Story Mory Cik Lala

Saturday, November 30, 2013

Sarung bantal baru

 
 
 
 
Pagi tadi baru beli kain banana ni
Celik celik mata dari tido adik tanya kenapa ibu tak buat lagi sarung bantal banana adik tu. Terpaksa la malam malam jugak ibu godek mesin jahit nak buat sarung bantal adik. Nak bubuh renda renda nanti nampak cam bantal girl pulak kan. Buat yang sempoi je la. Janji adik suke kan. Kaler ijau tu pun adik yang pilih. Ada kaler biru dan pink jugak.

Dinasour

 
 
 
 
Beli untuk Danial
Setiap kali dia masuk kedai buku dia akan cari buku Diansour tapi takde
Ni dah jumpa ibu belikan terus
Tapi yang jadi mangsanya ibu la kena bacakan untuk dia

Thursday, November 28, 2013

Avon

 
Sejak avon yang dekat dengan rumah ni dah berpindah
Susah sangat nak beli barang avon ni
Katalog pun dah tak dapat sekarang ni
Sedih betul

Ada tak kawan kawan yang suka beli barang avon ni
Macam saya
Hi hi hi 

Ni pun kirim kat kawan
Nasib baik dia boleh belikan guna id saya
So nampak aktiflah membership

Gambar : Purse Concentrate Eternal Magic dengan eyeshadow

Nak stop ke tak


Semalam seperti biasa Danial pi tusyen. Dia okey je pi tusyen tu walaupun dia selalu tanya kenapa kena sekolah malam malam. Ada jugak dia merungut lama sangat kat kelas tu.
Nak balik semalam cikgu dia ada tanya umo dia. Saya cakap la umo dia tahun depan 5 tahun. Kenapa cikgu? Cikgu tu kata kalau umo macam dia tu standard la kadang fokus kadang tak fokus. So nanti progress dia akan lambat sikit la dari budak budak yang lebih besar daripada dia. Saya pun memang faham tu. Saya pun tak paksa dia untuk belajar. Kalau dia minat saya hantar. Kalau tak minat saya stopkan la.
Hari ni tengah pikir samada nak hantar lagi ke tak. Kalau tanya dia kata tak nak. Tapi bila hantar dia redho je.

Tuesday, November 26, 2013

Friday, November 22, 2013

Mengapa Orang yang Mati Syahid Tampak Tersenyum?

Hadith Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah:

Sabda Nabi SAW, maksudnya:

“Seorang syahid memiliki tujuh keistimewaan di sisi Allah: 

1. Allah mengampuninya sejak awal; 
2. Diperlihatkan tempat tinggalnya di syurga;
3. Dihindarkan dari siksa kubur; 
4. Bebas dari ketakutan terbesar (pada hari Kiamat); 
5. Sebuah mahkota keagungan diletakkan di atas kepalanya, sebutir permata dalam mahkota tersebut lebih baik daripada kesenangan dunia dan segala isinya; 
6. Disandingkan dengan 72 bidadari sebagai isterinya; 
7. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang kaum kerabatnya.” 

Salah satu penyebab mengapa orang yang mati syahid tampak tersenyum adalah keistimewaan yang kedua tersebut. 

Bahwa orang yang mati syahid diperlihatkan tempat tinggalnya di syurga. 

Maka ia pun berbahagia. 

Dan kebahagiaannya pada saat menghadapi maut itu memancar dalam wajah dan mengembangkan bibirnya. 

Jadilah ia tersenyum.

Wallahu a’lam

Sebuah pesawat

Sebuah pesawat yang membawa 5 org penumpang telah mengalami kerosakan enjin dan tinggal masa utk terhempas . malangnya hanya ada 4 beg payung terjun sahaja di dalam pesawat tersebut.

penumpang pertama berkata....

"aku Datuk Lee Cong Wei. Malaysia amat memerlukan aku dalam kejohanan All England."
... lalu dia pun mengambil beg pertama dan terus terjun.

penumpang kedua pula berkata....

"aku mark zukerburg. takde aku, takde mukabuku. so biarkan aku hidup."
lalu mengambil beg kedua dan terus terjun.

penumpang ketiga muncul.....

"aku presiden Amerika Syarikat George W. Bush. Aku ada tanggungjawab untuk menjaga negara dan rakyat. tambahan pula aku seorang presiden yang terpandai dalam sejarah Amerika. Aku juga bla bla bla...
10minit berlalu, dia mengambil beg ketiga dan terus terjun tanpa menoleh kebelakang .

Penumpang keempat pula Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun. katanya :

"aku seorang muslim dan biarkan Allah sahaja yg menentukan nasib ku . kamu ambillah beg payung terjun tersebut dan selamatkan diri kamu.

lalu budak tersebut pun berkata ....

"jangan bimbang pakcik, ada satu lagi beg payung terjun untuk pak cik. Presiden yang kononnya terpandai dalam sejarah Amerika itu telah terambil beg sekolah saya..Huhuhu..

# Hanya Senda Gurauan mungkin boleh di Motivasikan..Insyaallah Tabarakallah

JANGAN BUNUH SEMUT!


kalau nampak semut banyak-banyak dalam rumah seperti yang pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullah dulu kita ucaplah "Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. 

"Ini rumahku, Aku mahukan kebersihan, Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya.. Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"..

Jika kita tak suka semut-semut berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/ sheildtox/bakar semut-semut tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s. sebab semut-semut ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s. semut-semut ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.

Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran.

Thursday, November 21, 2013

Kalau hari hari fengsan

Nasib baik esok jumaat. Kalau hari hari fengsan. Mana taknya balik keje sampai rumah dah pukul 7. 7:45 dah nak hantar adik pi tusyen. Habis tusyen pukul 9:30. Japgi balik tusyen ada pulak yang nak makan. Sampai rumah dalam pukul 10:30. Time bila pulak nak sidai baju tu. Takot la nak sidai baju tengah tengah malam.


Time cuti sekolah ni sangat packed sebab adik tusyen. Kalau tak cuti sekolah pun packed jugak. Tapi tak la sepacked time cuti sekolah.

Wednesday, November 20, 2013

Esok mak pegi Johor

Esok mak saya nak pegi Johor
Anak anak saya nak ikut tapi saya tak bagi
Lama jugak mak saya pegi sana
Sampai hari isnin
Nanti demam rindu la saya kalau mereka tak ada
Dari kecik tak pernah berenggang dengan mereka

Nampaknya sabtu dan ahad ni kena la bawak mereka pegi jalan jalan
Nak isi masa lapang mereka yang ketiadaan wan untuk beberapa hari
Kalau tak bawak jalan jalan tu mesti memberontak
Sebab mereka nak pegi Johor saya tak kasi
Lagipun saya cakap dengan mereka kalau mereka tak pegi Johor saya bawak pi jalan jalan sabtu ahad ni
Tu yang mereka sanggup tak pegi Johor tu

Esok saya terpaksa ambik cuti la
Nampaknya hari jumaat dan isnin terpaksa la tinggalkan mereka kat rumah mertua saya
Dekat je pun
Tapi tu la kan
Pagi pagi sebelum pi keja nak kena hantar la mereka ke sana
Petang lepas balik keja kena angkut pulak balik rumah
Hurm....

Note : Sorry ye kawan kawan. Saya dah jejak rumah korang tapi tak boleh nak tinggalkan komen. Pc problem. Nanti ada masa saya bw tru fon dan tinggalkan komen ye. Dah pukul 5.10 petang. Jom siap siap nak balik. Yahuuu....

Kelas membaca

So far nampak Danial berminat belajar dalam kelas ni
Semalam baru second day
Cikgu kata dia tak ingat apa yang dia belajar semalam
Agaknya budak umo 4 tahun memang camtu kot
Lambat sikit nak ingat
Tapi dia dah dapat kawan dalam kelas tu
Kawan dengan orang besar besar
Yang umo 5 ke 6 tahun
Friendly sangat tau

Monday, November 18, 2013

Danial dan kelas membaca

Semalam saya dah daftar Danial untuk kelas membaca sempena cuti sekolah ni.
Tapi sekarang dalam di lema pulak nak hantar ke tak nak
Danial baru umo 4 tahun lebih sebab dia lahir bulan september
Tahun depan dah nak masuk Tadika
Tujuan nak hantar dia ke kelas membaca tu supaya dia cepat membaca
Kelas tu diadakan pada sebelah malam dari pukul 8 sampai pukul 9.30
Hari isnin sampai khamis
Dalam kelas tu pulak hanya ada beberapa orang murid sahaja
So cikgu senang nak fokus

Pada pendapat u olls better hantar ke tak ek danial pegi kelas membaca seawal 4 tahun plus plus ni

Sunday, November 17, 2013

Berturut turut shopping



Dua hari berturut turut shopping
Semalam si kakak dapat henbeg dengan skirt
Adik dapat 2 pedang ninja rurtle
Danish dapat mainan jugak

Hari ni shopping dengan ayah pulak
Kakak dapat kasut
Adik dapat drum
Abang ngah dapat skuter

Abang ngah dapat skuter sebab ayah dah janji dengan dia nak beli skuter
Sebab abang ngah cemerlang dalam exam akhir tahun
Nak tak nak kena la belikan jugak
Kalau tidak puting beliung nanti
kalau boleh saya tak nak la ajar anak anak saya shopping sangat
membazir je
tapi ntah bila la nak jadi kenyataan tu
masa saya kecik kecik dulu takde lah kaki shopping pun
ye lah mak tak keje
ayah pun tak de
tak de orang nak bagi duit untuk shopping
pakai la apa yang ada
tapi budak budak sekarang ni shopping
mengalahkan orang yang dah keja



Friday, November 15, 2013

Kreatif sangat

kreatif kan diaorang ni
pandai je mereka cipta
macam macam bentyk jadinya



Sent from Samsung Galaxy Note

Thursday, November 14, 2013

Alhamdulillah

Tahniah buat Zafran

Moga kejayaan ini berterusan sampai ke tahun tahun akan datang


Nabila punya

Sempena johan pertandingan bijak sifir

Lagu pertandingan ni ibu yang cipta tau

Kira hebat jugak la ibu ni cipta lagu ek

Sampai boleh menang gitu

(Boleh tak nak perasan gitu. Hi hi hi...)

Monday, November 11, 2013

Saya stress

Kalau stress jom makan makan



Apa lagi nak buat kalau stress. Makan je la.

Hari isnin yang hujan

Ada orang kata kalau demam tak boleh makan mee bihun kuetiaw dan yang sewaktu dengannya
Kalau makan benda benda ni
Kalau dah baik demam nanti demam balik

Macam macam hal pagi ni
Hujan dari pukul 6:30 pagi tadi lebat sangat
Kalau bawak kete sure jalan jem gilos
Mesti jugak ramai yang lambat masuk opis kan

Sorang hero saya tu pagi tadi tak boleh nak bangun
Sakit kaki katanya
Memang dari semalam dia kata sakit kaki
Tapi lepas tu boleh dah la jalan
Sakit sikit sikit lagi kut
Tapi pagi tadi tak leh nak bangun pulak

Hero yang sorang lagi tu demam balik
Semalam dah ok
Pagi ni cek suhu demam balik
Kalau sampai tengah hari ni tak baik jugak
Ke hospital la jawapnya

Ya Allah...permudahkan lah urusan ku hari ini
Sembuhkan lah anak anak ku
Bagi la mereka sihat seperti sediakala

Saturday, November 9, 2013

Nasib baik tak warded





Patutnya zafran kena pegi sekolah hari ni ambik hadiah
Tapi dia tak nak pegi sebab tak larat katanya
Hari ni ada majlis penyampaian anugerah kat sekolah
Ibu pun tak sangka zafran nak dapat hadiah
Tetiba je petang semalam guru kelasnya call ibu suruh zafran datang sekolah hari ni

Pagi tadi bawak hero hero ibu ni pegi hospital
Nasib baik tak kena tahan wad
Result buat blood test doktor kata demam sebab virus

Sebundut jugak la doktor bagi hero hero ibu ni ubat
Macam pegi shopping pulak
Bil hari ni mencecah RM1000 lebih untuk 2 hero ni
Nasib baik company bayor

Friday, November 8, 2013

Total parking hari ni

RM28/-
Huwaaaaa rasa nak nangis
Tapi terpaksa
Bajet rm18 je
Tapi lebih pulak

Huwaaaaa

Note : kalau sape sampai KL Sentral tu hello hello la kite. Boleh jumpe...

Sana sini Musim demam

Anak saya yang dua dua orang tu demam
Suhu masing masing 39 darjah
Dah masuk ubat bontot 25mg masing masing
Tapi lepas 4 jam demam balik dengan suhu yang tinggi
Aduhai
Susahnya hati saya yang berada kat opis ni
Rasa tak sabar nak balik rumah
Nasib la esok dan ahad cuti

Setengah jam menunggu

Setengah jam menunggu baru dapat parking
Tu pun parking kat open parking
Agak agak berapa la total kena bayar parking hari ni kalau setengah jam yang pertama RM2/- dan setiap jam berikutnya RM4/-.

Parking dari pukul 11.00 pagi sampai 5.30 petang. Hajat di hati cam nak balik tengah hari ni sebab adik ngan abang demam. Tapi takut datang petang karang tak de parking pulak. Kat sini parking memang very the worst.

Thursday, November 7, 2013

Rindu kat budak nih

Rindu kat budak nih
Hari hari tanya ibu balik keje cepat ke lambat
Budak yang dah nak masuk tadika tahun depan
Budak yang selalu pot pet pot pet
Yang tak henti henti bercakap
Sampai ibu pun tak larat nak layan

Macam macan hal

Semalam baru terbongkar rahsia yang setiap hari zafran bagi duit kat kawan dia Lokman seringgit. Kakak kata jumlah zafran bagi duit kat kawan dia maybe dalam rm10 ke atas. Kawan dia selalu mintak duit dengan zafran. Dia kata kalau zafran tak nak bagi dia tak nak kawan.

Aduhai budak budak sekarang ni kan. Suke beno mintak mintak duit kat kawan. Mak bapak bagi tak cukup ke.

Ada satu kes pulak sebelum ni zafran kata ada kawan dia tu bawak duit banyak sangat ke sekolah. Kadang kadang bawak sampai rm50. Siap agih agih duit untuk kengkawan lagi. Rupa rupa mak budak tu kata anak dia pecah tabung kat rumah. Maknye pelik sebab setiap hari anaknya tu beli menan lepas balik dari sekolah. Sedangkan duit belanja yang mak dia bagi tu sikit aje.

Macam macam hal la budak budak ni kan.

Wednesday, November 6, 2013

Agak agak selamat tak

Agak agak korang selamat tak kalau parking kete kat tepi tepi jalan kat depan stesen komuter tu. Bukan kat tepi jalan yang jalan besar tu tapi kat tepi jalan yang betul betul depan stesen tu. Rasa takut jugak nak parking kat situ. Parking yang ada selama ni dah tutup. Ada bukak kawasan parking baru tapi agak jauh nak menapak. Kalau hari hujan lagi la payah. Kena bayar 3 hengget pulak tu.

Korang rasa macam mana ek? Selama tak bawak kete ni mintak khidmat hubby la tolong hantar ngan ambik kat komuter. Bila tak bawak kete ni nak ambik anak balik sekolah pun susah. Orang laki ni mana nak susah payah kan. Deme nak senang je. Part yang susah payah tu bagi kat bini. Tak patut betul kan.

Ragam anak

Malam tadi

Anak : ibu, boleh tak esok tak nak pegi sekolah agama. Sekolah petang abang ngah pegi.

Ibu : nanti la ibu pikir macam mana. Kalau dok kat rumah pun asyik bergaduh je baik pegi sekolah.

Anak : okey okey abang ngah tak bergaduh.

(selagi tak bagi jawapan selagi tu la dok tanya)

Pagi tadi

(masa ibu kat dalan tren nak pi keja)

Anak : ibu boleh tak tak nak pegi sekolah kebangsaan.

Ibu : kata semalam tak nak pegi sekolah agama je. Sekolah kebangsaan nak pegi.

Anak : (dalam nada  nak menangis). Abang ngah kata abang ngah nak pegi la sekolah agama. Sekolah kebangsaan yang abang ngah tak nak pegi.

Suka hati nko la anak. Dia tu memang tak berminat nak pegi sekolah pun. Asik nak cuti je. Duduk kat rumah pun bergaduh dengan adik je kejenya. Adik tak usik dia tapi dia yang kacau adik dulu. Pastu bila adik balas balik mula la dia nak mengamuk.

Anak no 2 memang camtu kut.

Note : komputer kat opis tak boleh bukak lagi. Boleh on tapi network tak ada. Talipon pun tak leh guna. Apa lagi kan. Buat la apa yang patut. Hi hi hi

Monday, November 4, 2013

Cupcake minion

Si Danial ni sibuk nak cake banana
Tak nak yang kecik tapi nak yang becar katanya
Nanti nanti lah ibu oder kat kedai ye
Buat masa ni makan la cupcake banana yang tecik tecik ni dulu tau

Beriye iye nak cake tapi makannye seketui je...

Sape cuti hari ni. Syoknye kalau cuti hari ni. Saya keje. Cuti dah tak de. Kalau banyak annual leave mau cuti gak hari ni.

Jeles saya tau pada sesape yang cuti tu. Enjoy your holiday...

Friday, November 1, 2013

Pentingnya insurans zaman sekarang

Kisahnya husben ai ni dari dulu lagi ai suruh dia ambik insurans tapi dok bertangguh tangguh
Sekarang dah ada macam macam penyakit kan susah
Insurans pun tak nak terima dah sebab dia dah ada heart attack
Sekarang kalau sakit demam kena la refer ngan hospital gomen
Servis kat hospital gomen tu paham paham je la
Sangat lambat
Kena q panjang
Kalau pegi pagi pagi buta pun belum tentu dorang panggil pukul 10
Berjanggut la nko tunggu kat situ
Silap haribulan tengah hari atau petang baru dia cek

Opis ai pulak hanya cover untuk ai dengan anak anak je
Husben dia tak cover
Tapi kalau husben keje kat situ
Semua anak bini dia cover
Untung la kalau korang keje kat company yang cover anak beranak laki Bini

Rasanya insurans sekarang dah jadi benda yang penting
Nak masuk hospital mana tak kisah lah
Kat hospital gomen pun boleh pakai kad insurans tu
Tak rugi pun ambik insurans
Cuma kena kluar belanja lebih la sikit
Kena ikat perut semata mata nak baya duit insurans tiap tiap bulan

Penyakit sekarang ni macam macam
Maklum la zaman serba canggih kan
Penyakit pun makin canggih
Penyakit pulak tak kira la sape dia nak serang kan
Orang tua orang muda sume dia pukul sama rata jek

Korang ada ambik insurans tak.

Bila badan rasa tak sihat

Hari ni emergency leave sebab nak bawa husben cek darah kat hospital
Dah dua tiga hari dia tak sihat
Hari ni ai terpaksa berkeras jugak ajak dia pegi hospital
Orang laki ni memang camtu agaknya
Bila sakit susah sangat nak pegi hospital atau klinik
Bila kat rumah sakit tu sakit ni

Tiba tiba pulak ai yang rasa nak demam
Sakit sakit badan sakit pinggang
Malam tadi pun tak boleh tido
Bila telan air liur sakit tekak sampai ke telinga
Last week pun camtu gak
Dah mc dah
Minggu ni jadi lagi