Story Mory Cik Lala

Friday, August 30, 2013

Salam Jumaat semua

Salam Jumaat semua kawan kawan
Dah hari Jumaat kan.
Seronok la sebab esok lusa kan cuti
Kalau Hari Merdeka jatuh hari Ahad atau Isnin kan lagi best
Apa plan korang sabtu ahad ni
 
Internet Celcom ni dari pagi tadi buat hal
nak on radio nak blogwalking pun susah
kite on radio pun kat fon tau
sebab kat level kite ni tak de orang pun nak bawak radio
tak macam level level yang lain meriah
level kite ni sunyi sepi je
cam skema gitu
 
 

Thursday, August 29, 2013

Ba ba ba...ba ba na na

Sekarang kan musim minion banana ni
Semalan lalu kat satu kedai baby kat prima Sri Gombak tu
Nampak benda ni tergantung gantung kat kedai
Masuk je dalam kedai tu
Rupanya berlambak lambak minion kat dalam tu
Dari baby minion sampai la ke atok minion
Sume ada

Si Danial tu la yang suka sangat kat minion ni
Semalam beli kat dia yang kedua besar
Kemain suke dia
Tido pun dengan minion
Tersusun minion tu kat tempat tido dia
Tapi lupa pulak nak snap gambo

Tuesday, August 27, 2013

Selingan


Sesaje bagi selingan malam malam gini
Selamat malam semua
Jangan lupa basuh kaki dan baca doa tido ye

Note : tengah pikir sok pagi anak anak nak bawak bekal apa

Menu menu menu



Penin pale hari hari pikir pasal menu
Pagi pikir menu anak anak nak bawa bekal pegi sekolah
Tengah hari pikir menu anak anak nak makan nak pegi sekolah
Petang pikir menu untuk makan malam pulak
Hari hari dok pikir benda yang sama
Ni belum hal hal yang lain lain lagi
Botak kepala do

Adakah korang pun pikir apa yang ai dok pikir
Adakah kita serupa

Dapat hadiah








Dapat hadiah dari encik boss
Harus lah suka kan
Cam tau tau je saya ni
Peminat beg

Thank you boss

Monday, August 26, 2013

Sape tahu

Sape tau macam mana
nak buat entry melalui email
macam mana nak post gambar
supaya gambar tu center

Kematian itu pasti

Dari minggu lepas

Tak henti henti dengar berita tentang kematian

Meremang bulu roma dengar

Bermula dari kejadian bas genting yang terbalik tu

Jumaat lepas jugak ada jiran yang kat kampong meninggal

kerana kemalangan dengan treller

Semalam pulak Ahad, ada jiran kat rumah yang meninggal jugak 

ketika menunggang motosikal berkuasa besar di Genting Sempah

Hari ni pulak dapat  berita kematian abang seorang kenalan

 

Ya Allah, kau cucurilah rahmat ke atas roh roh mereka

Dan tempatkan lah mereka di kalangan orang orang yang beriman

 

Ameen ya Rabbal A'lamin


Kesimpulannya :


Kematian itu sangatlah dekat

Dengan kita kan

Cuma kita je yang tak tahu

Bila bila masa je kita

Akan dijemput Ilahi

 

Kenduri kat Melaka




Seperti biasa saya kena update entry melalui fon je. Sedih tak. Takkan nak bawak lappy dari rumah semata mata nak update blog pulak kan...

Semalan ada kenduri kawen belah suami sepupu saya kat melaka
Terharu sangat tengok menu pengantin orang Melaka ni. Ada ikan siakap, sotong, udang besar, ayam masak merah. Ketam pun ada. Besar besar pulak tu.

Biasa lah kan. Kalau makan tempat tempat camni mana boleh makan sangat kan. Kena la control anggun gitu. Tapi bila balik terkonang konang pulak.

Nampak tak ketam yang merah merah besar gedabak tu. geramm je tengok. Kalau kat rumah ni memang belasah dah.

Apa apa pun puas hati layanan semalam. Kelas gitew.

1) Mood nak cuti sebab kepenatan. Apakan daya cuti hanya tinggal 10 hari. Kena jimat jimat.

2) Boss masih tak masuk opis. Pergi Jakarta dengan hod hod yang lain. So merdeka sekejap. Yahuuu. Hari ni last merdeka. Esok dia dah ada.

Wednesday, August 21, 2013

Baby



Geram dengan baby 2 ekor ni
Tiap tiap hari balik keje mesti nak kena mengadap dua ekor ni dulu
Makin dah besar makin rasa comel pulak

Tiap tiap malam sebelum tido kena siapkan makanan dia
Potong buah kecik kecik
Letak dalam mangkuk
Ganti air masak dia
Bancuh high protein dia

Sebelum ni ada beli susu Isomil
Tapi ada orang kata tak bagus bagi Isomil ni kat SG
Hu hu hu melayang RM35.90 tau

Omelet set


Dah jamah baru teringat nak ambik gambo
Sila abaikan mknn yg dah tinggal separuh tu

Nampaknya pc saya ni tak mengizinkan saya berblog selamanya
Sampai sekarang still tak boleh buat entry dan nak komen
Sakit mata den berblog dengan talipon yang cinonet ni
Entry ngan gambo pun ketepi ketengah

Monday, August 19, 2013

Terpaksa dan dipaksa


Terpaksa guna ni
Untuk bw
Memandangkan komputer kat opis
Dah tak bagi ai komen dan edit entry blog
Walaupun screen kecik je
Sekurang kurangnya
Terubat rindu kat korang sume

Tapi kalau nak update entry
Tetap guna iphone jugak
Walaupun gambo yang akan appear kat blog tu
Kecik comey lote je
Tak tau nak adjust cam mana nak kasi besar
Redho je la seadanya

Saturday, August 17, 2013

Purple







Pantang betui nampak kaler pepel ni
Kalau nampak je macam macam alasan nak beli
Tak tau minat kaler pepel ni sejak bila
Tau tau memang suka sangat kaler ni

Ada sekali tu
Nak beli beg
Pakai baju kaler pepel
Pilih beg pun kaler pepel gak
Sampai salesgirl kedai tu kata
Akak memang suka kaler pepel ye
Kaler pepel ni memang sesuai sangat dengan akak


Sesuai lah sangat (sambil dua dua tangan atas bahu)

Jom breakfast



Acara biasa kalau bulan tak pose
Breakfast kat Paparich
Dating berdua je
Sebab dah lama tak dating

Adik dan menan


Adik owh adik
Kenapa suka beli menan
Macam mana adik tak beli
Memang hobi adik
Memang hobi adik

(Versi lagu bangau oh bangau)

Asal jumpa menan je musti nak beli
Tak kira la murah ke mahal

Lepas gian



Sebulan tak jamah bbq ni
Pagi pagi dah keluar pi giant semata mata nak cari marinated ciken and lamb ni
Balik rumah apa lagi
Terus buat projek membbq
Argh...sedapnya
Puas dapat makan
Sedap lagi kalau buat sendiri dari yang beli kat kedai
Kalau kat kedai tu dah la tak banyak mana
Mahal pulak tu
Buat sendiri kat rumah memang berbaloi

Wednesday, August 14, 2013

Balik kampung jugak



Orang balik kampung
Dia pun balik kampung jugak
Terpaksa la usung ke sana ke sini
Dah namanya pun baby kan
Kalau tinggal sape nak jaga pulak

Dah start keje


Assalamualikum kawan kawan
Hari ni ramai yang dah start keje kan
Jalan pun clear hari ni
Mungkin ada jugak lagi yang masih bercuti

Ai pun dah start keje hari ni
Cuti dah tak banyak
Nak tak nak kena la keje jugak kan
Walaupun hati ni memberontak
Nak cuti lagi
Kena gak simpan baki baki cuti yang ada ni
Untuk kes kes kecemasan

Nampaknya pc ai kat opis ni masih buat hal
Tak boleh nak buat entry
Tak boleh nak edit
Tak boleh nak bw
Dan yang paling sedih tak boleh nak komen
Sedih betul

Rasa cam nak campak ke laut je pc ni. Sakit hati tau

Friday, August 9, 2013

Aidilfitri 2013


Lontong, rendang cili api, rendang hitam, nasi impit, kuah kacang, lemang dan serunding.


Edisi tayang makanan hari raya pertama. Sebenarnya banyak lagi menu tapi malas nak ambik gambar. Ni je yang sempat.


Hari raya pertama di rumah mertua. Tahun ni tak de warna tema. Asal boleh je. Korang pulak tema kaler apa tahun ni?


Monday, August 5, 2013

Selamat hari raya aidilfitri


Selamat hari raya aidilfitri kepada semua kawan kawan tak kira yang berada di malaysia ataupun luar negara. Moga ukhuwah antara kita akan bertambah erat dengan hadirnya aidilfitri ini. Yang mana pulang ke kampung halaman, selamat balik kampung. Berhati hati semasa memandu dan selamat tiba ke destinasi yang dituju.

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.

PC buat hal lagi

PC buat hal lagi
Tak boleh nak komen kat blog kawan kawan
Tak boleh nak edit entry
Dah tak sabar nak bercuti nampaknya
Tak kasi tuan mengadap lama lama la tu

Mood nak balik kampung

      




 Mood nak balik kampung sudah mari
 Jom packing baju siap siap
 Banyak yang nak packing ni
 Untuk 5 orang
 Kalau packing last minit takut ada yang tertinggal

 Hari ni dengan esok masih keje
 Hari rabu baru start cuti
 Moh masak masak la kiter
 Hari jumaat baru baliknya
 Apa apa pun kena buat persediaan dari awal
 Tak nak last last minit kan

 Sape suka packing baju awal awal kalau balik kampung angkat tangan...

Sunday, August 4, 2013

Iftar di luar lagi


Dah hujung hujung ramadan ni asik berbuka diluar je
Dah jemu makan kat rumah bila hujung minggu
Tak tahu nak makan apa dah

Saturday, August 3, 2013

Tercalar hati ini




Peristiwa berlaku pagi tadi
Masa nak keluar dari reverse
Tak Perasan ada bekas sampah kat tepi tu
Tetiba je aku dengar bunyi zrekkk
Tapi tak nampak lagi
Turun je dari kete
Tengok tengok
Tu dia Bercalar
Aduh tepuk dahi ambo
Dalam dok jaga jaga tu
Pun kena jugak

Friday, August 2, 2013

Mood dah nak cuti

Tinggal hari isnin dan selasa je lagi nak keje
Hari rabu dah start cuti sampaila selasa depannya
Mood pun dah ke laut
Dah takde mood nak buat keja
Hanya tinggal mood nak cuti je lagi

Seperti biasa raya pertama kat sini dulu
Belah suami
Maklumla isteri mithali
Petang raya atau esoknya baru balik kampung
Kampung saya kat taiping je
Tak tau lagi balik sampai bila
Hajat hati nak stay kat sana sampai hari selasa
Tapi tengoklah keadaan mengizinkan ke tidak

U olls start cuti bila dan balik mana?