Story Mory Cik Lala

Wednesday, February 29, 2012

Baby tahun lompat

Hasilnya.

Sebahagian daripada baby yang lahir pada hari ini di PPUM. Nampaknya mereka akan menyambut ulangtahun kelahiran mereka pada 4 tahun akan datang.

Welcome to the world sweetheart. Semoga Allah merahmati kamu semua dan sentiasa di dalam peliharaan dan dilindunginya. Amin.

Tengok la. Macam macam rupa kan. Kelakar pun ada. Kalau diberi kekuatan memang teringin nak ada baby lagi. Melahirkan anak itu adalah saat yang paling indah dan bermakna dalam hidup.

Rasa nak cium sume baby baby  nih...geram...

Sup punya pasal

Semalam petang
Masa tengah drive
Balik dari keje
Hubby call
Katanya teringin
Nak makan sup
Kat sentul tu
Maklumla orang demam
Macam macam la teringin
Nak makan
Alih alih
Dalam pukul 7 lebih
Dapat sms dari hubby
Yang mengatakan
Dia accident
Allahuakbar
Luka la jugak
Sana sini
Dada sakit sebab terhentak
Kat handle motor tu
Lutut tu dah la
Memang sakit
Bertambah la sakitnya lagi
Sebab tersepit
Dengan motor
Encik hubby encik hubby
Macam macam kamu ni
Dah la tak sihat
Demam, batuk bagai
Akhirnya tak dapat la
makan sup tu
Balik cuci luka kat klinik

Tuesday, February 28, 2012

Saya dah kembali

Salam ceria semua
Ibu dah masuk keje hari ni
Setelah sekian lama bercuti
Menguruskan diri sendiri
Dan hal anak-anak
Kat rumah tu
Mak Ibu dengan husben pulak demam
Harap harap
Mereka cepat cepat la
Sihat  hendaknya
Tak tertanggung rasanya
Kalau sakit ni
Tapi nak buat macam mana
Kesakitan tu
Kan penghapus dosa dosa kecil kita

Sunday, February 26, 2012

Bila satu family diserang demam

Esok ibu cuti lagi
Sebab nak bawak danial
pegi follow up
Dah hampir 2 minggu
Ibu tak keja
Mana taknya
2 minggu sudah ibu tak sihat
Minggu lepas pulak
Menjaga anak anak kat hospital
Kini
giliran ayah pulak tak sihat

Friday, February 24, 2012

Dah boleh balik

Jumaat, 24 Februari 2012, jam 10.30 pagi
Alhamdulillah
hari ni dah boleh discaj.
Lega rasanya.
Macam dapat keluar dari penjara.


Berkepit dengan wan sebelum balik.

Kat pintu luar wad



Pimai pimai
gedebaq gedebuq
pukul 3:30 petang
jugak la baru boleh
kluar hospital.

Wednesday, February 22, 2012

Bila batuk tak baik baik


Tadi pagi request dengan
doktor nak discaj.
Tapi doktor tak benarkan
sebab danial batuk lagi.
Alamak.
Hari ni dah hari kedua
malam ketiga kami kat hospital.

Tuesday, February 21, 2012

Danial warded

Hari ni ibu cuti lagi
gara gara danial warded.
Harap harap tak lama la
danial di hospital ni sebab
banyak keje kat opis tu menanti.

Semalam masa bawa danial ke hospital,
suhu badan danial mencecah 39.9.
Terus nurse masuk ubat punggung.




Kakak pun masuk wad jugak.



Masa kat emergency room.Tengah tunggu GL untuk admission.

Merajuk sampai tertido

Hari pertama kat hospital.
Time ni tak boring lagi. 
Tengah tunggu ayah datang melawat 

Monday, February 20, 2012

Bila anak anak tak sihat

Hari kedua Danial Demam
Tadi Nabila call
katanya suhu Danial mencecah 39.1
Aduh..tak keruan ibu kat opis ni
Kesian Danial sebab
Ibu tak dapat nak jaga Danial hari ni
Ibu ada meeting petang ni
Nampaknya Danial dengan kakak
kena on antibiotik jugak
kalau tak demam ni pasti melarat
dan tak akan sembuh
Kakak pun demam jugak tu
pagi tadi pegi sekolah agama je
sekolah kebangsaan tak larat nak pegi
lagi pun cikgu dah pesan
kalau demam jangan datang ke sekolah
takut berjangkit kat budak budak lain nanti

Aduhai Danial
Cian anak bongsu ibu ni demam
Ibu rasa cam nak balik sekarang je jaga Danial
Ibu tak sampai hati nak keje kalau anak anak ibu sakit


Sunday, February 19, 2012

Danial pulak demam


Kuyu je mata tu...



Kali ni danial pulak demam
selepas ibu dan kakak.
Si kakak kalau demam
memang penakut nak
makan ubat. Tapi nasib la
dia demam tak kuat sangat.
Si danial ni batuk pun
tak baik baik lagi dah
demam pulak. Susah
hati ibu yang nak keje esok.

Friday, February 17, 2012

Ujian kecergasan






Nampaknya tak dapat la
aku join ujian kecergasan pagi ni
Memang tak cergas pun
Pegi buat syarat je
Sebab nak markah
Masa appraisal nanti
Makanya akan berkuranglah
satu markah
Masa appraisal nanti
Semalam aku lumur
Satu badan ni
Dengan air asam jawa
Hah lega
Barulah boleh tido
Dan terasa panas panas tu keluar
Kalau tak buat camtu
Panas panas tu dok
Tersimpan dalam badan
Pagi ni rasa segar sikit
Badan pun dah sejuk
Cuma rasa sakit sakit
badan tu ada lagi
Diikuti dengan sakit sakit belakang

Thursday, February 16, 2012

Cuba teka ini apa...?


Cuba teka
Apa benda kat bawah ni
Teringat masa zaman
kecik kecik dulu
Kalau demam mak mesti
basahkan kepala dengan air ni
Dipercayai air ni boleh kurangkan
Panas badan
Tapi dah besar besar ni
Tak de la mak nak buatkan lagi
Kena la buat sendiri
Nyaman rasa bila basah
kepala dan badan
Dengan air ni
Terasa panas panas tu
mulai keluar dari badan

Fever fever please go away

Hari ni hari kedua aku mc
ni demam betul betul tau
Bukan tipu
Tekak ni rasa payau dan luka
Mana taknya
Batuk macam nak keluar anak tekak
Selsema pun dah mula

Perut ni kelaparan
Tapi selera tak ada
Kalau dibiarkan perut kosong
Maka gastrik pulak jadinya
Badan ni memang lemah tak bermaya
Jalan sikit penat
Sakit saki belakang
Dan sakit sakit badan

Dalam dok sakit sakit ni
Teringat kalau dapat makan sup,singgang atau kerabu
MIL sedapnya

Hush
Tak pernah kena demam yang sebegini teruk
Rasa betul betul serik
Mengambil masa yang terlalu lama
Untuk sembuh
Aduhai...

Nasib baik la esok pagi
Ada UKJK
Dan petangnya aku cuti
Maka boleh berehat lagi
Kalau tidak mau ku mc seminggu

Sent from my iPad

Wednesday, February 15, 2012

Takutnya nak makan ubat

Ingat budak budak je ke takut makan ubat
Mak budak ni pun takut makan ubat jugak tau
Paling tak suka ubat cecair macam ubat batuk tu
Pegi klinik tadi
Dapat mc selama 2 hari
Mana taknya
Hari isnin hari tu dah demam
Dah makan ubat pun tapi still tak baik baik
Hari ni aku surrender
Tak larat nak pi keja
Batuk dan sakit sakit badan
Dapat ubat demam, tahan sakit, antibiotik dan batuk
Doktor kata ubat batuk tu mengantuk
Mengantuk pun tak pe la sebab tak keje
Lagi best dapat tido tak ingat dunia

Memandangkan hari ni ibu cuti
Siap la anak anak request suruh ambik
Dan hantar mereka pegi dan balik sekolah
Kesian ibu tak dapat berehat
Walaupun tak sihat

Via ipad

Tuesday, February 14, 2012

Tak padan dengan kecik

Tak padan dengan kecik
Budak budak sekarang dah celik IT
Tengok la anak bongsu aku ni
Hari hari musti nak ngadap benda ni
Tengok citer upin ipin la, mr bean la
Yang paling dia suka tengok sekali
ialah tarian singa.

Tengok Mr Bean lah tu.

Ipad memang friendly user.
Mudah untuk digunakan
senang nak on
bukak cover trus on
tak payah nak tunggu
lelama cam laptop
dalam meeting tadi pun tak
habis habis citer pasal ipad nih
Dalam hati aku
"Haii..orang pangkat besar besar
gaji mahal mahal
takkan tak mampu beli ipad kut?"
Senang nak bawak masuk meeting tau.
Macam macam benda boleh
save kat dalam tu.
Tapi ada jugak orang yang
tak suka dengan ipad  nih
tak paham aku kenapa??

Note: aku hanya guna ipad ni untuk
layan fb, blog dan baca berita.
 Lain lain ada la jugak sikit2.
Tapi kalau nak berblog
kat ipad ni
sumpah tak reti
ada sesapa yang sudi
nak ajar saya tak??

Monday, February 13, 2012

9 Perkara Tentang Rawatan Wajah

Meskipun ia satu rutin yang penting namun ramai antara kita yang merasakan merawat kulit satu perkara yang remeh untuk dilakukan.

Sebenarnya merawat kulit tidak lah sesukar yang kita fikirkan namun mungkin kerana maklumat yang salah menyebabkan aturan dalam hal penjagaan kecantikan menjadi rumit. Berikut, beberapa mitos dan fakta yang perlu anda ketahui tentang rawatan wajah.

1. Perawatan kulit wajah perlu dilakukan selepas usia 30 tahun
Perawatan kulit wajah merupakan proses membersihkan kotoran di permukaan kulit. Biarpun ia membantu dalam membersihkan wajah, rawatan ini juga turut berfungsi dalam melancarkan peredaran darah.

Justeru, pemilihan produk penting agar sesuai dengan kulit wajah. Bahkan, rawatan kulit wajah ini tidak hanya boleh dilakukan apabila anda sudah memasuki usia 30 tahun. Sebaliknya andai kulit anda memerlukan rawatan tersebut, tidak kira anda baru berusia awal 20-an, tidak ada salahnya jika mahu melakukan rawatan tersebut.

2. Aloe vera baik untuk kulit
Aloe vera atau lidah buaya memiliki beberapa fungsi yang bukan hanya baik untuk kulit tapi juga rambut. Apa yang perlu anda ketahui, menggunakan aloe vera asli atau yang belum diproses pada wajah bukan merupakan pilihan yang tepat.

Bahkan, penggunaan produk berasaskan aloe vera sama ada sebagai pelembap, pembersih wajah dan krim malam juga tidak bermakna kulit anda akan sentiasa cantik dan sihat. Mungkin juga produk tersebut tidak bersesuaian dengan kulit anda dalam memberikan hasil yang diingini.

Oleh itu berhati-hatilah dalam memilih produk yang mengandungi aloe vera di dalamnya. Pastikan anda mendapat saranan pakar terlebih dahulu atau pakar kulit bagi memastikan produk berasaskan aloe vera ini sesuai dengan kulit anda.

3. Melakukan ''waxing'' akan mengurangkan bulu pada wajah dan tubuh
Bukan hal yang mustahil untuk menghilangkan bulu pada wajah dan rambut sekiranya anda mencabut hingga ke akarnya. Namun tidak dengan ''waxing''. Melakukan ''waxing'' hanya membersihkan bulu pada permukaan dan hanya bersifat sementara. Selain itu, rawatan ini juga akan menyebabkan pertumbuhan bulu yang baru.

4. Melakukan skrub dengan batu apung baik untuk menanggalkan sel-sel kulit mati
Kulit kita memiliki kecenderungan semula jadi dalam menanggalkan selsel kulit mati, memandangkan ia adalah salah satu sistem tetap tubuh. Justeru, membersihkan kulit dengan pembersih normal seperti sabun secara lembut tanpa menggunakan batu apung juga membantu dalam membersihkan tubuh dari kotoran. Ini kerana membersihkan kulit dengan batu apung akan menyebabkan wujudnya masalah pigmentasi.

5. Penggunaan buah dan sayuran tidak mendatangkan kesan negatif
Bahan-bahan seperti lemon, timun, tomato, dan bawang merupakan bahan yang sering digunakan. Meskipun ia dapat membantu namun tidak sepenuhnya. Misalnya menggunakan timun untuk mengatasi masalah lebam bawah mata mungkin akan memberikan hasil yang efektif pada sesetengah orang tetapi mungkin tidak kepada mereka yang mengalami masalah tersebut disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Justeru, lebih baik andai kita mengetahui terlebih dahulu penyebab utama masalah kulit.

Menggunakan sayuran dan buah-buahan juga boleh menyebabkan punca berlakunya iritasi atau alergi. Sebaliknya, fungsi buah-buahan adalah membantu menyediakan nutrisi yang diperlukan tubuh seperti vitamin, mineral sekali gus membantu meningkatkan kesihatan kulit.

6. Produk guna bahan semula jadi baik untuk kulit
Perkataan semula jadi tidak semestinya ia selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada kulit. Ada beberapa herba yang berbahaya dan mengandungi racun yang boleh memberi kesan buruk pada kulit. Justeru, sebelum meng gunakan bahan-bahan tersebut, periksa terlebih dahulu sama ada sesuai dengan kulit anda, proses pengo lahannya, kualiti dan jenis bahan yang digunakan.

7. Stim baik untuk semua jenis kulit
Melakukan rawatan stim untuk menghilangkan bintik hitam dan bintik putih dapat memberikan hasil yang baik, dengan syarat tidak dilakukan lebih dari satu atau dua minit. Suhu tinggi yang digunakan ketika rawatan boleh menyebabkan kandungan kolagen dan elastin hancur. Malah, ia turut membuka pori-pori yang tidak diperlukan. Selain itu, bukan semua jenis kulit sesuai untuk rawatan stim. Ada jenis kulit yang tidak disarankan untuk melakukan rawatan ini.

8. Rawatan pemutihan akan buat kulit putih
Warna kulit ditentukan oleh jumlah melanin pada tubuh anda dan bukan melalui rawatan pemutihan atau bleaching. Rawatan ini hanya membantu mencerahkan dan memiliki warna yang serasi dengan ton kulit anda sahaja.

9. Produk luar negara lebih baik daripada produk tempatan
Ramai berpendapat, pemilihan produk luar negara lebih berkesan serta memiliki khasiat yang lebih baik daripada produk tempatan. Namun, apa yang penting adalah anda perlu mengetahui jenis produk yang dikeluarkan bagi memastikan ia sesuai dengan kondisi cuaca dan jenis kulit majoriti sesebuah negara. Oleh itu, tidak benar jika ada beranggapan produk keluaran luar negara lebih bermutu dan ber kualiti dari produk tempatan.

Tip Elak Terlebih Mekap Ke Pejabat
Sedar atau tidak, ramai wanita yang terlebih mekap ketika hendak ke pejabat. Wanita ini berani menggunakan gincu dan pembayang mata warna terang malah berwarna- warni. Begitu juga dengan pemerah pipi yang menyala. Bukankah itu lebih sesuai untuk acara majlis malam hari. Jadi sebelum anda menjadi bahan bualan dan kutukan rakan sekerja, ikuti cara mekap yang sesuai untuk ke pejabat.

Bibir
Gunakan gincu daripada warna lembut seperti merah jambu, pic dan warna-warna natural lainnya. Jika ingin tampil lebih segar pada pagi hari cukup gunakan gincu warna merah jambu jenis glossy. Hindari warna merah terang, terkecuali jika ada acara menjelang petang atau malam hari.

Pipi
Cukup gunakan pemerah pipi berwarna gangsa atau merah bata. Sapukan tipis saja agar wajah nampak lebih segar dan berseri.

Mata
Hindari warna-warna kuning atau warna-warna terang lainnya, sesuaikan pembayang mata dengan warna pakaian yang anda kenakan. Sebaiknya hindari jenis mekap smokey eyes atau gothic.

Kulit Wajah
Elak dari memakai bedak asas yang tebal hingga nampak seperti mengenakan topeng. Anda mahu bekerja di pejabat dan bukannya untuk ke sesi fotografi .

Blog kena removed lagi

Berderau darah ni bila
dapati blog kena removed lagi
sedih, frust dan macam-macam lagi
sebab blog inilah tempat
untuk berkongsi suka dan duka

Try and try alhamdulillah
masih bernyawa lagi
risau kalau kejadian ni berlaku lagi
harap harap tak lah
untuk kesekian kalinya

Sunday, February 12, 2012

Sambutan maulidur rasul

Sambutan Maulidur Rasul Sekolah
Agama pada 12.2.2012.
Tak sempat nak ambik gambar
Imam Muda Hasan sebab
kami balik awal.
Apa-apa pun jom tengok
gambar-gambar yang ada ni.







Thursday, February 9, 2012

Bila kolestrol yang tinggi dah turun semula

Alhamdulillah hasil cek up tadi
menunjukkan yang kolestrol
aku tidak lagi tinggi macam sebelum ni.
Alhamdulillah dah turun ke 5.4.
Walau macam mana pun aku kena
turunkan lagi tahap kolestrol tu
sebab border line untuk kolestrol ni ialah 5.2.
Syukur sesangat dan lega hati ni
walaupun pada mulanya aku tak 
nak pegi buat cek up tu tadi.

Ada jugak berita kurang gembira
berat badan ni dah naik mendadak
banyak pulak tu
patut la bila pakai seluar atau kain
terasa ketat di bahagian pinggang
tadi timbang makk aiii...
berkilo kilo naiknye
nampaknye lepas ni kena la jaga makan
supaya berat tu tak over the limit

Apa nak buat...
makanan kat Malaysia ni sedap sedap belako kan
belasah je lah selagi mampu

Terima kasih kepada Pusat Perubatan Al Islam
yang datang ke opis buat cek up tadi.

Susulan cek up danish di hospital

Smlm doktor decide nak buat ujian darah untuk danish untuk pastikan apa punca dia demam berpanjangan. Hasil dari ujian tersebut doktor dapati darah putih danish sangat rendah dan sebab tu dia demam berpanjangan. So sebelum balik doktor bekalkan danish antibiotik, prolactor, singulair dan ubat selsema.

Tapi semalam danish masih demam. Pelik betul la demam macam ni. Siang ok. Bila malam start demam balik. Sepanjang anak 3 ni tak pernah lagi berlaku macam ni. Doktor kata kalau tak baik jugak, besok jumpa doktor balik. Aduh. Risau dibuatnya.

Wednesday, February 8, 2012

Donut Big Apple yang sangat sedap

Ho ho ho.

Teruja sangat tengok donut big apple yang mengancam ni. Kalau makan donut ni rasa nak lagi dan lagi dan lagi..



Bila anak demam dan demam tak sembuh sembuh

Nampaknya terpaksa la sambung cuti lagi hari ni. Danish demam since friday tak baik baik. Dah pegi hospital on monday. Doktor cuma kata tonselnye sangat bengkak dan merah dan perlu tukar antibiotik. Tapi dah 2 kali ambik antibiotik pun demam danish still tak recover. Bila malam suhu badan 39 darjah ke atas. Hari ni nak bawak danish ke hospital balik untuk buat rawatan selanjutnya. Harap-harap x de apa apa la. Cuak rasanya bila anak demam lelama.

Friday, February 3, 2012

Jalan Jalan Friday

Seperti biasa setiap dua minggu ada pekan koboi kat bawah opis aku ni. Tadi jenjalan terjumpa pulak yang ni. Maklum la, teman kan kolestrol tinggi. Kena la control makan. Tak leh la nak suka suki makan macam dulu lagi. Sabor je ler. Teman ni dah la suka makan tolak batu dengan kayu je.







p/s : Sape yang rasa nak kuruskan badan jom la try yang ni. Teman tak beqape nak boleh makan bende ni sebab pequt teman pequt oqang kampung. Mesti nak makan heavy. Setakat bijirin ni nanti pequt teman berdondang sayang ler.