Story Mory Cik Lala

Thursday, January 31, 2013

Nak belajar jadi photographer


Saya nak belajar jadi photographer.
So kalau ada sesiapa yang tahu
tentang kelas photographer ni,
sila lah berkongsi dengan saya ye...

Legoland Malaysia - Part 2

Lagi gambar tentang Legoland. Ai ingatkan gambar kamera ni tak clear, so ai tak lah ambik gambar banyak sangat guna kamera ni. Bila tengok tadi okey pulak. Alahai..melepas nak ambik gambar yang menarik menarik kat Legoland tu. Ni je yang ada.

Shipyard ni kitaorang tak main pun sebab ramai sangat yang beratur. Malas nak q panjang panjang.


Angry Bird



Permainan kat sini macam kete bomba. Bila tekan boleh pancut pancut air. Kanak kanak yang berumo 7 tahun ke atas sesuai la kut dengan permainan ni.

Permainan ni kena naik sampan dan sampan tu akan keluar dari atas tu menuju ke bawah. Kalau tak nak baju basah tak payah la main permainan ni. Orang dewasa yang ramai main permainan ni.




Main pancing pancing. Kena bayar RM15 kalau nak pancing setakat 2 ekor benda tu. Kalau nak pancing 4 ketul kena bayar RM25.


Burung kakak tua yang dibuat dari Lego. Kagum kagum.



Kat dalam ni ada taman permainan untuk kanak kanak 2-5 tahun. Boleh berehat jugak kat sini. Gerai jual makanan pun ada.

Alat ni kalau kita sentuh dia akan berbunyi ikut jenis alat muzik. Kalau tak dia diam je.

Ai memang spare topi siap siap dari rumah sebab tahu tempat ni panas. Siap siap jugak bawak payung pendek takut takut kalau ujan.

Zirafah dari lego. Kat belakang tu ialah restoran. Makanan yang dijual kat dalam Legoland ni okey la harganya. Tak la mahal sangat dan tak  jugak murah macam kat luar tu.

Dino yang dibuat dari lego.








Secara keseluruhannya memang best la pegi Legoland ni. Sayang ai tak ambik gambar banyak banyak. Maklumlah, kamera 3.1 MP je. Untuk makluman uolls, jangan la beli tiket masuk ke Legoland ni dengan ulat ulat tiket yang ada kat luar tu. Sebab takut nanti dah bayar tapi tak boleh nak masuk ke dalam Legoland tu. Beli je kat kaunter tu walaupun mahal tapi pasti boleh  masuk. Kalau beli kat ulat ulat tu, kalau boleh masuk tak pe, takut tak boleh masuk je. Kan dah rugi...

Wednesday, January 30, 2013

Hantaran

Hantaran pertunangan adik ipar yang berlangsung pada 25 Januari 2013 yang lalu. Tema dengan kaler ungu. 5 berbalas 7 dulang hantaran. Hantaran ni dibuat oleh kakak ipar beliau yang memang expert bab bab menggubah ni. Kalau ada yang berminat boleh hubungi beliau untuk tempahan.





Cantik dan moden kan...

Top up

Pagi pagi dah sakit hati. Geram betul kat digi ni. Baru je top up 10 hengget kat dalam henpon si kakak hari isnin baru ni. Tup tup pagi tadi dah tinggal baki 2 hengget je. Padahal tak guna pun. Mana peginye duit tu ek? Prepaid memang camtu ke?

Tuesday, January 29, 2013

Legoland Malaysia ~ Part 1

Memang seronok la pegi Legoland walaupun entrance fee mahal. Rasanya berbaloi. Yang paling suke sekali budak budak la. Tapi ramai jugak dewasa yang main permainan kat dalam tu. Ai tak ambik gambar banyak sangat pun sebab tak bawak kamera yang sepatutnya. Harapnya ambik gambar guna iphone dan camcoder 3.1 megapixel tu je. Ni la sebahagian dari gambar yang ada. Gambar yang lain tu tunggu next entry ye.

Balik dari Legoland tu baru la terasa penat sampai nak bercakap pun tak larat. Sampai je kat bilik mula la rasa lenguh lenguh kaki dan nak tercabut pinggang. Masa berjalan siang tu tak rasa lagi. Bila malam baru terasa. Hah, ambik ko...

Kat Legoland ni  bukan setakat kanak kanak yang boleh main, dewasa pun boleh jugak. Ada banyak permainan kat situ. Ada jugak permainan yang sampai kena beratur kalau nak main. Contohnya macam shipyard dan tren. Tren dengan shipyard tu ai tak naik sebab ramai sangat sedang menunggu. Bek pegi tempat yang tak beratur panjang. Jimat masa.

















 

 



 

Macam nak tercabut jantung


Fuh..berderau darah jugak la naik roller coaster ni tau. Nama je roller coaster untuk budak budak.  Ni semua gara gara anak no dua ai yang merayu rayu supaya temankan dia naik roller coaster ni. Nak kata tak nak kesian pulak kan. Dah la datang sekali sekala je. Nak tak nak kena la naik jugak. Mula mula naik tu ok lagi. Tapi bila roller coaster tu turun menjunam ke bawah ai mengucap panjang. huh..macam nak luruh jantung tau. pastu pulak masa roller coaster tu kona kona, wah..macam nak terpelanting rasanya. Ai dah start pejam mata sambil pesan kat anak supaya pegang kuat kuat. Fuh..memang tobat tak nak naik dah. Disebabkan takut punya pasal, gambar naik roller coaster tu pun ai tak ambik.

.: Kome Nak Tak ?!! My 2013 # 1 Give Away :.




Jom la join ramai ramai 
GA ni dianjurkan oleh kuazue.blogspot.com,
Syarat penyertaan dia senang je,
Rugi kalau tak join!

Tarikh tutup adalah pada : 31.1. 2013


2nd GA - KAIN PASANG


 
Klik sini ye kalau nak join...

Monday, January 28, 2013

Henbeg lagi

Seronok pegi JPO hari tu. Siap pegi 2 kali lagi. Mak dengan anak sempat merembat henbeg henbeg Coach yang ada less itu. Kalau kat KL sure tak dapat less punye. Nak masuk dalam tu pun kena q dulu sebelum masuk. Ramai sangat orang dalam tu. Kalau tak de less telan air liur je la. Cantik tak. Nak pegi shopping kat oversea tak mampu kan. Kat JPO pun jadi lah. Rambang mata dibuatnya bila masuk kat dalam kedai tu. Rasa macam semuanya nak.

Published with Blogger-droid v2.0.10