Story Mory Cik Lala

Wednesday, November 28, 2012

Hujan lebat petang semalam

Petang semalam kan hujan sangat lebat dan berpanjangan. Padahal sebelum tu cuaca bukan main cantik lagi. Tiba tiba je hujan. Dah la meeting ai habis lambat. Kira kira jam 6 lebih gitew. Nasib baik sempat kejar komuter pukul 6.40. Patutnye tren tu pukul 6.25 pm. Nak jadi rezeki kan. Sampai Stesen Batu Caves dalam pukul 7.15 pm. tapi tak leh nak balik lagi sebab tak de transport. Encik hubby pulak masih kat tempat keje dia. Nak redah hujan pun naik moto. Kena la tunggu hujan reda sikit. Lama jugak la ai menunggu kat stesen komuter tu. Nak jalan kaki keluar cari cab pun tak boleh sebab hujan terlalu lebat.

Dekat pukul 8 malam jugak la encik hubby sampai. tu pun meredah hujan jugak. Sebab tunggu punya tunggu hujan tak henti henti. Dengan jalan jemnye. Dah la pukul 9.30 malam nak ambik Zafran balik tusyen. Aduh sengsaranya bila hujan lebat petang petang ni. Nak drive tak berani kalau ada meeting. Sebab memang ada potensi balik lambat. Tempat parking tu pulak agak terpencil. Hi..tak berani la nak jalan sensorang kalau balik lambat.

Akhirnya sampai kat rumah semalam pukul 8.30 malam. Setelah meredah hujan tanpa baju hujan dan helmet. Habis basah kuyup. Kesejukkan jangan cakap la. Sampai rumah, mandi mandi pastu pegi ambik Zafran balik tusyen plak. Sempat la jugak beli makanan untuk makan malam.

Alhamdulillah.

Tuesday, November 27, 2012

Cara nak letak label

Hari ni tuan rumah sunyi sepi
sebab tuan rumah ada meeting dari pagi sampai petang
tapi ada benda gak nak tanya u olls
macam mana nak letak 'label' tu ek

Monday, November 26, 2012

SEGMEN FOLLOW DAN BLOGWALKING OLEH MIALIANA.COM


jumlah follower saya sekarang
SMILE...SMILE...SMILE...
 Suka blog ni sebab blog ni menarik dan kalau buka tu cepat je.

Jangan tak percaya

Jangan tak percaya ye. Ni adalah mainan anak sulung saya yang berusia 8 tahun. Semalam lepas shopping kasut sekolah, dia request nak menan ni. Cashier tu kata, setakat yang ai beli menan ni semalam, ada 2 orang yang lain beli jugak menan yang sama. Menan ni macam goreng pisang panas. Kejap kejap ada je orang yang beli. Haih, rezeki kamu lah Cik Lala. Nasib baik ibu baik hati petang semalam (Sebenarnya ibu pun berkenan gak menan ni. Nampak cantik dan besar. Cik Lala ni dah ada 3 menan yang sama macam ni. Yang ni kira yang ke 3 lah. Yang satu tu kecik sikit tapi lebih mahal dari yang ini. Ingat beli kat kedai menan dapat harga murah. Yang tu pun baru beli gak dalam 2 bulan sudah. Yang satu lagi tu beli time Cik Lala kecik kecik dulu. Time tu umo dua atau tiga tahun kut)








Kalau ada sesape nak beli kat anak, harganya dalam RM59.90. Boleh beli kat Giant atau Parkson. Lepas ni kita shopping kat rumah aje ler. Tak payah beli kat pasaraya dah sebab mesin cashier ni dah ada kat rumah.

Saturday, November 24, 2012

Cara nak buat Linkwithin

Nak tanya korang la
Macam mana nak letak kotak
"Anda juga mungkin meminati" tu ek



Malam Minggu

Bosan pulak rasanya bila anak ank tiada di rumah
Anak anak ai sekarang ini sedang berada di ICT Shah Alam
dengan Mak Ngah derang
Ai malas nak ikut sebab ai malas nak jalan jauh, sakit kaki
Nasib la encik suami tak de appointment malam ni
Kalau tidak jangan harap ai nak duduk umah sensorang
Hrrr..very the penakut


Siang tadi misi membeli baju sekolah telah pun berjaya dengan selamat
Kasut sekolah Ben10 yang menjadi pilihan si anak teruna pun dah dapat
Esok misi mencari kasut hitam si anak dare pulak
Tadi kat giant kasut si dare tak de saiz
Beli barang barang yang utama dulu
Beg sekolah dan peralatan mewarna dan menulis belum lagi
Yang tu tunggu dah dekat nak buka sekolah baru boleh beli
Kalau beli awal awal nanti hilang entah ke mana


U olls buat apa hari ni, bersantai ke mana?
Malam malam ni tetiba teringin pulak nak makan durian crepe
Yang sejuk sejuk tu
Ermmm sedapnye kalau dapat

Friday, November 23, 2012

Cara buat Scroll Untuk Blog Achirve

Ini adalah cara cara untuk buat scroll untuk blog archieves.
Ni saya copy dari sini
Mohon share ye Cik Rose
 
1. Log in > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget Templates
2. Tekan Ctrl F dan carikan tajuk yg korang letak okey..... contoh macam pu tajuk "Blog Achieve"

My Nostalgie

Tekan Control F Pasti jumpa "

My Nostalgie

3. Bila dah jumpa tajuk bloglist korang tu kan , cuba korang tengok kod-kod di bawah tajuk yang korang carikan tuh . ada tak kod macam ni :
<div class='widget-content'>

4.Sudah jumpakan ? Bagus2! Now, korang buang tanda > pastu jarakkan sedikit baru korang letakkan kod di bawah di sebelah yang korang jarakkan tadi...
style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'>
 
**Yang warna merah tu , bolehlah gantikan dengan size height korang ye.
 
5. Sudah kan ? Cuba PREVIEW dulu. kalau menjadi , SAVE terus ok ? ;p


 

Cara nak buat print screen

Sape nak belajar buat print screen boleh ikut cara ni ye....
tekan ctrl+alt+printsdrn serentak..then pastekan kat word atau power point..;)

Cara buat tab dengan mudah

Kalau nak belajar buat tab, boleh refer kat link yang berada di bawah ye.

Sila klik di sini

Graduation day

 
Ini lah pricipal tadika Zafran. Muda lagi kan. Entah bila la ai dapat jadi cam ni. Nak jugak.
 
 
Ni lah orangnye yang 'dalam hati ada taman'
 
 
 
 
 
 

Cara Buat Sticky Post di Blog

Langkah  1;

Buat post dan publish macam biasa. Jangan tukar tarikh lagi.


Langkah 2;

Lepas dah publish, edit balik post tuh untuk tukar tarikh. If nak letak seminggu, buat la tarikh sampai seminggu.


Langkah 3;

Dah siap edit tarikh, publish lagi sekali.



Note ** : Kat mana nak cari tarikh yang dimaksudkan tu ye. Adakah tarikh yang berada di bahagian kanan tu?



Plan untuk wiken

Hye uolls...dah plan apa aktiviti untuk wiken ni. Dalam kepala otak ai ni macam macam ai dah pikirkan terutama sekali esok nak pegi giant beli kasut sekolah Ben10. Si abang ngah tu sibuk nak kasut sekolah Ben10 dari tahun lepas. Oleh kerana tahun depan dah start sekolah darjah satu kena la belikan. Nak merasa pakai kasut sekolah Ben10.

Si kakak pulak start tahun depan dah bertukar uniform. Kena pakai baju kaler kuning ngan kasut hitam. Pengawas Pusat Sumber lah kata kan. Hah..nak sangat jadi Pengawas PSS tu. Pening ibu nak mencari baju tau.

Lepas tu pulak, boleh la beli ayam yang dah siap marinate. Balik rumah tinggal bakar je.

Hari Ahad pulak aktiviti membeli baju sekolah. Ai saje nak beli awal awal supaya tak kehabisan saiz. Lagi pun tak mau kelam kabut buat persiapan last minit. Kang yang tu tak de yang ni tak de. Stress jadinye.

Setakat ni, inilah saje plan plan yang ada dalam kepala otak ni. Belum masuk lagi aktiviti aktiviti yang tak di plan. Korang pulak macam mana.

Note *** : belum tiba masanya macam macam plan. Bila dah sampai masa sume lupa.

Letak gambar kat Header

Soalan cepumas

macam mana nak letak gambar kat header tu ek
ada sesiapa yang boleh tolong??

Thursday, November 22, 2012

Top Komentar

Boleh klik kat sini atau kat sini jugak.
pilih mana yang berkenan di hati
ai guna cara yang no 2 tu sebab buat yang first tu tak menjadi
terima kasih Pink Ummi atas information

Pencarian Bloglist Disember !

Assalamualaikum........

jom join kepada sape yang belum

 

TAMAT : 28 NOVEMBER 2012 ( 11.59 PM )
jom klik jika korang berminat nak join ye

Wednesday, November 21, 2012

Resepi Durian Crepe

Mohon maaf kepada tuan punye resepi
tak tahu kawan ai dapat dari mana
ai mohon share kat sini ye

DURIAN CREPE

Bhn A

20gm tpg gandum
20gm tpg ubi
10gm tpg kastad
10gm tpg jagung
1bj telur ( kacau dulu dgn garfu mcm nk buat telur dadar )
1 sdk minyak masak
1 sdb gula halus ( boleh juga guna gula ising /castor – mana2 yg available kt rmh )
40 ml susu cair ( aku guna fresh milk yg dlm kotak tu je…lebih tu blh guna tuk mkn dgn conflakes )
150ml air
Sedikit pewarna – ikut suka nk warna apa..

Bhn B ( inti )

Isi durian ( asingkan dr biji.. & lenyek2kan dgn garfu spylembut . lebih sedap kalau guna D24 )
Non dairy whipping cream / fresh cream ( putarkan sampaikental / keras sikit . Boleh beli dari kedai jual brg2 wat biskut/kek.. kalau susah beli je yg jual kt pasaraya.. dlm tin yg guna tuk ais blended ) –yg ni b lh guna terus, x yah putar lg..

Cara –cara :

Masukkan semua bhn dalam mangkuk. Sebatikan dengan whisk & tapis. Kalau pekat sgt blh tambah air..Boleh juga blender..kalau berbuih, hilangkan buih2 tu dulu ( elak crepe berlubang2 ).
Panaskan non stick pan dgn api kecil ( aku guna kuali biasa je tpsapukan dgn minyak dulu tiap kali sblm masukkan adunan ).
Masukkan 1 senduk kecil adunan & ratakan.. ( akulenggang2kan kuali tu je spy adunan nipis & dpt bentuk bulat )
Masak sebelah je..x perlu terbalikkan.. dh Nampak kering ktbhgn atas blh angkat la & sejukkan.

Bhgn crepe yg licin di bawah – letakkan cream ditengah2, pastuletakkan isi durian & cream lagi kt atasnya.. balut la… buatbentuk 4 segi / suka ati .. Alaskan dgn kertas cantik2, yg dok watkue raya tu… & simpan dlm peti sejuk… sedap mkn sejuk2.

Selamat mencuba ye kengkwan. Kalau jadi nanti meh hantar sini sikit ye.

Durian Crepe lagi

Cubaan kali kedua buat DC ni
Kali ni buat guna resepi yang lain pulak
Tapi ai guna whip krim yang dalam tin tu aje
Ni kes malas nak putar krim





Monday, November 19, 2012

Berakhir sudah

Berakhirlah sudah sesi tadika
tahun depan sorang lagi akan masuk darjah 1.
dah besar anak anak ai
tinggal sorang je lagi yang belum sekolah.
Terharu tengok anak dah konvo 6 tahun
suke tengok diorang pakai baju cam gini
gaya cam orang orang besar je kan
zaman ai tadika dulu dulu je takde
rata rata tadika sekarang ada jubah
graduation diaorang


Gambar tak clear sebab snap dalam kete je.
ada goyang goyang sket.
maklumlah, ibunye tak sabar nak ambik gambar
anak pegang scroll nih after graduation.


Ada yang tanya sekolah ni okey ke tak
pada ai sekolah ni okey
sebab pelajaran kat sini islamic
dan penyampaian pembelajaran tu in English
untuk orang macam ai yang tak berapa
nak speak English kat rumah
baguslah kalau hantar anak belajar kat sini
disamping dapat belajar basic Islamic
dapat jugak belajar Bahasa Inggeris

Tadika ni jugak ada banyak aktiviti tahunan
tahun lepas ada sesi mewarna bersama Erra Fazira
tahun ni pulak ada sesi bersama Scott Emulsion
so dapat la bawak balik Scott Emulsion


Sunday, November 18, 2012

Lagi lagi Durian Crepe

Durian crepe durian crepe durian crepe
Patut la sume orang sebuk dengan durian crepe
Rasanya memang sedap
DC ni ai beli dari sorang kenalan kat fb
Sape yang meleleh air liur tu boleh la tinjau tinjau fb Norhayati Ahmad
Lokasinye kat keramat je
Cik Nor ni jugak ada buat delivery tau
Berbaloi beli DC Cik Nor ni
Sedap dan lazat
Kalau ikutkan hati nak je habiskan 3 peket DC tu sensorang

Yang puding triffle tu pulak
Ai buat untuk makan makan kat rumah biras ai malam tadi
Tak tau nak buat apa untuk buah tangan
Terhasillah triffle puding
Atasnye tu ai letak buah pic
Diliputi oleh jeli perasa raspery
Nasib baik rasanye sedap
Lepas ni boleh la ambik oder kannnn









Saturday, November 17, 2012

Year end party Little Caliph

Beli kek black forest je untuk year end party zafran. Minggu ni last Zafran sekolah. Minggu depan baru start cuti. 18/11 ni baru ada majlis konvokesyen for 6 years. Tak sabarnye nak tengok zafran ambik sijil. Tadika tempat lain mesti dah settlekan. Ai pulak yang excited lebih nak pi majlis konvokesyen tu.


Risau risau risau

Kan hari tu ai citer kat uolls yang ai nak pi jumpa dentist. Masa jumpa hari tu sekejap la sangat. Doktor kata gigi ai ni dah tak boleh tampal. Sebaiknye buat crowning je. Hallamak..lambat la pulak sebab kena jumpa doktor lain la pulak. Sebab doktor yang jumpa hari tu doktor locum je. Crowning crowning ni tuan punya klinik je yang buat. Nak jumpa tuan punya klinik ni punya la susah. Appointment full memanjang.

Dalam hati ni risau la jugak sebab dengar citernye banyak prosedur yang kena buat sebelum buat crowning tu. kena matikan akar gigi dulu la. Dah dua kali buat rawatan akar baru leh buat crowning. Cost kalau buat crowning saja pun dah RM750. Makkk ai..mahalnye. Ai ni dah la penakut. Buat rawatan akar tu sakit ke. Kalau buat crowning tu berapa lama la pulak. Dalam kepala ni macam macam dok pikir. Dengan cuti yang dah tak berapa nak ada ni nak jumpa doktor lagi. Aduhaiii...tapi kalau tak buat tak larat pulak nak menanggung sakit gigi ni.

" Saya join GA 2012 Nurul Yui "




 
Klik banner kalau nak join. Due on 23/11/2012 ni.


 
 Saya join GA 2012 Nurul Yui kerana saya nak menang hadiah. Dah lama saya tak dapat hadiah. Untung untung dapat la top up rm30 ni..

Friday, November 16, 2012

Chewah chewah...blogger la sangat

Tara....
blogger kat iphone ni dah berwajah baru
baru je update tadi
dah biasa dengan yang lama
so rasa yang baru ni cam susah sikit
mungkin lama lama nanti biasalah kut

Angan angan Mat Jenin

Hari ni pun masih ramai yang bercuti
yang mana cuti banyak lagi tu
boleh la sambung cuti
mana cuti yang nan ado tu
senasib la kiter

wahh..kat opis hari ni suasana sangat sunyi
rasa cam nak balik rumah je
wat durian crepe ke
wat cream puff ke
boleh buat minum petang
alangkah bestnye kalau dapat dok umah kan
jadi housewife sepenuh masa

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah


Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun
ye kawan kawan petang ni
moga hidup kita ni diberkati selalu

Jom lunch

Jom lunch
tak tahu nak makan apa dah
jemu kalau makan nasi hari hari
makan western je lah nampaknye
beli kat food court bawah opis ni je


uolls makan apa??

DATA plan

Nak tanya pendapat uolls
ada tak sesape yang guna galaxy tab atau ipad
uolls guna data plan apa ye
okey tak data plan yang uolls guna tu
antara galaxy tab ngan ipad
mana yang best

Ramai yang cuti hari ni kan

Ramai yang bercuti hari ni kan
uolls tak cuti ke
jalan raya lengang giler
kat opis ni pun lengang jugak
seronoknye
boss pun bercuti

hati ni resah gelisah
sebab petang ni nak jumpa dentist
nak tampal gigi yang berlubang tu
rasa takut la pulak
perkara yang paling takut
adalah bila nak jumpa doktor
rasa cam nak tercabut jantung ni
tapi belum inform boss
nak mintak balik awal
nak inform boss pun seram gak
tolongggg...



Tuesday, November 13, 2012

Plan tak jadi

Ramainya orang beratur nak bayar kat kaunter k4 wangsa maju hari ni. Yang ai pulak terpaksa mengadap que yang panjang tu semata mata nak bayar pampers satu je. Tak berbaloi sungguh. Alkisahnya saje nak pi cuci cuci mata je kat k4 tu. sekali danial kata "ibu, cuar adik basah. Ibu bawak pampers tak?" Cek punya cek rupanya tak bawak pampers. Terpaksa la beratur jugak walaupun berjanggut menunggu. Elok dah bayar rege pampers tu, si danial pulak terlentok tido kat bahu nenek dia. Apa lagi, jom balik lah kite. Anak dare yang tak dapat shopping tu pun masam mencuka la bila x jadi shopping.

Monday, November 12, 2012

Kesian

Kesian kat pemandu kete ni
harap dia tak apa apa lah
kejadian berlaku pada hari sabtu lepas
10/11/2012 sekitar jam 3.00 petang

agaknye laju sangat kut masa kona tu
so terbabas sampai masuk longkang

Nak hantar pi tusyen ke tak nak...

Tengah pening pikirkan, perlu ke hantar anak ke pusat tusyen pada cuti sekolah ni kalau dia masih belum pandai membaca. Masalahnye kelas malam pulak tu. Start pukul 8.00 malam sampai pukul 9.30 malam. Seminggu ada 4 kelas dari hari isnin sampai hari khamis. Kalau waktu siang ada kelas pukul 9.00 pagi dan 11.30 pagi. Masalahnye sape pulak nak hantar tu sebab ai kan bekerja time tu. Kalau hantar malam pulak takut derang ni dah mengantuk. Maklumlah anak ai tu teramatlah aktif di siang hari. Untuk maklumat u olls, anak ai tu dah 6 tahun, lelaki. Dah 2 tahun belajar di tadika yang sama tapi masih belum pandai membaca. Tak fokus sangat time belajar. Tapi kalau main memang dia fokus habis. Tahun depan dah nak masuk Darjah 1. Takut pulak dia masuk kelas yang hujung hujung. Tu la sebab ai nak hantar dia pi tusyen.

Apa pendapat u olls.

Sunday, November 11, 2012

Bila lelaki suka bershopping

Hajat hati nak ke K4 je semalam bawa anak anak jalan jalan. Sekali bila sume dah bersiap en hubby balik keje and ajak pi KLCC. Dia kata ada nak cari barang. Terpaksa la tuko plan. Pukul 5 baru gerak ke KLCC tu. En hubby je la yang shopping sebab ai tak mende nak shopping. Ai dengan anak anak berjalan jalan cuci mata je. Bior En hubby jalan sorang sorang sambil cari apa yang dia nak beli. Kalau ikut dia sure jemu sebab sekali dia nak beli barang mesti ambik masa yang lama. Sampai jemu la kita dok situ tak beli beli lagi. So, inilah hasilnya. Ada baju, ada kasut dan ada perfume.


Kalau compare ai dengan en hubby, en hubby lagi suka shopping dari ai sampai ai pun naik pening kalau dia dah start shopping. Tapi yang bestnye, setiap kali dia shopping, ai pun akan dapat hasilnya sekali. Hasil semalam ai tak sempat lagi nak tepek gambo kat sini memandangkan semalam balik pun dah pukul 10.00 malam. Nanti kalau rajin ai tepek ye...

Friday, November 9, 2012

Button Reply dan Button FB serta like

Nak mohon jasabaik kengkawan,
nak mintak tolong ajarkan macam mana
nak adakan button reply kat ruang comment
kita tu dan macam mana jugak
nak letak button fb kat apa yang kita post tu

terima kasih kepada yang sudi membantu ye.
Nanti kalau dah dapat ai akan share dengan u olls sume k.

Tak tau nak makan apa

Hari ni lunch kat beger king dengan kengkawan. Tapi ai tak tau nak makan apa. So, beli whopper junior tu. Tapi tak makan pun. Beli tapau je sebab takut kelaparan pulak kat opis nanti.



Fenomena Durian Crepe

Berjaya jugak akhirnya ai buat Durian Crepe ni. Sebenarnye dah lama bersemangat nak buat, cuma tak rajin je.





Memang senang sangat nak buatnye
ai tak guna blender pun
kacau adunan dalam bekas dengan whisk je
pastu tapis
kalau makan kulitnye aje pun sedap
resepinye sangat senang tau
buat macam kuih dadar tu ye

3 biji telo
1 cawan tepung gandum
1 kotak santan segera
1 cawan air
2 sudu gula
secubit garam
pewarna hijau

intinya
whipping cream (beli je yg dalam tin tu)
durian fresh (lumatkan sikit)

kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat sini
atau pun kat sini jugak

Hadiah birthday tahun ni

Hari ni for the 1st time datang keje naik komuter dari Batu Caves
punye la kagum sebab tak ramai orang
berbanding dengan kalau naik putra lrt tu
bersesak sesak. Lepas ni boleh la naik komuter setiap pagi
senang sikit kalau time cuti sekolah ni
freedom. kalau tidak tu terikat dengan agenda petang
nak ambik kakak balik sekolah

Semalam jugak encik Husband tanya
birthday tahun ni ai nak apa
nak Louis Vuiton ke atau nak beli emas
terkedu nak jawap sebab dua dua best
Kalau u olls, u olls nak apa??

Thursday, November 8, 2012

Hallamakkk..tercabut la pulak...

Kalau budak kecik x de gigi kira comel la lagik
tapi kalau orang tua x de gigi buruk jadinye
alkisahnye lubang yang ai tampal hari tu
dah tercabut balik
mula la susah hati nak buat balik
maklum la..operasi kat klinik gigi tu
kan ke mengerikan
nak pulak dengar bunyi mesin gerudi tu
aduh..sungguh seram
korang selalu tak pegi klinik gigi?

Wednesday, November 7, 2012

~~~Happy Birthday Abang Eqbal Zack~~~~


 
Nak join klik banner

Due on 19/11/2012

Segmen Jom Mencari Follower


markah bagi blog putra 90/100

Top Komentar - Terima kasih terima kasih terima kasih

Terima kasih terima kasih terima kasih
itu je yang saya mampu ucapkan
kepada Syiela tuan punye blog Semekarartie
saya dah berjaya mengcreate top komentar
kat blog saya
Syiela email kod yang diperlukan
dan saya hanya copy paste je kod tu
terima kasih bebanyak Syeila
jasamu amat ku kenang

so, sape yang nak, boleh copy paste kod yang syiela bagi ni ye
(Syiela, akak mohon share kat sini ye)

Copy dan paste mcam selalu tu... design..layout.. add gadget..HTML dan paste.. try ye kalau tak boleh bgtau.. nak senang add fb saya blh kita chat kat situ https://www.facebook.com/semekarartie

yang warna merah tu tukar dan masukkan libk blog dan yg warna biru tu berapa top komentor yg kita nak
<style type="text/css">
.tcotp_tallyBox {
  margin-top: 1em;
}
</style>
<div id="tcotp">
<div id="tcotpMsg">
</div>
<div class="tcotp_tallyBox">
<form name="tcotp_tallySpace">
  <select id="tcotp_period" name="period"></select>
</form>
</div>
<div id="tcotpScriptBox">
</div>
<script type="text/javascript">
var tcotpUserPrefs = {
  period: 'month',
  maxNumberToShow: 5,
  excludeBlogAuthors: true,
  excludeAnonymous: true,
  excludeCommenters: ['syiela']
};
</script>
<script>
var tcotp=function(){var x,k,q,y,z,s,n,t,A,o,m=[],r=[],i=[];x=tcotpUserPrefs.blogName;k=tcotpUserPrefs.period;q=tcotpUserPrefs.maxNumberToShow;z=tcotpUserPrefs.excludeBlogAuthors;y=tcotpUserPrefs.excludeAnonymous;s=tcotpUserPrefs.excludeCommenters;o=function(a){a=a.slice(0,23).split("T");a=a[0].split("-").concat(a[1].split(":"));a[1]=a[1]-1+"";a=a.concat(a.pop().split("."));return new Date(a[0],a[1],a[2],a[3],a[4],a[5],a[6])};t=function(){var a,g,b,f,d,l,j,c=new Date,e=new Date,h=[];d={};var u=document.getElementById("tcotpMsg");
e.setHours(0,0,0,0);c.setHours(23,59,59,999);k=document.tcotp_tallySpace.period.value;switch(k){case "day":e.setDate(e.getDate()-1);break;case "week":e.setDate(e.getDate()-7);break;case "month":e.setMonth(e.getMonth()-1);break;case "year":e.setMonth(e.getMonth()-6);break;case "halfyear":e.setFullYear(e.getFullYear()-1);break;case "alltime":e=0;break;default:if(/ /.test(k)){e=new Date(k.split(" ")[0]+" 1, "+k.split(" ")[1]);c=new Date(e);c.setMonth(c.getMonth()+1)}else{e=new Date("January 1, "+k);
c=new Date(e);c.setFullYear(c.getFullYear()+1)}c.setMilliseconds(c.getMilliseconds()-1)}f=function(){return e===0?true:j>=e};a=function(){return e===0?true:j<=c};g=function(v,w){var p=w.count-v.count;if(p===0){p=w.latest-v.latest;return p===0?w.name>v.name?1:-1:p}else return p};for(b=0;b<i.length;b++){j=o(i[b].published.$t);if(a())break}for(a=b;b<i.length;b++){j=o(i[b].published.$t);if(f()){a=i[b].author[0].name.$t;l=i[b].author[0].uri?i[b].author[0].uri.$t:"";if(d[a])d[a].count++;else{d[a]={};d[a].name=
a;d[a].uri=l;d[a].latest=new Date(j);d[a].count=1}}else break}for(b=0;b<m.length;b++)delete d[m[b]];for(b in d)if(d.hasOwnProperty(b))for(a=0;a<r.length;a++)if(d[b].uri===r[a]){delete d[b];break}for(b in d)if(d.hasOwnProperty(b))h[h.length]=d[b];if(h.length===0)u.innerHTML="<i>No comments were made during that period.</i>";else{h.sort(g);g=document.createElement("ul");a=q!==0?q<h.length?q:h.length:h.length;for(b=0;b<a;b++){f=document.createElement("li");if(h[b].uri!==""){d=document.createElement("a");
d.href=h[b].uri;d.target="_blank";d.appendChild(document.createTextNode(h[b].name));f.appendChild(d);f.appendChild(document.createTextNode(" ("+h[b].count+")"))}else f.appendChild(document.createTextNode(h[b].name+" ("+h[b].count+")"));g.appendChild(f)}u.innerHTML="";u.appendChild(g)}};A=function(a){var g,b,f,d,l,j,c;f=new Date;f.setDate(1);f.setHours(0,0,0,0);b=new Date(a[0],a[1]-1);d=["Since One Day Ago","Since One Week Ago","Since One Month Ago","Since Half a Year Ago","Since One Year Ago","Since Forever"];
l=["day","week","month","halfyear","year","alltime"];j=["January","February","March","April","May","June","July","August","September","October","November","December"];a=document.tcotp_tallySpace.period;for(c=0;c<d.length;c++){g=document.createElement("option");g.value=l[c];g.appendChild(document.createTextNode(d[c]));a.appendChild(g)}for(;f>=b;){c=j[f.getMonth()]+" "+f.getFullYear();g=document.createElement("option");g.value=c;g.appendChild(document.createTextNode(c));a.appendChild(g);if(f.getMonth()===
0){g=document.createElement("option");g.value=f.getFullYear()+"";g.appendChild(document.createTextNode(f.getFullYear()+""));a.appendChild(g)}f.setMonth(f.getMonth()-1)}if(f.getMonth()<11){g=document.createElement("option");g.value=f.getFullYear()+"";g.appendChild(document.createTextNode(f.getFullYear()+""));a.appendChild(g)}for(c=0;a.options[c].value!==k&&c<6;)c++;a.selectedIndex=c===6?2:c};n=function(){var a,g,b,f=0,d=false,l=true,j=false;g=function(c,e){return o(e[0].published.$t)-o(c[0].published.$t)};
b=function(c){for(var e=[];c.length!==0;)e=e.concat(c.shift());return e};a=function(){if(!d&&!l&&!j){j=true;t()}};return{lockGate:function(){d=true},unlockGate:function(){d=false;a()},addBlock:function(){f++},removeBlock:function(c){var e,h;c=c.feed.entry;h=i.length;i[h]=[];for(e=0;e<c.length;e++)i[h][i[h].length]={author:c[e].author,published:c[e].published};f--;if(f===0){i.sort(g);i=b(i);A(i[i.length-1].published.$t.slice(0,7).split("-"));l=false;a()}}}}();return{gateway:n,fetcher:function(a){var g,
b,f,d;g=x+"/feeds/comments/default?alt=json-in-script&callback=tcotp.gateway.removeBlock";b=document.getElementById("tcotpMsg");f=document.getElementById("tcotpScriptBox");if(!a||!a.feed)b.appendChild(document.createTextNode("This widget did not work. Please refresh the page you are viewing to try again."));else if(!a.feed.entry||a.feed.entry.length===0)b.appendChild(document.createTextNode("There are no comments available on this blog, or this blog is set to private which makes the comment feed inaccessible."));
else{document.tcotp_tallySpace.period.onchange=t;if(z)for(b=0;b<a.feed.author.length;b++)r[r.length]=a.feed.author[b].uri.$t;if(y)m[m.length]="Anonymous";for(b=0;b<s.length;b++)m[m.length]=s[b];b=parseInt(a.feed.openSearch$totalResults.$t,10);a=Math.ceil(b/200);n.lockGate();for(b=0;b<a;b++){n.addBlock();d=document.createElement("script");d.type="text/javascript";d.src=g+"&start-index="+(b*200+1)+"&max-results=200";f.appendChild(d)}n.unlockGate()}}}}();
</script>
</script>
</div></div>




Sunday, November 4, 2012

Bbq owh bbq

Puas hati
Dapat jugak makan bbq akhirnya
Beli yang dah siap marinate
Balik rumah trus bakar je
 
 
 
 
 
 
Biasanya kalau bbq korang makan dengan apa ye??
 
 

Red Velvet Cake

Sedap kek ni
Sape nak oder leh oder kat sini
 
 
 

Friday, November 2, 2012

Dutch Lady murah Dutch Lady murah

Ada tak sape sape yang berminat
nak beli susu Dutch Lady perisa coklat ni
harga RM19.90 je
kalau harga biasa RM24.90


Thursday, November 1, 2012

Lama versus Baru

Suka sangat dengan dompet baru ni
boleh isi kad banyak banyak
tapi buat masa ni
kandungan kad dalam beg tu tak la banyak sangat
sebab sayang nak sumbat isi  perutnye