Saturday, June 30, 2012

Acara Hari Sabtu

Selesai sudah acara hari ni
pagi tadi bawak anak anak main skuter
sebelah petangnye pulak
bawak anak anak pegi tengok wayang
citer BRAVE
best jugak citer brave tu
ada part kelakar dan ada jugak part sedih
puas hati lah citenye







tak lekang dengan cermin mata 3D


beli online
senang
tak payah susah susah nak beratur panjang

Friday, June 29, 2012

Dah lama mengidam baru hari ni dapat

Sape meleleh air liur tengok buah buah kat bawah  ni
sangat sedap
dah lama ai mengidam nak makan buah buahan ni
bila time nak beli orang beratur
tersangat lah panjang
akhirnye telan air liur je

hari ni orang tu jual kat opis ai
ai borong sakan
100gm harganye 2.00 hengget
ada orang kata mahal
mahal ker??






Sangat sedap
puas dapat makan
teringat ingat sampai sekarang

Jom breakfast

Jom breakfast
korang breakfast apa pagi  ni
ai breakfast yang mudah je pagi ni
masukkan tepung, kubis, carrot, bawang,
air, telur dan garam
kalau nak lembut letak
sedikit baking powder
dan hasilnya ini...

taraaa.....




Kalau nak rasa meh la sini...

Segmen Cik Siti...saya join

KLIK BANNER UTK JOIN


TAMAT :  1Julai 2012 (ahad) pada pukul 11 malam

Thursday, June 28, 2012

Online tiket TGV

Servis macam hampeh je
Sakit hati
dah beberapa kali nak beli tiket TGV ni secara online
tapi tak boleh nak proceed ke bahagian payment
time keje ni mana sempat nak pegi beli tiket kat kaunter
ni sume gara gara anak ai yang no 2 tu
yang berhajat sangat nak tengok citer ni



nanti ibu cuba lagi yer..

Monday, June 25, 2012

Family day 2012

Tahun ni family day kat Sunway Lagoon je
nasib baik dekat je
kalau jauh maybe tak pegi la
ai anak beranak
memandangkan encik somi pun tak sihat
yang ni pun
dah hampir hampir tak dapat pegi
sebab ai tak tahu jalan
nak ke Sunway Lagoon tu
tu pun nasib baik
sepupu dari Johor datang
dapat la bawak anak anak
ke sana










Gambar ni ai ambik guna kamera Sony Cybershot
selalu ambik gambar guna henpon je
sebab senang nak upload kat blog, fb dsbnya
kalau guna kamera berzaman la nak upload
by the time mood nak upload pun dah ilang
ai ni jenis yang tak suka nak mengadap komputer
berjam jam

Friday, June 22, 2012

Bodek ayah

Budak yang demam ini
Sedang membodek ayahnya
Untuk beli 'mainan gaduh'
Tu tengah picit kepala ayah
Nak ajak pi jusco beli pedang
Sabar ye Danial
Nanti hari cuti kita pegi Jusco ye


Thursday, June 21, 2012

My Hero dah discaj

Encik somi dah discaj tengah hari semalam
lepas bawa kakak jumpa pakar kat Pusrawi
ai terus pick up encik somi

Hari ni baru nak datang keje
Danial pulak demam
Aduhai...

Tapi ai terpaksa la pegi keje jugak
ai tinggalkan Danial di bawah jagaan emak
harap harap Danial tak demam kuat ye sayang

Terima kasih kepada semua
yang mendoakan kesihatan
encik somi ai tu.
Hanya Allah yang akan membalasnya.

Tuesday, June 19, 2012

IJN ~ day 3

Ai tak larat nak bangun awal pagi hari ni.
Dekat pukul 8 pagi baru i gerak ke ijn untuk melawat encik somi. Sampai kat ijn tu 'jaga' siap pesan supaya ai melawat husben kejap je sbb waktu lawatan adalah pukul 12:30. Ai pun sbnrnya x hingin nak masuk kat situ klw saje saje. Ni sbb nak tgk husben kita mcm mana terpaksala ai masuk gak buat tebal muka.
Encik somi kata dah boleh pindah ke wad biasa tapi maybe belah petang. Nasib baik barang barang sume dah standby dalam kete. Tinggal nak angkut je bila bila masa.
Dapat masuk 3 minit je. Time tu la jugak misi nak ambik darah. Tadi tak nak ambik. Geram betul. Pastu ai trus blah pi opis kejap sbb nak ambik dokumen meeting semalam. Pukul 10.30 pagi ai gerak dari opis ke ijn senula sbb nak jimat parking. Kalaw lama lama parking kat situ banyak kena bayar nanti.
Dari opis ai ke ijn x sampai pun setengah jam. Sementara tunggu pukul 12:30 ai lepak dulu kat bawah. Ingat nak buat keje tapi takde soket la pulak. So ai cuci cuci mata saja.
Terima kasih kepada emak yang tolong jaga dan uruskan anak anak ai. Tak terbalas jasanya. Kalau ai dah tua nanti pun belum tentu ai dapat buat macam ni.
Terima kasih kepada boss yang tak reply message ai. Tak tau la boss marah ke hapa. Tapi kalau bos ditempat ai baru la boss tahu mcm mana situasi sbnrnya.
Terima kasih kepada kawan kawan ai, azlin yang tolong masuk meeting ai dan yang lain lain kerana memahami keadaan.




Gambo ni ai ambik masa kat dalam
Stepdown unit lepas buat angio tu

Monday, June 18, 2012

IJN ~ day 2


Encik somi dapat turn masuk ICL pukul 4 ptg. Ai tunggu kat luar sbb takut nanti kut kut nurse panggil nak tanya apa apa.
Pukul 8:30 mlm nurse ICL panggil ai untuk bagi makanan kpd encik somi.
Ai pun dapat masuk ke dalam ICL tu. Cuak bukan main ai masuk dalam tu. Seram. Nak beranak pun tak seram cam gini.
Ai nmpk encik somi letak tangan atas kepala. Bila ai tanya kenapa encik somi kata dia pening kepala and rasa loya sbb lama sangat perut kosong. Ai suapkan dia roti dan air soya. Tu pun dia tak nak sebab dia kata dah tak lalu nak makan.
Silap la jugak sbb x inform misi awal awal yg encik somi ai ni tak leh perut kosong lama lama.
Pastu encik somi kata buat angio melalui tangan sangat menyakitkan as compare dengan buat melalui paha. Kesian ai tgk encik somi. Kalau ai pun tak sanggup nak buat benda ni. Ai lebih rela sakit kut dari buat rawatan yang menyakitkan.
Masa dlm icl encik somi sibuk mintak transfer ke wad biasa sbb dia x selesa kat situ. Nurse kata encik somi kena masuk stepdown unit dulu untuk monitor the condition sbb encik somi having a chest pain.
Pkl 9.30 malam baru tiba di stepdown unit. Sampai sampai je, encik somi terus muntah. Kat dalam Stepdown tu misi yang jaga sume. Kita tak boleh tunggu. So ai pun balik umah tido dengan anak anak yang ai rindu. Sampai umah pkl 11 mlm. Sebenarnya ai ni penakut nak drive malam malam. Tapi terpaksa gak la. Kalau ai nak tido kat hospital pun tak guna sebab ai bukannya boleh tido sebelah encik somi.



Muka selamber tapi hati mesti cuak kan..


Ni la makmal ICL tu.

IJN ~ day 1

Bersiaran dari IJN hari ni
Encik somi sedang menunggu giliran untuk buat angio
Tak tahu la dapat turn pukul berapa
Member dah tak tahan kelaparan
Kerana puasa dari pukul 10.00 malam tadi





Cuti ke hari ni

Hari ni cuti israk mikraj rupanya
Patut la dah pukul 9 van zafran tak datang ambik
Bila call driver tu dia kata sekolah tutup sebab cuti
Wah seronok la zafran bukan kepalang
Melompat lompat dia
Agaknya memang di selangor semuanya bercuti kut
Nasib baik pagi tadi tak hantar kakak pegi sekolah agama
Kalau tidak sia sia kena patah balik
Elok lah tu
Kakak boleh berehat
Tapi masak la rumah syurgaku itu
Dengan perangai anak anak
Yang sangat melasak

Sunday, June 17, 2012

Breakfast pagi ni

Pagi ni breakfast cream puff je. U oll breakfast apa??

Friday, June 15, 2012

Mood rajin

Hari ni mood rajin nak masak pagi pagi
untuk bekal lunch nanti.
Selalunya bangun pagi jugak.
Tapi siapkan bekal anak anak.

Tetiba je teringin nak makan telo goreng


Thursday, June 14, 2012

TF again and again

Sebelum pegi sekolah tengahari tadi
Dah booking awal awal nak makan TF ni
Demi tidak menghampakan ibu pun
bawak la cik kak ni ke TF walau pun
 ibu ni puasa. Dari hari isnin request
 nak makan TF. Tak sempat nak pegi
sebab isnin selasa dan rabu adalah hari mengaji
kalau pegi nanti lambat pulak nak mengaji







Ambik satu cup yang sederhana besar tu je
pastu kongsi dua orang
cik kak tu pun makan tak habis
maka ibunya la yang menghabiskan