Story Mory Cik Lala

Friday, August 31, 2012

Nak balik dah

Masih bersiaran dari hospital
Dah boleh discaj hari ni
Tapi sedang menunggu bil dan ubat ubatan
Menurut doktor keadaan danial masih tak berapa okey
Tapi doktor bagi discaj dan continue ubat kat rumah

Minggu depan kena datang review balik
Doktor tak bagi keluar jalan jalan pun
Sebab takut getting worse
Okeylah tu kan
Daripada terperap je kat sini
Ibu yang nak pecah kepala

Dari pukul 12:30 tadi doktor kata dah boleh discaj.
Tapi sampai la ni pukul 3 tak balik balik lagi.
Lamanyaaa. Jemu menunggu tau.

 



Thursday, August 30, 2012

Wednesday, August 29, 2012

Ibu yang cuak bila danial kena cucuk

Aduhhh
Ai ni memang seorang
Yang penakut dengan jarum
Anak ok je bila kena cucuk
Maknye yang ngeri nak tengok
Patut la tak jadi doktor

Danial demam since sabtu malam
Hari ahad dah start antibiotik
Tapi lepas makan antibiotik 3 kali
pun tak baik baik demam
Hari rabu ambik cuti dan
bawa danial ke hospital
Bila doktor cek doktor kata kahak
sangat banyak kat peparu dia
Tu yang kena warded sebab
doktor nak continue antibiotik
dan bagi nebulizer

Terasa sangatlah bosan berada di sini
Rasa cam nak mintak balik rumah jap
Danial dah tak demam cuma
peparunye tak clear lagi dari kahak.





Senang hati walaupun kena masuk wad. Tengok TV sambil makan gula gula.

Monday, August 27, 2012

Tak tahu takut

Anak ai 2 orang je lelaki
tapi tak tahu takut nak main mercun
yang kecik tu pun sama
tak padan dengan kecik
mercun mercun ni sume
ayah derang yang belikan
atas pilihan masing masing
ada yang nak mercun roket
mercun mancis dan berbagai lagi
ayahnye tukang beli je
bukan nak monitor derang main pun




Tak dapat main malam main siang pun takpe.







Satu beg shopping ayah derang belikan
bunga api dan mercun ni
sekarang baru ai rasa lega bila sume tu dah habis
selagi tak abis tak senang hati anak anak dibuatnya
maknye yang tension
sebab nak kena jaga time derang main
mana taknye..celik celik mata pagi pagi
dah sibuk nak main mercun

Ni je lah yang ado..

Ni je lah yang ada
anak anak ai ni sumenye susah nak bergambar
bila ajak ambik gambar
sorang ke hulu sorang ke hilir
yang tergedik gedik nak ambik gambar
ai sorang je




Raya pertama di rumah MIL

Thursday, August 16, 2012

Sunah dan Adab Menyambut Aidilfitri

Eid al-Fitri atau Hari Raya Fitrah adalah hari yang disyariatkan umat Islam menyambutnya sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada hamba-Nya yang berjaya melakukan ibadat pada bulan Ramadan.

Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan sambutan ini, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah SAW menyambut Hari Raya, antaranya ialah;

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.
Imam Malik meriwayatkan: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.”
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama‟ telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.

2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].

Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ia juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah SWT (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446].

3. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185].

Daripada al-Walid bin Muslim katanya: “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua: “Ya, adalah Abdullah bin Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).”

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.

4. Takbir Hari Raya
Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas‟ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik.

Kata ulama, “Ada keluasan dalam lafaz takbir ini, mana-mana lafaz boleh dibaca dan amalkan.” Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat; di masjid, di rumah dan di pasar-pasar.

5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya
Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik

6. Berpakaian baru/cantik di hari raya
Daripada Jabir katanya: “Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].

Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (di sebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi SAW: Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah daripada masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”].

Keluar dengan berpakaian biasa di luar dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi. Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik.

7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik melalui jalan yang lain.
Daripada Jabir bin Abdillah ra katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi SAW, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]

Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini;
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Hal ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya daripada perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam.
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah SWT.
iv. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan silaturrahim.

8. Solat Hari Raya. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya. Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad/ fardhu kifayah dan fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama semasa.

Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya.
a- Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak dua rakaat. Rakaat pertama ada tujuh kali takbir dan rakaat kedua ada lima kali takbir. Hukum bilangan takbir ini adalah sunat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit daripada para sahabat Nabi SAW.

b-Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-A‟la dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasyiah berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi SAW.

c- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas katanya:
“Aku menyaksikan Rasulullah SAW menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”

d- Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya. Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari (selepas waktu larangan). Ibnu Hajar al-Asqalani telah menukilkan di dalam Fath al-Bari: “Telah sepakat para fuqaha‟ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.”

9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya. Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]

Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawaduk dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”

Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan.

10. Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya. Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi SAW. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah).

Daripada Umm Atiyyah katanya: “Kami disuruh oleh Nabi SAW untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”

11. Zakat Fitrah. Nabi SAW menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal. Imam al-Bukhari meriwayatkan: “Adalah mereka (sahabat Nabi SAW) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.”

Kesalahan yang dilakukan pada hari raya
Pergaulan/ikhtilat yang bebas pada Hari Raya. Ramai dalam kalangan kita telah mengambil mudah akan hal ini. Apabila hari raya datang, mereka menganggap hari raya adalah “hari kebebasan” iaitu hari yang terlepas daripada ikatan agama (agama asing, kita asing). Mereka menganggap hari raya ini merupakn lesen bagi mereka untuk bebas bercampur gaul, bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram (Ajnabi: yang halal dinikahi), berpakaian dan berhias sebebasnya bagi perempuan dan rumah-rumah pula dipenuhi dengan alunan muzik dan filem-filem yang melalaikan.

Semoga ‘Eidil-Fitri yang kita sambut pada tahun ini dipenuhi dengan keberkatan dan kebajikan.
 
http://www.abuanasmadani.com

Minal Aidil Walfaizin



Selamat Hari Raya kengkawan
Selamat bercuti
Selamat balik kampung
Hati hati di jalan raya
Semuga selamat sampai ke destinasi
yang dituju
Mohon maaf sekiranya terdapat
kesilapan yang tidak disedari
disepanjang perkenalan kita

Salam sayang dari,
Ibulala serta Keluarga

Amalam Malam Raya

Wednesday, August 15, 2012

Jangan mare..nak tayang jugak

Aci tak kalau nak tayang jugak
stok kuih raya
kuih ni ai buat sendiri tau
4 jenis je
ada biskut cornflake madu dan samprit
atas permintaan anak anak
dan ada jugak biskut cornflakes rangup
dan biskut kelapa
dah rasmi pun
tak payah tunggu raya baru nak rasmi
lepas buka pose je mula la
mencari biskut raya nih

cuma nak tambah kepek kepek je sikit sikit nanti
moh la datang rumah kite

CIUM ANAK DAPAT PAHALA,CIUM SUAMI GUGUR DOSE DAN CIUM ISTRI BAHAGIALAH SELAMANYA

1. Fadhilat mencium anak.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan? Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.

2. Fadhilat mencium suami.
Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri.

Ramai isteri yang tidak pasti waktu dan ketika bila mereka harus mencium suaminya. Sebenarnya bagi seorang suami, jika mereka sudah di biasakan dicium oleh isteri mereka tidak kira bila-bila masa pun… mereka cukup menghargainya. Dengan cara inilah hati dan jiwa mereka akan tertutup dengan godaan dari luar.

Sebab itulah ramai wanita yang memujuk rayu suami mereka supaya berhenti menghisap rokok. Jika suami mahukan nafas yang segar dari isterinya ketika dicium, maka perkara yang sama juga dimahukan oleh isteri mereka. Lagipun, Islam tidak menggalakkan sesiapa sahaja menghisap rokok.

Kenyataanya, apa yang berlaku hari ini ialah isteri hanya akan mencium suami bila suami hendak berjalan jauh/outstation/kerja di luar kawasan. Itu tidak cukup untuk menyemai benih sayang pada suami. Jika anda sebagai isteri terlalu sombong untuk mencium suami sendiri, jangan terperanjat pula nanti kalau suami anda rasa lebih di sayangi oleh wanita lain di luar sana. Jadi selalulah belai suami dengan ciuman dan juga pelukan.
Semua ini akan menambah rasa kasih. Hati yang panas juga boleh jadi sejuk. Boleh di praktik oleh si isteri apabila dia atau suaminya hendak pergi kerja dan balik kerja. Selepas solat dan ketika hendak tidur juga bagus di amalkan. Hikmahnya, redha suami akan sentiasa bersama isterinya.
Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

Benar.

Jika isteri sudah wangi sebelum tidur dengan rambutnya yang beraroma segar, suami pasti akan mencium rambutnya, dahinya dan juga pipinya. Bila ini berlaku, isteri juga akan mencium suaminya. Bukankah itu dapat menghalang suami dari mencari aroma baru di luar rumah?????
 
3. Fadhilat mencium isteri.
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.
Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun. Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ
Maksudnya;

“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa”

Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu.
Suami pula harus sedar yang dirinya juga harus berada dalam keadaan yang selesa dan wangi setiap kali hendak mencium isteri. Tabiat suka mencium isteri janganlah di pandang ringan, kerana Nabi juga mengamalkannya.
Mengapa?

Kerana cium itu tandanya sayang. Tapi kalau seorang isteri terlalu ego dan tidak membenarkan suaminya sendiri menciumnya… juga jangan terperanjat kalau suami masing-masing melepaskan rasa kasih sayang terhadap wanita lain yang lebih menghargai kasih sayang suaminya itu.
 
Hendak mencari lelaki yang pemarah memang ramai di luar sana, tapi hendak mencari lelaki penyayang… mungkin 1 dalam 100. Dengan keadaan lelaki yang semakin sedikit bilangannya di dunia ini… cubalah bayangkan.
Jadi jika anda sudah berkahwin dan memiliki suami yang suka mencium anda dan anak-anak anda, syukur alhamdulillah.

Jika anda belum berkahwin TETAPI MENYEDARI bakal suami anda itu suka mencium orang yang mereka kasihi, tahniah dan bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda bakal dikurniakan suami yang penyayang. Logiknya tanyalah pada diri sendiri… adakah anda ingin suami anda mencium anda ataupun perempuan lain di luar sana?????

Untuk para suami pula, jika anda adalah tergolong dalam suami yang rajin mencium isteri, syabas diucapkan. Memang harus anda berbuat begitu kerana rasa sayang pada isteri anda akan bertambah dari hari ke sehari.
Bayangkan setiap hari anda mencium isteri anda… sebelum kerja, anda menciumnya… pulang kerja pun anda menciumnya.

Malah sewaktu isteri anda memasak di dapur pun, anda rangkul isteri anda dari belakang lalu menciumnya serta berkata… “saya sayang awak… dan terima kasih kerana menyediakan masakan untuk hari ini”
Di situlah datangnya bahagia ~~~

Kesimpulan:

Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin/mendirikan rumahtangga. Kerana jika tidak di amalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

p/s: rugilah bagi mereka yang sudah berkahwin, tetapi rasa malu untuk mencium anak, suami…. juga isterinya sendiri….


 


Menang Giveaway Intan Berlian

Alhamdulillah
murah rezeki bulan pose tahun ni
dah la dapat RM200 dari Encik Baharin
kali ni dapat lagi duit raya untuk anak
terima kasih Intan Berlian
moga moga murah rezeki awak sekeluarga ye
Aminnn


klik sini dan sini untuk info


Tuesday, August 14, 2012

Beraya dengan langsir baru

Dah pasang langsir baru
Suruh bibik je yang pasangkan
Tak kose ai nak panjat panjat
Gantung langsir tu
Lagipun dah 2 tahun tak tuko langsir
Langsir ni ai tempah kat Nagoya je
Tak payah pening pening dah
Nak pikir nak tempah langsir kat mana
Punya la banyak kain kat nagoya tu
Sampai pening kepala nak pilih
yang mana satu
Pejam mata je la ambik yang ni
3 minggu dah siap
Collect pastu dah boleh gantung

Buat yang simple je
takde ropol ropol sebab kepala
atas tu sorok dalam plaster syiling

Ni pulak duit raya yang dah ready untuk
diberi kepada kanak kanak
pada hari raya nanti
lain sampul lain jumlah duit raya

tiba tiba ai pulak yang tak sabo nak raya


Doa untuk anak degil



Ai selalu cakap dengan anak anak ai
"korang  ni memekak je lah kat rumah"
padahal anak 3 je pun
boleh ke cakap camtu kat anak anak
hilang tahap kesabaran tau
mana tak nye..bergaduh la, main la
bingit telinga dibuatnya
ada tak u oll yang experience macam ni
macam mana u olls handle kalau anak anak
buat bising
pastu kalau kita tegur
deme menjawap balik
bukannye deme takut pun kena  marah
aduhai la anak anak

Monday, August 13, 2012

First time berbuka puasa kat luar tahun ni

Menu masa time berbuka kat Midvalley
Restoran Rak Thai
First time berbuka puasa kat luar tahun  ni
Itupun sebab tak sempat nak balik
dan berbuka kat rumah








Hasil shopping hari ni

Hasil shopping hari ni
yang tiba tiba mood datang secara tak sengaja
dapat la beli blaus dengan seluar slack
shopping kali ni tak bawak anak anak pun
saje je nak berjalan sensorang
menghiburkan hati

lepas hantar kakak ke tusyen tadi
terus terjah ke Jusco
time nak bayor
tengok tengok member kad dah expired
konon tak nak renew
sebab ai memang jarang shopping kat Jusco ni
tapi kalau tak renew
dapat sikit je sampul duit raya
kalau nak lebih kena la renew
so ai pun renew for 3 years terus
hah..lega
lepas ni tak payah pening pening lagi
kad luput dari membership


Lepas shopping dapat tuko ni
seronok sangat
hati berbunga bunga dapat sampul
duit raya ni



Dapat jugak baucer 30 hengget ni
jadik la kan
boleh shopping lepas raya nanti

Saturday, August 11, 2012

Kiriman dari jauh

Tengah lepak dengan anak anak
tiba tiba ada posmen datang
Ai pun pi la keluar jenguk
Surat dari sapa pulak ni
Rupa rupanya kiriman dari Kak Zakie Purvit.
Owh terharunye
Terima kasih bebanyak kak
Hanya Allah saja yang dapat membalasnya.
Seronok sangat atas kiriman ni

Sayang akak...

Friday, August 10, 2012

Sampul duit raya

Saje je nak tayang sampul duit raya tahun ni
ni je yang ai ada
kalo korang ada dari tempat lain
silalah share