Story Mory Cik Lala

Monday, April 29, 2013

Tinggal berdua je

Hari Rabu ni kan cuti Hari Buruh. So minggu ni ramai la yang bercuti. Untung la kalau cuti banyak lagi. Ai tinggal berdua je kat opis hari ni. Yang dua lagi tu cuti cuti mesia. Yang sorang lagi tu on maternity leave. Yang sorang lagi tu ada meeting petang ni. So tinggal lah ai dengan yang sorang lagi. Naik juling dah bijik mata ni asyik mengadap komputer je. Tak sabar nak balik dan tak sabar nak cuti hari Rabu kan.

Apa plan korang cuti hari Rabu ni? Cuti tahun korang banyak hari lagi ke??


Simple Segmen by Sally Samsaiman



 Klik banner untuk join
'
dari 29 April 2013 hingga 13 Mei 2013 (11:59pm)

Sunday, April 28, 2013

Perhatian perhatian perhatian

Untuk makluman sume, blog saya yang baru ni dibuat oleh oppzpinky. Beliau yang bertanggungjawap mendesign dan mendeco blog saya ni. Saya cuma cakap apa yang saya nak. Tak de maknanye saya nak make up sendiri blog saya ni. Tak reti pun. Tapi saya amat berpuas hati la dengan hasil kerja oppzpinky ni. Kemas dan cantik kan. Hari tu oppzpinky ada buat promotion tau. Harga amat berpatutan. Kalau ada sape sape yang berminat nak make up blog, sila lah hubungi oppzpinky ye.
 
 

Tak perlu kata apa apa

Esok hari isnin. Tak perlu kata apa apa.

Saturday, April 27, 2013

Tak de selera

Bila anak anak tak sihat, mak nak makan pun tak de selera.











Menan, menan dan menan

Nasib baik tak kena warded lagi hari ni. Setengah hari jugak la kat sepital hari ni. Patient punya la ramai. Maklum la hari sabtu kan. Balik sepital terus terjah giant cari menan kat adik. Seronok adik dapat menan. Menan lagi. Bulan ni je dah berapa ratus abis beli menan je. Maklum la kesian. Adik kan asyik demam je dalam bulan ni.



 



 

Penin dan penin

Adik demam balik. Macam tau tau je ibu cuti 2 hari. pagi tadi pukul 3.30 dia kata pacaipe adik asyik demam je. Jahat betui kuman adik ni datang balik. Cian kat ibu. Nanti boss ibu marah cebab asyik cuti je jaga adik.

Friday, April 26, 2013

It's Giveaway Time by CREATIVE BY TWO


Sticky entry ini hingga 01 May 2013....

Klik SINI kalau nak join


Saya Tag:



Selamat Bersegmen Semua

Salam Jumaat Semua

Salam Jumaat semua.

Alhamdulillah abang dah discaj semalam walaupun darahnya tak ok lagi. Tapi ada improvement la dari sebelumnya. Sebelum balik kena ambik darah dulu. Resultnya nanti doktor explain masa datang follow up.

Hari ni saya dah masuk keje walaupun kepala ni ting tong. Sib baik hari ni hari jumaat kan. So cam rilek la sikit. Lunch time tadi siap berurut lagi. Tak tahan dengan badan yang sakit sana sini. Sib baik ada yag pandai mengurut kat sini. Bayaran ikut suka berapa nak bagi. Lepas kena urut tadi lega. Badan rasa ringan jek. Ahad ni nak berurut lagi sekali kasi betul betul sihat kan.

Note: dah nama pun berurut kat opis, mana boleh pakai minyak angin. Nanti boss bau pengsan pulak karang. Pakai losyen je. Lembut dan gebus la kulit ku lepas ni. Kalau berurut kat rumah guna minyak panas sedap ni.

Thursday, April 25, 2013

Kena stay lagi

Baru je masuk keje hari rabu lepas. Hari selasa petang dah cuti lagi. Sambung pulak semalam dengan hari ni. Esok entah lah cuti ke tak. Harapnya hari ni boleh balik la.

Kalau ikutkan doktor nak discaj abang semalam. Tapi bila cek darah, result darah abang tak ok. Darah putih dengan platelete darahnya rendah. So doktor suruh stay lagi semalam.

Kat sini abang kena masuk drip 24 jam untuk cover balik kekurangan air dalam badan dia tu. bila doktor puas hati baru boleh stop. Nasib la abang ni tak gaduh nak pi jalan jalan sana sini. Kalau tak susah nak usung tiang drip dia tu.

Wednesday, April 24, 2013

Nasik lemak sedap

Nasik lemak paling sedap kat Pusrawi ni. Setiap kali datang sini wajib beli nasi lemak ni.

Gambar asam yang kat bawah tu buat penyedap tekak yang tak berapa sedap ni. 



Tak sihat

Kepala pusing. Sakit tekak, rasa loya, rasa nak tumbang sume ada. Setakat mana badan ni mampu bertahan tunggu je la.





Tuesday, April 23, 2013

Abang warded

Turn abang pulak kena warded. Abang ni bukan nak duduk kat sepital. Doktor kata bacaan darah abang tak cantik. Kurang air dalam badan. Platelet pun rendah.

Aduhai. Ibu baru nak start keje. Dah kena cuti lagi. Nak suh ayah jaga kat sepital pun ayah pun tak sihat sangat. Nak tak nak ibu la kena jaga. Hu hu hu. Pape pun redho je la.

Note : encik boss, i bukan suka suka nak cuti tau. Kalau suka suka nak cuti, baik ai pi bercuti ke Australia ke, Disneyland ke. Cuti ai habis kat sepital je. Tak pegi bercuti mana mana pun. Dah nasib anak anak asyik tak sihat je. Kalau apa apa jadi kat anak i, ai yang susah nanti.

Nasib la dua yang kat rumah tu ada mak yang tolong jagakan. Kalau tidak prning jugak jadinya. Dengan sekolah lagi.

Bisa bisa badan

Rasanya kena berurut badan ni. Sejak adik kluar sepital hari tu sakit dan bisa bisa badan ni. Angin toksah cakap la. asyik sendawa je. Tak peduli la depan boss ke, depan orang ke. Sampai penat sendawa ni. Rasa nak muntah, nak demam sume ada.

Korang suka berurut tak? Kat sini susah la nak cari tukang urut. Kalau ada pun kena pegi rumah diaorang. Tak selesa pulak nak berurut kat rumah orang ni kan.

Monday, April 22, 2013

Becoz today is monday

Lesu rasa badan hari ni. Pagi tadi dah nek tren. Tetibe jek rasa sakit perut. Keluar tren pastu cari toilet. Call hubby suh ambik sebab tak tahan sangat. Sakit perut memulas mulas. Tapi pkl 10 tadi sampai gak opis. Ingat nak mc tapi takut pulak boss bising. Baru je masuk keje minggu lepas.

Sunday, April 21, 2013

Shopping RM300 dapat baucer RM100

Carlo rino pun carlo rino lah. Janji berkenan kan. Harganya mahal walaupun barangnye comel jek. Tapi hati dah terpikat. Kononnye beg ni diperbuat dari kulit. Kalau cukupkan RM300 atas satu resit dapat baucer RM100. Baucer RM100 ni pulak terhad untuk 200 pelanggan je. Menarik tak.

Kelam kabut cari barang nak cukupkan RM300 tu. tak de idea nak beli apa. Last last beli slipper adik, sabun pencuci botol susu ngan tempat bakar roti. Hah ambik kau. Baucer 100 hengget punya pasal.

Baucer tu pulak valid sampai 28 April je. Apa ke jadahnya nak ulang alik pulak minggu depan kan. So ai dah guna pun baucer tu tadi. Dapat la baju abang ngan adik sorang sehelai. Banyak yang menarik sebenarnya. Tapi tahan tahan. Nanti nak shopping baju raya lagi. Bankrupt kalau asyik shopping ja.

Okey tak beg tu. nak tinggal kat opis je untuk kegunaan waktu rehat. Malas nak bawak wallet yang gedabak dan buruk tu. bawak je apa yang patut. Yang penting duit ngan tepon kan.




Saturday, April 20, 2013

Abang yang demam

Turn abang pulak demam. Kalau dia demam melepet je la. kalau tidak suka mengacau kakak dengan adik. Bergaduh je kejenye.



Friday, April 19, 2013

Anak dare yang macam retis

Ada anak dare dah macam retis. Kalau ambik gambo tu posing macam tu la, posing macam ni la. cerewetnya ya amat. Kalau nak pegi mana mana dia la yang paling lama bersiap. Maknye pun tak macam tu. kalau bab teknologi dia lagi advance dari orang besar. Tau je guna function yang ada tu

Note : esok cik lala ada pertandingan action song peringkat daerah. Macam macam cikgu suruh beli. Haru biru dibuatnya. Nak nak pulak time hari bekerja ni kan. Mana ada masa nak cari. Harap harap berjaya la sekolah cik lala esok.

Abang pulak demam

Budak hensem ni pulak demam. Semalam balik sekolah dia kata kena cucuk. Agaknya cucuk BCG lah kut. Cikgu pun tak bagitau apa apa. Men cucuk je. Agaknya sebab tu la demam kut. Batuk koh koh koh. Mana taknya, tiap tiap ari balik sekolah mesti beli eskem. Ha kan dah batuk. Nasihat ibu tak nak dengar. Dah seminggu kut dia baru nak start batuk. Tak start bagi ubat batuk lagi sebab kalau dah lama tak ilang jugak baru bagi ubat batuk. Buat masa ni bagi madu dulu. Tadi bagi madu campur limau kasturi. Harapnya berkesan la. Lepas sorang sorang.

Jus delima

Beli jugak jus delima ni walaupun tak tau khasiat dia apa. Beli pun ikut kawan. Tengok dia beli saya pun ikut beli jugak. 15 hengget je. Tak la mahal sangat kan.



Note: Mood hari ni rasa cam nak makan makanan yang berkuah macam mee hailam ke, mee bandung ke. Tapi kat mana nak cari ye. KL Sentral ni apa yang ada.

Thursday, April 18, 2013

Berwajah baru

Cantik tak rumah baru saya ni? Okey tak? Tapi ai tak tau nak sign in macam mana sebab kat ruang atas tu takde pun dashboard bagai. Nak edit entry pun tak tahu. Ni pun buat entry guna ipad je. Ataupun mungkin blog ni dalam pembinaan kut. Bila dah settle nanti baru boleh sign in kut. Korang ada experience tak macam ni. Blurr jadinya.


- Posted using BlogPress from my iPad

Ibu, adik nak ipad

Ibu jangan lupa bawak turun ipad lama kat adik.

Camtu la hari hari. Mengadap ipad je kejenye. Tengok citer otomen la, main game la. kalau tak de ipad mesti bosan tu. nak tak nak terpaksa la ibu tinggalkan ipad ibu kat adik. Asalkan adik baik demam sudah.


Wednesday, April 17, 2013

Pegi Tawakal pulak

Semalam bawa adik ke hospital tawakal pulak. Sangat puas hati dengan servis kat hospital tawakal ni. Sebelum sebelum ni anak anak saya memang dirawat kat hospital tawakal ni. Tapi sejak company dah tak cover Tawakal tu yang berhijrah ke Pusrawi. Doctor kata tengok development adik sampai hari khamis. Kalau tak baik demam jugak doktor suruh datang balik hari jumaat then masuk wad. Ooo adik, cepat la baik demam.









Monday, April 15, 2013

Konpius la..

Demam hari ke sebelas.

Ada sesape yang pernah guna ubat demam yang masuk montot tu tak. Semalam saya dah tanya doktor samada ubat tu bahaya ke tak. Doktor kata ubat montot tu tak bahaya sebab ianya tak pegi ke hati. Tapi kalau syrup demam pcm tu agak merbahaya sebab ubat tu akan pegi ke hati dulu. Tadi pulak ada orang cakap yang ubat montot tu bahaya sebab ianya pegi ke hati. Tapi ubat syrup pcm tu tak bahaya. Konpius dah ni. Ada sape sape tahu tak? Tapi kalau dah suhu dok tinggi semedang, makan pcm pun tak jalan takkan nak biarkan je.



Sunday, April 14, 2013

Henbeg korang ada apa?

Beg korang berat macam ketul batu tak? Apa yang korang isi dalam beg korang tu? Jom zoom ke dalam henbeg saya. Macam macam ada. Bukan setakat wallet, payung pun ada, power bank la segala mak nenek bagai. Tu pun rasa cam tak cukup besar.

Saturday, April 13, 2013

Adik demam balik

Entah apa la ujian kali ni. Adik demam balik since pagi tadi. Saya baru nak naik keje isnin ni. Buntu pikir. Isnin ni jugak adik kena follow up kat hospital. Tak tau la nak pegi ke tidak memandangkan saya tak boleh cuti dah. Tapi memandangkan keadaan adik yang demam balik, mungkin adik kena pegi dengan ayah je jumpa doktor balik. Ooo kesiannya anak ibu sorang ni.





Friday, April 12, 2013

Ada sentimental value

Ni telefon lama saya. Saya guna masa lahir anak no 2. Now yang no 2 tu dah darjah 1. Sayang nak trade in walau dah beli fon baru. Ada sentimental value. Dalam fon ni ada banyak video dan gambar anak saya no 1 dan 2 masa diaorang kecik kecik. Video bb yang no 2 tu pun ada banyak dalam ni. Sebab tu la sayang nak jual. Nak transfer sume gambo dengan video tu pun belum tentu boleh bukak kat PC kan.

Korang pulak macam mana. Dah jual ke fon lama korang?



Alahai anak omak

Alahai anak omak...alahai anak omak...
 
Macam belacan dah jadinye. Maknye dah lama tak guna ipad ni. Dapat kat anak anak je. Tak bagi berebut. Kalau dah bagi macam ni lah jadinye. Patut la den nak guno tadi kelabu semacam yo. Ruponyo kelabu dek keje anak anak den ni ha. Tangan bokeh cekelat ke hapa ke di tenyeh tenyet kat ipad ni ha. Mana tak kelabu jadinyo. Den dah lap dah tadi. Den qaso tak lamo pun ipad ni bersih. Kojap yo. Tengok lah nanti kalau tak cayo cakap den.

Happy

Sikenit yang happy sebab dah lama ibu dia tak pi keje. Berkepit je dengan dia 24 jam. Kat mana ada ibu kat situ lah dia.

Lepas anak sihat mak pulak yang sakit

Baru boleh celik mata ni. Ingat lepas danial dah discaj boleh la ibunye pegi keje. Tapi pagi khamis tu masa bangun nak pi keje, tak boleh nak celik mata. Berpinau pinau qasenye. Sumenye berpusing laju. Siap dgn muntahnya. Dalam pukul 11 hubby bawak pi klinik. Doktor kata mak pun kena tonsil infection. Dapat satu injection. Mana taknye, kat klinik tu dok pejam mata je. bukak je mata sume nampak pusing. Tu pun seharian pening ngan muntah. Tak tahu la nape. Tiba tiba je jadi gitu. Semalam seharian tak leh bukak mata. Apatah lagi nak bw ngan fb bagai. Tido je seharian.

Pagi tadi pun bangun nak pi keje badan ni terasa lemah lagi. Memang tak larat sungguh. Padahal doktor memang bagi mc 2 hari pun. Saje gatai nak tunjuk qajin pi koje. Pekerja mithali la kunun. Tapi akhirnya memang tak pi pun pi keje. Jadi apa apa hei kat tengah jalan kaqang sape pulak yang susoh. Bior le boss nak maqah pun. Ate nak buat macam mana. Udoh anaknye tak sihat. Kena la jage. Dah tu maknye pulok tak sihat. Tak kene kat badan sendiri boleh le kate, kene esok ha baqu tahu kan. Ambik ko...

Ni baqu nak qase ok sikit. Baqu nok qase cerie. Kalau tidak tu uwek uwej aje le kojenye. Mengalahkan oqang mengandung.

Note: oleh kerana tuan tanah yang sakit, maka tak ada gambo ye sebab tuan tanah ni pemalu oqangnye.

Cer kira berapa total saya bercuti kalau dari hari rabu minggu lepas sampai hari ni, Jumaat...

Wednesday, April 10, 2013

Hari ke 7 ~ Nak balik dah

Alhamdulillah dah boleh balik hari ni. Terima kasih ya Allah sebab kau sembuhkan Danial akhirnya. Moga moga lepas ni Danial dan anak anak yang lain akan lebih sihat dan kuat. Terima kasih jugak kepada kengkawan yang mendoakan kesihatan Danial. Sayang korang ketat ketat.

Note: walaupun duduk kat hospital je tapi barang mengalahkan pegi cuti cuti mesia. Macam mana nak angkut tu. Dah la berdua je dengan Danial.

Tuesday, April 9, 2013

Rindunya

Rindu kat intan payung dua orang ni. Cam dah lama tak jumpa. Tadi ambik diaorang balik sekolah lepas tu terus ke hospital semula sebab adik kena ambik antibiotik pukul 8 malam. Makan malam, mandi dan buat homework semuanya kat hospital.

Tengok la angah tu. dah pengsan. Harapnya tak mengamuk la bila kejut nak balik nanti.

Pukul 5:15 tadi cek suhu danial 37.5. Cepat cepat saya bagi PCM. Tadi misi cek dah tak demam. Doa doa tak demam dah la dan surut la bengkak tonsil dia tu.