 
Ni je lah yang mampu saya beli tadi. Tak muat kete dah. Maklum lah kete kecik je. Dengan ada penumpang lagi kat seat belakang. Barang barang ni pun muat muat masuk bonet je.
 
Malam ni pulak aktiviti mengumpul pakaian pakaian yang masih boleh digunakan untuk mangsa mangsa banjir tu. Kesian mereka kan. Disaat kita kat sini makan sedap sedap, pakai cantik cantik, mereka pulak dalam kesusahan. Makan minum tak terurus. Kelaparan. Pakaian pulak sehelai sepinggang.
 
Psst :
 
Adik maybe operate buang tonsil hari Khamis atau Jumaat ni. Doakan Adik cepat sembuh ye kawan kawan. Tadi dah jumpa pakar ENT. Dia advise supaya buang tonsil tu. Doktor tu kata sekarang its common buang tonsil di kalangan budak budak. Daripada dia selalu demam yang kerap dan tinggi, better buang untuk kesihatan dan masa depan dia. Even kanak kanak yang berumo 3 tahun pun dah ada yang buang tonsil tu.
 
Nak tak nak ibu kena setuju dengan cadangan doctor, sedara mara dan kawan kawan. Prosedur untuk buang tonsil tu ambik masa dalam 20 minit saja. Menurut sumber patient akan diberi minum sejenis sirap yang akan membuatkan mereka tidur. Setelah tidur barulah operation akan dijalankan. Operation tu pun tak de lah belah sana belah sini. Just kat dalam mulut tu je lah. Lepas operation tu patient akan diberi makan aiskrim supaya cepat baik dan untuk mengelakkan pendarahan. Lepas tu kena makan makanan yang lembut lembut dan sejuk. Yang penting adik tak demam dah lepas tu. Insya Allah.

Friday, December 6, 2013

Nutrifeon shaklee

Danial demam lagi. Semalam dah hari ke 5 demam. Mak kata siang dia ok. Tapi pukul 9 malam tadi cek suhu 37.9. Balik keje petang semalam singgah kedai sensei tanya ubat untuk tonsil. Cina kedai tu ada la bagi satu serbuk ni. Dia kata bancuh dengan air pastu minum. Kecik sangat paket serbuk tu tapi harganya rm10. Tak beli pun. Just tanya je. Tengah dok pikir nak beli ke tak. Takut jugak nak bagi ubat sensei ni. Memang ada orang kata kadang ubat sensei ni elok jugak untuk sakit demam. Bergantung kepada keserasian badan la. Sebenarnya saya dah start bagi danial antibitik since isnin hari tu. Hari ni la last untuk bagi antibiotik tu. Kesian danial. Tiap tiap bulan demam. Tiap tiap bulan makan ubat. Tiap tiap bulan jugak kena ambik antibiotik.

Baru baru ni ada kawan saya promote nutrifeon shaklee. Mereka kata bagus untuk imunisasi. Saya beli 3 sachet je dulu. Takut beli banyak banyak nanti danial tak nak makan pulak. Setiap hari bagi half sachet je dan dibancuh dengan air. Dah 2 hari saya bagi danial makan nutrifeon tu. Nanti tengok la apa hasilnya. kalau ok saya akan beli sekotak terus. 





Sent from Samsung Galaxy Note

Tuesday, December 3, 2013

Tonsilectomy


Ataupun bermaksud kaedah buang tonsil. Ada sape sape yang ada pengalaman tak tentang ni. Macam mana prosedur dia ye. Sakit tak. Luka tak.

Semalam dah bawak danial ke hospital. Doktor kata demam danial disebabkan tonsil infection. Doktor advise untuk buat operation buang tonsil dia. Date untuk buat operation tak tahu lagi. Sabtu ni baru nak jumpa pakar ENT.
Ibu pulak yang seram dengar bab bab operation.

Monday, December 2, 2013

Danial demam lagi


Danial demam lagi. Yang pelik tu badan cam tak demam tapi dia komplen sejuk. Bila cek suhu mencecah sampai 39.5 etc. Suhunya naik mendadak. Contohnya pukul 6.30 pagi tadi cek suhu 37.5. So dah bagi ubat demam neurofen time tu. Tapi bila cek balik pukul 7.30 pagi suhu dah naik 38.4. Terus masuk ubat bontot sebab dah tahu suhu tu akan naik lagi dan lagi.

Danial ni tiap tiap bulan demam. Selalu sangat kena makan ubat demam dengan antibiotik. Setakat ni tak start lagi la antibiotik. Tapi kalau dah sampai esok pun masih demam jugak nampaknya memang kena ambik la antibiotik. Entah kenapa la dia ni mudah sangat demam.

 

Sunday, December 1, 2013

Banana

 
 
 
 
Budak demam request kek banana
Jumpa kat kedai kek
Tak payah susah payah nak buat