Thursday, June 27, 2013

Semata mata kerana

Gigih pegi KFC Giant Batu Caves semalam
hanya semata mata kerana ini

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^



Hari selasa lepas dah singgah KFC sri gombak
tapi semuanya kehabisan stok
anak yang nak
mak yang keciwa lebih lebih bila semuanya kehabisan stok
tak dapat terima kenyataan
hari Rabu pegi pulak KFC kat Giant tu
nasib baik ada lagi

hoyey......................


Mana nak carik Lab Coat

Baju putih yang doktor selalu pakai tu nama apa ek
Lab coat ke? Sama ke dengan yang engineer selalu pakai tu?
Nak cari kat mana ek kalau kat area KL ni.
Kisahnye kezen ai ni ambik course engineering
Lecturer dia suruh pakai baju tu
Dia mintak tolong ai carikan
tapi ai pun tak tau nak cari kat mana
mintak tolong pada u olls yang  tahu kat mana ada jual baju ni

Urgent nih!!


Wednesday, June 26, 2013

Celcom 3G

Bosan la denganCelcom 3G ni.
Dari semalam problem loading tak abih abih
sudahnya tak boleh bukak internet jugak
adushhh stressnya
celcom 3G memang ada problem kah sekarang ni?
U olls guna line apa ek?
Sekarang ni servis Celcom dah cam tak best sangat kan.
Kalau nak guna data plan maxis lagi la tak mampu
adoiii..pening la.

Cik Suggies baru




Lepas kematian Cik Suggies yang hari tu, Serta merta encik hubby mencari pengganti. Encik hubby ni memang rajin melayan. Cakap la nak apa pun. Kalau dia mampu memang dia beli.

Ni dia Cik Suggies yang baru. Punya la lasak. Dah 3 hari keluar dari sangkar. Tak tau la keluar dari mana. Mungkin sebab badannya yang kecik tu senang dia nak keluar melalui celah celah dawai sangkar tu. Jadi keje pulak tiap tiap pagi cari dia. Nasib la tak ilang.

Masa beli punya la garang. Siap gigit sape yang pegang dia. Tapi lama lama dah tak gigit sangat. Dok belai belai manja dia. La ni tak garang dah. Tapi still lasak.

Kena asingkan dia walaupun dalam sangkar yang sama. Pernah sekali tu tak asingkan, mak ai...bergaduh gaduh. Nak selamat kena letak bilik asing asing. Kalau tidak ada yang patah kaki tangan nanti.

Sugiies ni binatang yang sensitip. Kena layan dia macam baby. Main main dengan dia. Belai belai, baru la dia friendly dengan kita. Cik Suggies ni suka makan buah especially buah tembikai susu, buah jambu, buah pear, ayam rebus dan telo rebus. Dalam seminggu sekali kena bagi dia makan calcium. Kalau tak nanti lumpuh kaki belakang.

Monday, June 24, 2013

Jerebu datang lagi

Teruk kan keadaan jerebu sekarang ni. Nasib la kerajaan umumkan sekolah disekitar selangor dan kuala lumpur cuti hari ni. Kalau tak memang la ambik cuti sendiri. Makin lama makin teruk. Nak nak pulak dah berapa hari tak hujan nih.

Esok pun kalau keadaan mendesak mungkin terpaksa cuti kan anak anak dari sekolah jugak. Bior lah deme dok kat rumah. Daripada deme deme ni tak sihat nanti. Tu pun dah selsema ngan batuk. Harapnya cepat la sembuh.

Danial cem mana? Hari sabtu lepas dah bawak danial jumpa pakar. Pakar kata danial cuma kena tonsil infection. So doktor bagi antibiotik Zinnat. Alhamdulillah hari sabtu tu danial dah tak demam. Tapi kena bagi jugak antibiotik supaya infection tu tak merebak. Harapnya semua anak anak cepat cepat la sembuh.


Friday, June 21, 2013

Demam lagi...

Danial demam lagi. Setakat bulan 6 ni dah 3 kali dia demam.
Baik kejap pastu demam balik. Susah hati la kalau cam ni.
Entah apa la yang tak kena tu. Petang  ni suhu dia 39.2.
Mula tak tenteram kat opis ni.
Rasa nak balik rumah sekarang jugak.

Setakat ni tak bawak Danial pi klinik lagi.
Ambik darah pun belum
Dok bagi ubat demam yang ada kat rumah
Esok baru nak bawak dia pegi Hospital terus
Harapnya tak apa apa la sikecik tu
Dah la badan tu kurus je
Dah demam ni tinggal tulang je.

Saya bizi

Bizi bizi bizi.
Nak nak tinggal sorang je kat opis.
Bizi dengan meeting. Nak prepare notis, paper la bagai.
Macam macam nak kena buat.
Nak breakfast pun tak sempat apatah lagi nak bancuh air.
Nasib baik pagi tadi sempat beli susu Dutch Lady kotak tu.
Boleh la  jugak buat lapik perut. 

OOO nak bagi tahu yang sugar gliders saya dah mati sekor semalam.
Pagi semalam kakinya start lumpuh.
Pukul 12 tengahari saya lari dari opis jap balik rumah
semata mata nak bawak Puan gliders saya tu pegi klinik.
Sempat jugak la borak borak dalam kete cium cium puan Gliders tu.
Doktor bagi calcium dengan antibiotik.
Balik dari klinik tu hantar dia balik umah dulu.
Dalam perjalanan saya nak balik opis mak saya call
katanya Puan gliders saya tu dah kembali kepada penciptanya
Tetiba je air mata ni pun kluar
Mesti la sedih kan sebab dah 5 bulan jugak la kami tinggal serumah
Encik hubby kata nak buat kenduri 7 hari 7 malam ke?
Orang tengah sedih dia cakap cam tu pulak kan.


on the way nak pi klinik

masa kat klinik


Saturday, June 15, 2013

Takut

Orang takut tutup mata tapi dia tutup telinga. Kih kih kih


Thursday, June 13, 2013

M.A.L.A.S

Mood malas nak buat keje dah datang. Terasa minggu  ni lambat betul masa  berlalu kan. Kalau cepat tu cepat la sangat. Kalau lambat tu terhegeh hegeh. Tak sabarnya nak cuti sabtu ahad. Nak berehat. Tapi nak kata betul betul berehat hari sabtu ahad pun tak jugak. Ada jugak benda yang nak dibuatnya. Pegi pasar la, hantar anak tusyen la, bawak anak jalan jalan la. Macam macam lagi la nak buat. Minggu ni pulak mak cik dari kampung nak datang rumah. Meriah la sikit. Kalau tak meriah dengan anak anak je.

Tuesday, June 11, 2013

Layan jer la

Tak tahu nak letak tajuk apa. Layan jer la gambar gambar ni ye.

Subhanallah.

Takut pun ada kan tengok bentuk buah tembikai cam ni. Kalau korang dijamu buah tembikai yang bentuk camni, ada hati nak makan lagi tak?? Kalau saya tak lalu dah kut. Kreatif betul orang yang buat ni kan.

Monday, June 10, 2013

Dah shopping raya


Standard la kan budak budak. Beli menan terus main kat situ jugak. Tak sabar sabar nak main. Tu tengah main Kamen Rider lawan dengan Raksasa. Orang yang lalu lalang kat situ pakat dok perhati Danial tengah beraksi dengan menan baru dia tu.

Korang dah shopping baju raye ke? Beli awal awal senang.
Bulan pose nanti tak payah nak bersesak bagai. Anak anak ai dah shopping baju raya semalam. Tinggal nak beli baju melayu je. Kalau rajin maknya nak shopping tudung. Korang selalu shopping tudung kat mana? korang tau tak kat mana ada jual tudung Syria cantik cantik?

Friday, June 7, 2013

Semalam

Pagi semalam ai half day. Bawak danial jumpa dr pakar. Alhamdulillah dr kata nothing serius. So tak perlu masuk wad. Lega ai dengar. Dr suruh makan antibiotik selama 5 hari. Lepas tu hari isnin pukul 10 pagi kena datang cek up balik. Okey la kalau camtu kan. So petangnya ai boleh la pi keja. Nak cuti banyak banyak pun sayang jugak. Lagipun keje petang semalam keje luar. Dah siap keje boleh balik rumah terus. Yahuu...


Danial yang berani. Tak takut langsung bila kena ambik darah. Dia yang menyerah diri. Agaknya sebab dah selalu kut. Dah lali. Good boy Danial.

Wednesday, June 5, 2013

Danial demam lagi - 2/2013

Baru je demam bulan April lepas. Ni Danial demam lagi. Hari ni dah hari ke 5 demam. Dalam dilema nak bawak danial jumpa pakar ke tak besok. Dah pegi hari isnin lepas. Doktor kata kalau tak baik demam jugak kena bawak pegi hospital balik. Takut pulak kalau pegi esok kena tahan wad. Maknye dah jemu asyik keluar masuk wad je. Cuti tahunan pun tinggal lagi 14 hari je. Nak simpan untuk cuti raya lagi dan cuti cuti kecemasan yang lain. Adoii..pening pikir. Keje susah tak keje pun susah. 

Tak perlu tunggu kaya



Betul tu kan. Nak sedekah tak perlu la nak tunggu banyak duit. Entah bila dah banyak duit tu, entah nak sedekah atau pun tidak. Silap haribulan makin kedekut. Ataupun hidup lagi ke tidak kan. Sedekah la ikut kemampuan. Banyak atau sikit bukan lah ukuran.

(Mood kureng sebab tengah menahan sakit perut dari pukul 1.00 pagi tadi. Hu hu hu)

Tuesday, June 4, 2013

Kenduri pihak lelaki










Majlis resepsi pihak lelaki
Ahad 2 Jun 2013.
Pelamin, kipas pengantin dengan bunga hiasan pelamin tu
adalah hasil kerja tangan biras ai.
Nampak simple tapi menarik kan.