Story Mory Cik Lala

Thursday, May 31, 2012

Apabila beg make up hilang

Sedihnya tak tau nak cakap
macam macam benda ada kat dalam tu
maklumlah pompuankan
semalam nak datang keje
cari cari beg makeup tak de
hilang entah ke mana
jenuh pulak la nak beli ganti barang barang yang ada kat dalam tu
kalau murah tak pe lah jugak
campur tolak rege sume barang
nak nangis dibuatnya

haiii....
kemana la menghilangny beg make up kesayangan hambo tu
balik la dekat hambo
hambo tak nak kehilanganmu
puas hambo cari merata rata
tapi tak jumpa
petang semalam lepas balik keje
terpaksa lah hambo beli yang baru
hambo  beli bedak, lipstik dan foundation jek
nak  menangis bayar kat kaunter tau
mengenangkan makeup yang hilang itu
owh sedih...

Thursday, May 24, 2012

GA Cik Jajika Senang Je


klik kat sini ekk " GA Cik Jajika Senang Je"
Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi  :

Set A : Sehelai tudung satin / bawal plain (warna rambang) + topup RM10

Set B : Sehelai tudung bawal plain (warna rambang) + sehelai tudung satin (warna rambang)

Set C : Top up RM15

Jom join beramai ramai...Tarikh tutup 31 Mei 2012.

Monday, May 21, 2012

Ayah dah balik rumah

Husban dah discaj pada hari sabtu lepas. Berkurun jugak kami menunggu sementara settle bil dan ubat ubatan. Nasib baik ada sikenit ni yang temankan. Dah la wad ayah tu kepanasan. Sementara menunggu ayah discaj, kami lepak dulu di cafe yang ada. Tima kasih Danial sebab temankan ibu. Sewaktu dalam perjalanan balik, Danial tido kepenatan. He he he

Thursday, May 17, 2012

Pagi pagi dah ingat ayah..

Hari ini saya dah start bekerja walaupun berat hati meninggalkan encik suami. Nak  buat macam mana kan. Isteri  berkerjaya. Cuti lama lama nanti boss masam muka la pulak. Orang tak akan paham selagi tak kena kat batang hidung sendiri. Apa apa pun pasrah je lah. Danial pulak time ibu nak keje time tu la jugak nak demam. Pagi tadi sukat suhu badan Danial 37.8. Dah bagi  makan ubat pukul 6 pagi tadi. Terus dia bangun tak nak tido balik. Siap call ayah lagi. Celik celik mata dah tanya ayah mana, pastu nak cakap dengan ayah.

Tuesday, May 15, 2012

Lagi lagi hospital - hari kedua

5:19 pm

Hari ni hari kedua encik somi di hospital. Nampak cam ok sikit dari sebelumnya. Doktor suruh continue balik aspirin untuk mengelakkan darah beku di saluran jantung. Doktor akan bagi surat refer ke IJN. Mungkin hari khamis dah boleh keluar hospital.





Monday, May 14, 2012

Lagi lagi hospital

5:30 pm

Balik rumah kejap sebab nak ambik Nabila balik sekolah. Tak sampai hati nak suruh dia balik dengan van sekolah. Japgi malam nak pegi balik ke hospital. Ajak anak buah temankan sebab memang dari azali tak berani keluar malam.

Dari tengah hari tadi bacaan tekanan darah husben turun naik. Mula mula cek tadi 119. Mana taknya, seminggu dua ni dok belasah kambing ja. Bila kita cakap tak nak dengar. Tulah akibatnya. Kambing black pepper la, nasi arab kambing la. Hish..tak ingat ingat yang badan tu sakit. Memang tak sayang badan betul.

Tunggu berjam jam kat emergency tu tak jugak dapat ujian darah. Naik pening menunggu. Dengan ngerinya lagi. Hari ni ramai pulak yang masuk wad kecemasan tu sebab accident. Hii seram. Harap harap encik hubby ok la. Risaunya kalau dia kena tahan masuk wad.

1:50 pm

Sekarang ni saya berada di bahagian kecemasan Hospital Selayang. Husband dah 2 minggu komplen sakit dada. Bila diajak ke hospital dia tak nak pulak. Hari hari dengar dia komplen sakit tu sakit ni. Hari ni dah tak larat sangat nak lawan la tu yang dia ajak ke hospital tu. Tu pun pagi tadi ada hati nak pegi keje. Siap naik moto lagi. Kali ni ntah berapa hari la pulak kena masuk wad.

27/11/2009 husband telah dimasukkan ke IJN akibat serangan jantung. February 2010 pulak masuk hospital lagi kerana jaundis. Sebulan jugak la kena tahan wad dan 3 hari dimasukkan ke wad HDW.













Monday, May 7, 2012

Jom release tension

Stress la kalau mengadap
komputer je kan
apa kata layan
gambo gambo ni sekejap
gambo gambo ni diambil
dari blog kawan kawan
cumelkan






Saturday, May 5, 2012

Friday, May 4, 2012

Bob Kuman Meninggal Dunia

Pelakon dan pelawak, Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang di rumahnya di Kota Damansara, sebentar tadi.

Berita kematian disahkan sendiri oleh Pemangku Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi.


Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya di rumah mereka di Kota Damansara.


Beliau menghembuskan nafas terakhir kira-kira dua minggu selepas tersebar angin kononnya telah meninggal dunia.


Ketika tersebarnya khabar angin itu, Allahyarham atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, menyindir dengan berkata 'tahniah' kepada mereka yang bertanggungjawab menyebarkan berita kononnya sudah meninggal dunia.


Kesihatan Bob Kuman mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas.

Wednesday, May 2, 2012

Rempit jangan tak rempit

Anak lelakilah katakan.
Kalau tak de perasaan nak naik moto besar ni
bukan namanya anak lelaki la.
Danial sangat teruja tengok moto ni.
Tengok la aksinya bila dapat naik.
Siap goyang goyang badan macam atas track.




Selamat Hari Lahir Nabila

Selamat menyambut
ulangtahun Nabila.
Semoga sihat selalu,
jadi anak yang solehah
dan berjaya.